Tuesday, November 19, 2013

AF2013 - Aisyah Aziz (Final)

* Iklan tidak berbayar nak lalu sekejap *

Ahad lepas adalah minggu penentuan dimana siapakah yang bakal dinobatkan sebagai JUARA sekaligus membawa pulang hadiah bernilai lebih dari RM200 ribu. Well semua orang dah tau siapa juaranya bukan? Okay it's my turn untuk bagi pendapat. Pendapat kali ini tidak hanya fokus pada Aisyah seorang. Sebab final kan, so kita kumpulkan semua.


Persembahan pembukaan dimulakan dengan pancaragam oleh KL Drum Line dan diikuti dengan bekas pelajar yang sudah tersingkir. Persembahan bertenaga oleh mereka dan 


memperkenalkan barisan finalis #AF2013

Azhael | Nabila | Faizul | Aisyah | Indah | Amira


Lagu 1 : Penglipur Lara [Hazama]
Lagu 2 : Hentian Terakhir [Azhael]
Kedudukan : Naib Juara + Anugerah AFBUZZ

Secara keseluruhan, Azhael telah buat satu persembahan yang cukup happening dan sangat bertenaga. Lebih suka persembahan Penglipur Lara. Peminat AF2013 menjangkakan bahawa Azhael akan mendapat gelaran Juara pada malam itu tetapi bukan rezeki barangkali, Azhael cuma mendapat Naib Juara.


Lagu 1 : Terlalu Istimewa [Adibah Nor]
Lagu 2 : Sesaat Untukku [Amira]
Kedudukan : Tempat ke3

Secara keseluruhan, lagu baru Amira which is Sesaat Untukku memang sedap didengar dan memang kena dengan tone suara Amira. Tahniah Feroz Nazri. Walaupun Amira membuat persembahan yang menarik dan bersemangat, tetapi baju-baju yang dipakai oleh Amira mendapat perhatian oleh semua orang. Jika lihat di Twitter, semua orang membincangkan perihal baju yang digayakan oleh Amira berbanding suara mahupun lagunya. Sarat sangat kot? Hmm.. 


Lagu 1 : Seandainya Masih Ada Cinta [Dayang Nurfaizah]
Lagu 2 : Katakan Saja [Nabila]
Kedudukan : Tempat ke5

Secara keseluruhan, Nabila telah membuat satu persembahan yang sangat hebat pada malam itu. Kira dia all out malam final lah. Malam tu baru semua orang dapat dengar suara Nabila yang sangat sedap dan tiada lagi suara 'chipmunks'. Tahniah!


Lagu 1 : Jagalah Diri [Jaclyn Victor]
Lagu 2 : Percayalah [Indah]
Kedudukan : Tempat ke4

Secara keseluruhan, lndah memang buat semua orang terpegun dengan suaranya yang wow! Persembahan dengan lagu Jagalah Diri adalah terbaik dari semua lagu yang pernah Indah perform sepanjang #AF2013 . Itu hanyalah pendapat saya. 


Lagu 1 : Hanyut [Faizal Tahir]
Lagu 2 : Sepasang Sayap [Faizul]
Kedudukan : Juara

Secara keseluruhan, lagu baru Faizul antara favourite saya untuk #AF2013 ! Lagu yang sangat rilex dan bersahaja walaupun semua orang cerita tentang 'pari-pari' yang berterbangan dibelakang Faizul. Persembahan Hanyut jugak sangat bertenaga dan tahinah Faizul diatas kemenangan anda!


Lagu 1 : Lebih Indah [Dato Siti Nurhaliza]
Lagu 2 : Mimpi [Aisyah]
Kedudukan : Tempat ke6

Secara keseluruhan, Aisyah telah membuat satu persembahan yang cukup cukup bertenaga dan sangat cantik. Dimulakan dengan persembahan lagu baru, Mimpi, Aisyah membawa kita berkhayal dengan suaranya yang unik. Mimpi berjaya menawan hati orang-orang seni diluar sana. Tahniah Faizal Tahir, Tahniah Omar K diatas lagu Mimpi yang superdupper bombastik ni. 


Dikejutkan dengan kehadiran pelakon Adi Putra diakhir persembahan Mimpi.


Persembahan terakhir oleh Aisyah dengan Lebih Indah. Di Twitter kecoh dengan baju Aisyah, yang dikatakan koyak disebelah bawah tangan. Jawab Aisyah;




Anyway, tahniah kepada Faizul kerana menjadi Juara AF2013. 

Kepada semua Bintang #AF2013,
Tahniah dari saya. Selamat Datang kedunia hiburan tanah air. Menang kalah adat pertandingan. Teruskan berusaha untuk menjadi lebih baik. Kekalkan diri anda yang sekarang dan mohon jangan lupa diri. Sentiasa ingat siapa diri kita sebelum menjadi seperti sekarang. Good Luck guysss!


Acara penutupan oleh Dato Siti Nurhaliza.


Sekian sahaja.
Jumpa lagi jika ada AF2014 lepas ni. HEHhe.
Terima kasih kerana sudi baca.
Assalamualaikum.


Baca ni.


Gambar dari FB #AF2013

No comments:

Post a Comment