May 29, 2013

Salah orang

Assalamualaikum.

Memang lately aku suka bagi entri pendek-pendek kat korang. Chop! Pendek ke? HAHHA. terimalah dengan hati terbuka bahawasanya kalau aku dah start merepek akan jadi panjang berjelalah entri tu walaupun pada mulanya kata nak pendek. hahaha.

Tengok, mukadimah je dah tiga baris panjang. Over sangat kan tapi kisah pulak. Yang penting aku tengah sejuk giloss dalam office ni. Okay tak kelakar =_____________=

Semenjak aku pakai nombor baru ni, well takdalah baru sangat tapi berbulan jugaklah lepas aku terminated bill UMobile aku tu. Gila kau, mencekik bagai nak rak. Lepas tu line internet lembab nak mam! Ingat aku kerja nak bayar bill kau je oii?! So terus terminated. (lari tajuk)

Berbalik kepada no baru aku tu. Mula-mula aku pakai aku dapat call dari sorang mamat jual surat khabar. 

Situasi 1
Surat Khabar (SK) : En *lupa nama* kan? saya ada dekat depan rumah encik.
Aku: ha? Salah no ni. Nak cari orang tu dari mana?
SK: Pahang.
Aku: Oh confirm salah orang ni. Saya dari Kajang kot.
blablablaaa ...

Situasi 2 (semalam)
Caller: Boleh saya cakap dengan En Abdul Hadi?
Aku: sorry salah no ni.


Dan aku kerap jugak dapat sms astro suruh bayar bill. Kata dah tertunggak sampai seratus lebih. Pernah sekali aku macam terkejutlah. Sejak bila aku langgan Astro ni? Memang rumah ada astro tapi parents aku yang bayar. So macam terkejut.

Harini dapat sms ni, nah aku terus bagi korang tatap. Hahaha Walaupun takda kena mengena pun. Hehhehe.



Maaflah korang kena baca gak entri yang konon-konon pendek ni walaupun. Hahaha Biasalah bila mood nak menaip tu datang, giniklah jadinya. 

Eh mood tak berapa nak stabil sebenarnya. Bengang dengan ada akak tu. Pantang betul aku bila orang cakap belakang ni. Tak puas hati cakaplah depan-depan. Ingat aku pakai helmet, aku tak dengarlah kau bebel sambil buat air nescafe tu? Ha kan dah kena sound dengan aku. Lain kali tanya kak oi ! Jangan tau salahkan orang je. Hey.

Okaylah. Korang dah malas nak baca lettew. Hahaha
Kbai.

May 27, 2013

Selamat Bertunang

Assalamualaikum.

Short entri je sebab sampai sekarang sebenarnya mood untuk menulis tu takda. Mungkin terlampau sibuk sampaikan takda masa untuk keluarkan idea-idea yang bagus. Maaf lah eh -__-''

So pagi ni cuma nak update pasal berita pertunangan orang sekeliling je. Hehe.


Sumber gambar : Dp Fuzza

Mula-mula nak wish tahniah kepada my cousin, Fuzza yang dah selamat bertunang dengan pilihannya pada 12 Mei yang lepas. Ye dah dua minggu benda ni tapi nak buat macamana sibuk mengalahkan menteri kan makanya terpaksalah wish harini. Ni pun dah kira okay walaupun lambat. Ye SANGAT LAMBAT -.-'


Sumber gambar : Bbm Amy

Kedua, Selamat bertunang kepada my ex housemate Amy dengan Ejat. Yang ni memang dapat jemputan dari Amy tapi maafkan kakakmu ini wahai cik adik. Kakfe dan Kakfarah sibuk sangat so tak dapat pergi majlis Amy. Insyaallah kawin nanti, kami pergi ye :)

Dan akhir sekali , saya pergi hari belia semalam. Kbai.

: Selamat mengerjakan umrah, Pakngah :)



Tiga dalam satu kedai.
Kitkat untuk cover perut yang lapar. 
100plus untuk orang demam dan 
Jawatan kosong untuk penganggur yang inginkan pekerjaan :) 
#KKMart

May 17, 2013

#3 Bebelan

Assalamualaikum.

Kemain harini sejuk sangat. Cuaca memang best untuk krohhhh kroooohhh (tidur I mean) tapi apakan daya, haruslah bekerja demi sesuap berguni nasi :D

Bila dah sejuk ni, memang suka merepek lebih. Serious, tak caya lettew? Tengok gambar bawah ni. Relate lagu lama dengan rindu kat barang kesayangan. Ada kena mengenakan? Rasa macam ada ^_^



Takpelah. Malas nak merepek lebih dalam ni. Nak sambung buat kerja supaya esok dapat bercuti dengan tenang kat rumah :) 

Happy Weekends y'lls !



May 16, 2013

Selamat Hari Guru.

Assalamualaikum.

First of all, nak bagitau yang entri kali ni memang pendek, ringkas dan padat sebab sebenarnya takda cerita sangat pun cuma saja nak up entri yang pendek ni. 

Memandangkan harini 16 Mei iaitu bersamaan 6 Rejab yakni hari Khamis, adalah hari yang sangat bermakna buat para pendidik. Ya tepuk tangan buat anda yang tau harini hari apa! Tahniah tahniah *belon berterbangan*

Dan ucapan ini khas untuk guru-guru yang pernah mengajar saya dari zaman tadika sampailah ke kolej.

Kepada guru-guru di Tadika Mayter (Bukit Anggerik, Cheras), Sek Taman Midah 2, Sek Putrajaya 8(1), SMK Putrajaya 8(1), dan semua pensyarah terutamanya unit Multimedia Kreatif (Animasi) di Kolej Komuniti Kuala Langat.

Terima kasih kerana memberi saya ilmu dan sabar dengan kerenah saya yang nakal, bising dan malas ni. Terima kasih kerana sudi mengajar saya tanpa keluhan. Terima kasih kerana kalian tidak jemu memberikan nasihat dan dorongan yang membina untuk menjadikan saya seorang yang berguna untuk keluarga, kawan-kawan dan masyarakat. Terima kasih guru. Terima kasih banyak-banyak. Jasa kalian semua akan dikenang sampai bila-bila. Terima kasih.

Selamat Hari Guru juga kepada mama saya :)


This is my kindergarten. I have friends of different races. I hope one day I will be meeting up with my kindergarten friends. Insyaallah. 

Once again, Happy Teachers' Day.

May 15, 2013

Happy Girl

Assalamualaikum.

Dah lama tak update. Kekangan masa sangat. Terlalu sibuk dengan kerja. Hahaha bajet menteri kadang-kadang kau ni pejah -.-' Takpe, korang dah biasa kan? heehhe good *tepuk bahu*

So jyeah, Ahad sibuk dengan majlis pertunangan sepupu. Okay itu akan ku ceritakan once gambar dah ada kat tangan okay? Janji, jangan risau :) Sekarang gambar takda, so tak tau nak cerita macamana. 

Hahaha yang penting iolls memang gedik giler dengan Yin haritu. Bergambar tak ingat dunia. Hahahh redha dan pasrah jelah nanti (dah warning awal-awal ni)

Cerita yang paling fresh adalah cerita malam tadi. Macam tak sangka campur sedih (terlalu happy) gembira semua sebab akhirnya dapat apa yang dihajati walaupun momment tu hanyalah sementera but it's worth it :) Syukur alhamdulillah.



I am a happy girl ♥