May 16, 2013

Selamat Hari Guru.

Assalamualaikum.

First of all, nak bagitau yang entri kali ni memang pendek, ringkas dan padat sebab sebenarnya takda cerita sangat pun cuma saja nak up entri yang pendek ni. 

Memandangkan harini 16 Mei iaitu bersamaan 6 Rejab yakni hari Khamis, adalah hari yang sangat bermakna buat para pendidik. Ya tepuk tangan buat anda yang tau harini hari apa! Tahniah tahniah *belon berterbangan*

Dan ucapan ini khas untuk guru-guru yang pernah mengajar saya dari zaman tadika sampailah ke kolej.

Kepada guru-guru di Tadika Mayter (Bukit Anggerik, Cheras), Sek Taman Midah 2, Sek Putrajaya 8(1), SMK Putrajaya 8(1), dan semua pensyarah terutamanya unit Multimedia Kreatif (Animasi) di Kolej Komuniti Kuala Langat.

Terima kasih kerana memberi saya ilmu dan sabar dengan kerenah saya yang nakal, bising dan malas ni. Terima kasih kerana sudi mengajar saya tanpa keluhan. Terima kasih kerana kalian tidak jemu memberikan nasihat dan dorongan yang membina untuk menjadikan saya seorang yang berguna untuk keluarga, kawan-kawan dan masyarakat. Terima kasih guru. Terima kasih banyak-banyak. Jasa kalian semua akan dikenang sampai bila-bila. Terima kasih.

Selamat Hari Guru juga kepada mama saya :)


This is my kindergarten. I have friends of different races. I hope one day I will be meeting up with my kindergarten friends. Insyaallah. 

Once again, Happy Teachers' Day.

No comments:

Post a Comment