July 24, 2012

Fobia Pelik.

Assalamualaikum teman-teman.

Seperti apa yang tertulis dekat tajuk entri kali ni, itulah yang aku nak share dengan korang semua. Memandangkan semua orang (yes uollss lah) ada fobia, sama lah macam aku pun, punya fobia yang tahap extreme punya. Hahaha! Aku tau tak kelakar -.-'


Definasi fobia mengikut Kamus Dewan Edisi Empat: ketakutan yang amat sangat akan sesuatu. Berikut adalah 10 jenis fobia yang jarang tetapi wujud dalam masyarakat di serata dunia. Amat pelik dan mungkin bodoh bunyinya, namun ia tetap wujud dan berlaku.

Gara-gara masa aku kecik, aku pernah kena langgar dengan motor, aku pernah ada fobia pada motor sekejap. Hahhaa mamat tu pengaruh dadah kot, bukan main laju dia bawak motor tu. Aku ingat lagi kat LeisureMall, Cheras. Masa tu aku kecik, haa amik aku kena jahit dekat kepala. Tak tau lah berapa jahitan tapi sampai sekarang ada lagi kesan dia. Pehhh!

Ni aku ada research tadi antara 10 fobia paling pelik di dunia tapi aku list out 5 je. If korang rasa nak baca lagi, pergi link website ni . Anw thanks to pakcik Google.

Optophobia: Fobia untuk membuka mata
Mungkin fobia yang paling pelik di dunia! Mereka yang memiliki masalah ini, sukar untuk membuka mata sendiri. Tugasan harian adalah mimpi ngeri untuk pengidap Optophobia. Jika anda boleh membaca apa yang kami tulis ini, jangan bimbang, ternyata anda tidak memiliki tersebut, syukur.
Chorophobia: Fobia terhadap tarian
Apa sahaja yang berkaitan tarian termasuk kelab malam, boleh menjadi punca ketakutan kepada mereka yang mempunyai fobia jenis ini.
Geliophobia: Fobia terhadap gelak ketawa
Banyak kajian yang dibuat memperlihatkan ketawa adalah aktiviti yang baik untuk kesihatan. Ia mampu memperbaiki tahap mental dan jantung. Namun, untuk yang menderita Geliophobia, ketawa atau berada sekeliling orang yang sedang ketawa akan menyebabkan mereka mula berasa takut. Risau diketawakan orang menjadi antara punca kepada wujudnya Geliophobia.
Syngenesphobia: Takut pada keluarga dan saudara mara
Rasanya ramai yang ada masalah camni, cuma ia mungkin melibatkan keluarga sebelah mentua. Semua kita ada rasa malu dan sakit hati dengan anggota keluarga kita pada masa-masa tertentu, namun penghidap Syngenesphobia menghadapai masalah itu secara keterlaluan dan sepanjang masa.
Ablutophobia: Takut untuk mandi dan membersihkan diri
Biasanya kanak-kanak yang malas mandi, namun adakalanya ia melibatkan orang dewasa. Namun harus ingat, Ablutophobia adalah fobia untuk mandi, bukannya malas untuk mandi. Ada banyak beza tu. Yang dekat hostel bau semacam itu kerap kali adalah pemalas, bukannya Ablutophobia.
Semoga hari-hari korang dihiasdi dengan senyuman. Haha!
Kbai.