Assalamualaikum.
Macamana raya korang? Sekejap je dah lima belas hari kita berlebaran. Ehceh lebaran kengkonon. As for me, raya tahun ni biasa je sebab kena kerja selepas empat hari raya.
Gila tamak haloba aku nak cuti lelama. Masuk je office, artworks dah melambak. Disebabkan satu artwork ni, artworks yang lain tergendala. Nak save pun amik masa berjam okay, mana tak angin! Bila aku nak keluar lunch, baru aku bukak file tu sebab takdalah rasa bazir masa sangat. Hmmm.
Raya ke 11 yakni 18hb haritu, family aku ada buat open house sikit. Nama je sikit tapi yang datang? Perghh ramai giloss. Sampai tak muat rumah. Takpe, rezeki orang datang rumah kita.
Paling tak sangka bila kawan-kawan datang. Okaylah jemput pun tak ramai sebab dah tau tak datang. So jemput yang rapat jelah. Pina, Teyka, Zera memang tak datang sebab ada hal. Takpe, nanti jumpa sebelum Zera pergi sambung belajar. Insyaallah. Farah, Yasier, Mamu datang! Thanks korang. Oh paling terkejut bila kawan masa sekolah dan hampir tujuh tahun tak jumpa, datang jugak! Thanks Liyana.
Ramai-ramai kawan, dengan Liyana je amik gambar sebab dia datang dekat dapur suruh keluar sebab nak bergambar. Masa Yasier lagilah, phone dah pegang tapi tak bergambar. Haishh pelupoo. Oh semalam whatsapp Farah cakaplah takda gambar sesama, dia cakap 'siapalah aku' blerghh malas layan! hahah. Mamu pun. Takpe, gambar masa kolej banyak dengan korang. Eh banyak ke? lalallalaaaa
Sama macam cousins jugak. Dalam ramai-ramai tu, dengan Fuzza je bergambar sebab dia dah whatsapp awal-awal suruh pakai lelawa. Hahaha. Masa nak dia baru sampai, dia sempat mengutuk 'ishh tak lawa pun? Macamana nak bergambar?' Blerghh malas layan lagi.
Open house tamat jam 6.30pm. Mula jam 9am tau. Lebih kurang sepuluh jam open house berlangsung. Perghh dari menu sarapan pagi / tengahari terus ke minum petang goreng pisang dengan tetamu terakhir which is Maklang Junai. Dasyat!
Terima kasih kepada yang datang. Tahun depan, datanglah lagi :)
Tamat kisah open house.
No comments:
Post a Comment