July 12, 2012

Sarapan saya.

Assalamualaikum kawan-kawan sekalian alam.
Perghhh ayat nak baik-baik je. Hahhaha biasalah jiwa kacau pagi-pagi ni. Sambil makan gula jambu batu, sambil bukak Illustrator, sambil tengok metro online, giniklah jadinya.

Ok mukadimah memang tak ada kena mengena pun dengan apa yang nak update harini. Bayangkan dah dua hari datang office awal gara-gara dapat slip gaji tengok kena potong RM1.62 gara-gara lewat hanya beberapa minit pada bulan lepas. Hahahha! Sebenarnya rasa serba salah pun ada ni, yelah pergi dah lah dengan KakNana, lepas tu sebab aku, KakNana pun kena potong 70sen gara-gara lewat.

KakNana, minta maaf ye.

Masih tiada kena mengena dengan apa yang patut dibahaskan. Hahaha!

Apa menu sarapan anda? Tak kisahlah di rumah, office, atau dimana sahaja. Apakah??

Dulu masa belajar selalu breakfast dengan milo. Rasanya bukan masa breakfast je, setiap masa kalau diikutkan. Sanggup redah hujan, semata nak beli ais untuk buat milo ais. Kalau stok milo habis, beli yang ready made je kat kedai makan depan kolej tu. Ehehe. Milo makcik tu TERBAIK oiii!

oh Happy 23rd Birthday Ayu Damit.

Errr, dah tak ada idea. Jemput minum uollss



: blogskin dah tukar. Okay tak? Cuma pelik, advstment Nuffnangs tak keluar -.-"