Thursday, March 27, 2014

A' Famosa Theme Park Water World

Assalamualaikum.


Bila tiba cuti sekolah, budak-budak sekolahlah yang paling excited menggila sebab apa, SEBAB TAK PAYAH BANGUN PAGI NAK PERGI SEKOLAH. Ha korang jangan tipu ahkak kau ni eh. Aku dulu pun pernah sekolah jugak. So memahami sangat. Hahaha. Tapi dulu ioss rajin, tetap datang sekolah walaupun sekolah tutup (gara-gara nak siapkan final artwork untuk SPM, wajiblah datang sekolah bawak segala makanan yang sedap-sedap sambil buat potluck dalam bilik seni)

Isnin baru ni, aku satu keluarga (kecuali Achik) pergi A' Famosa. Kalau korang dah tak terkira berapa kali pergi, aku ni baru 1st time jejak kaki dekat sini dan asyiklah compare dengan Gambang. Bagi aku sini lagi bestlah sebab mainan dia dekat-dekat dan harga provided lunch meal lagi. So jimatlah bagi orang kedekut macam aku. Muaahhahaa :D

 

Lepas dah tukar uniform (baju mandi lerr) dan letak barang dalam locker, adik-adik aku semua dah basahkan badan dekat Wave Pool (gambar atas) ni. Sampai-sampai dah bunyi siren, apa lagi, berdesup memasing pergi sana. Aku jenis malas tunjuk bakat (padahal tak reti berenang), aku pergilah sewa pelampung untuk kegunaan seisi keluarga gitu ^^

 

Lepas dah basahkan badan dekat Wave Pool tu, kiteorang pergilah dekat Kids Adventure Play Pool (gambar atas) ni. Adik dengan Zikri memang sukalah walaupun Zikri dah 14 tahun. Dia tunggu air hujan tu. Adik siap buat lawatan. Semua lorong dia redah, semua tangga dia naik. Bagus adik.

 

Lepas tu, kiteorang ke Arabian Village (gambar atas)  pulak. Masa kiteorang sampai Arabian Village ni, air pun tak penuh lagi. Dorang baru bukak. Macam biasa, adik buat lawatan dan jumpa ular. Ular tu rilek berdiri dekat satu sudut dekat bawah tu. Ada bebudak cina mandi dekat ular tu, aku penat gelak sebab dia buat aksi melampau sangat. Acah-acah cute lettew. Hahah. Rasa nak lempang-lempang je. pfft!

 

Untuk Family Raft Ride (gambar atas), pelampung disediakan ye. Jadi tak payahlah korang gigih angkat pelampung yang korang sewa tu naik sampai tingkat 4. Boleh ketaq lutut hangpa! Aku naik ride ni 2x. Serious seronok gila! Mula-mula aku naik, air dia tak banyak lagi sebab aku dengan family aku orang pertama naik ride ni haritu. Oh baba tak naik ye sebab masalah kesihatan. Haha kesihatan sangat baba ni. 

So naiklah aku, Zikri, adik dengan ma. Best oii. Kali kedua, aku naik dengan Zikri dan adik dengan sorang guide kat situ. Lutuu guide tu singgah kat dahi aku. Terus aku lost, nasib baik aku tak lepaskan tangan aku dari genggaman tali tu. Kalau lepas, alamatnya takdalah aku disini menaip cerita untuk korangsss :)



 Lepas tu, kiteorang jalan lagi sebab nak try semua game lah kan. Okay, jumpa yang ini, Inner Tube Slides (gambar atas). Adik dengan Zikri memulakan permainan ni. Adik gila berani! Baru 5 tahun kot. Salute dekat budak kecik ni. Aku dengan ma next. Oh ni kena bawak pelampung sendiri ye. Baba macam biasa, tukang amik gambar je ^^
 

Turun dari Inner Tube Slides tu, Adik malas dah nak main pape. So dia ajak ke Lazy River (gambar atas) je. Nama pun lazy en, so memang lazy habislah dalam ni. Hahah. Aku kan tak reti berenang, jadi aku duduk lah ala-ala kat tepi pantai atas pelampung tu. Mekasih ahli keluargaku kerana menolak anak/kakak mu ini :) Hhehe :D

Habis Lazy River, adik recap balik semua permainan yang sesuai untuk umur dia. Macam Arabian Village, Kids Adventure Play Pool, Wave Pool. Seronok gila adik masa ni. Yelah, dia memang hantu air. So memang dia sukalah benda-benda macam ni. Rugi Achik!

 

Aku ni nak kata berani sangat tu memang taklah. Acah-acah berani, aku pandailah. Bila aku nampak Big Ice Cream (gambar atas), aku macam teruja tapi nak mendaki sampai atas tu buat aku terus down. Weh tinggi kot. Kalau Family Raft Ride 4 tingkat, Ice Cream ni 5 tingkat okay. Kau mampu? Memang ketaq ler lutut iolls. Walaupun dah down habis tapi gatai nak main jugak. Okay kat sini, tak payah bawak pelampung korang. Dia ada sediakan pelampung jugak dan boleh naik hanya 4 Orang sahaja.

Masa tu hanya aku dengan Zikri je. Ma dengan baba jaga adik. So tetiba ada makcik ni tanya nak naik sekali dengan dia tak sebab dia berdua dengan anak dia. Okay makcik, kami on. Okay gigih lah Zikri dengan anak makcik tu angkat pelampung sampai ke tingkat 5 tu. Aku dah pancit dulu sebab penat okay!

Game ni bagi aku paling adventure, paling menakutkan sebab kalau korang terlepas lah dari genggaman, dengan korang sekali tercampak. Uishh nasib baik. Aku tutup mata je, adalah bukak mata sikit sebab nak tengok view kan tapi aku jerit ah sebab guide tu kata 'jerit je, jangan simpan-simpan' haha apa kau ingat kiteorang tengah frust ke? -.-'

Best !


Antara game yang aku tak main sebab tinggi gila dan baba tak bagi ialah High Speed Slides (gambar atas). Baba memang tak bagi. Mungkin takut anak-anaknya tercampak? Haha gurau je. Yang ni lagi tinggi dari segala maknenek game dalam ni. Dan slide terbuka. Ahh gerun! (bagi aku lah) hewhewheww
 

Splash (gambar atas) ni pulak, masa kiteorang datang, tempat ni macam tutup. Zikri cakap Splash ni dah khaskan untuk satu program tv dekat RTM. Aku pernah tengok program tu tapi yang part khas tu, aku tak sure. So kalau korang curious, pergilah tanya A' Famosa okay. Jangan malu, jangan segan :D

Meh sini, iolls bagitau harga masuk untuk dewasa / kanak-kanak. Senang buat budget :)

Facilities:

Locker Rental
Small locker: RM4/usage
Big Locker: RM12/usage
Tube Rental:
Double Tube: RM 10 (rental) + RM 10(deposit)
Single Tube: RM 8 (rental) + RM 8(deposit)
Cabana Rental:
Weekday : RM 70 / usage + RM 50 (deposit)
Weekend/Public Holiday/School Holiday: RM 130 / usage + RM 50 (deposit)
*First come first serve basis
Changing Room
Surau
Wheelchair (subject to availability)

Dinning:

Side Walk Café
Fast Food Pavilions
Food Court
Bistro
Retail Outlets:
Swim Wear & Souvenir Shop
Convenience Shop
 Operation Hours
11.00am-7.00pm (Monday –Friday)
9.00am – 7.00pm (Saturday – Sunday, Public & School Holiday)
Close every Tuesday except for Public & School Holiday.
Selamat Bercuti / Selamat BerBASAH uolls ;)

5 comments:

  1. lama tak pi A Famosa, bile tengok gegambo ni cam best plak kan

    ReplyDelete
  2. Memang best lah kak. Rasa tak puas haritu. Rasa macam nak recap lagi, main ice cream tu walaupun extream gilaa! Haha.

    ReplyDelete
  3. Eksaited nk pegi... thanks utk review...

    ReplyDelete
  4. Eksaited nk pegi... thanks utk review...

    ReplyDelete