July 27, 2012

KRIS DAYANTI (KD)

Assalamualaikum

Hahahha! korang tertipu dengan tajuk ! 

Eh chill. Rilex lah. Bulan puasa mana boleh marah-marah :) Harini nak share dengan korang satu blog yang bagi saya sangat menarik. Walaupun baru semalam saya tau kewujudan blog itu, tapi ia telah menarik minat saya untuk membacanya.

Blog ini lebih kepada Design. siPENULIS mengajar cara untuk melukis dan banyak lagi. Korang bolehlah tengok dekat sini : Hikayat Seorang Pereka Grafik Picisan

Harap korang enjoy.

p/s : Jangan risau, saya tetap penyokong blogger fav saya

July 25, 2012

Jom main hujan dengan saya ;)

Assalamualaikum semuanya.

Memandangkan dekat office ni aku punya masa yang sangat-sangat lah banyak (aku tak ada kerja since semalam), so aku skype boss aku tanyalah pasal kerja …

morning. saya nak tanya ada kerja untuk saya? hhehehe
haha i rasa ini phrase popular u lar
hahahhaa! errrr so ada tak? saya tak ada kerja nak buat ni
takde lagi
:( ok
 
so bila aku tau kerja tak ada, aku godek-godek Google ni. Memandangkan aku dulu student graphic tapi aku masih tak mahir dalam photoshop semua ni, aku decided nak tengok tutorials. Banyak yang aku jumpa dan salah satunya cara nak buat hujan. Yelah, ada ke orang nak ambil gambar masa tengah petir/ hujan lebat? Tak ada kan? Orang yang mampu beli dslr 1 kontena pun tak sanggup nokk. Hehhe

Jom kita belajar sama-sama. Yelah ilmu ni tak elok kita kedekut, so kita share.

Step 1

Open a photo into Photoshop. This is the image that will be used for this tutorial:

Step 2

To begin, create a new layer (Layer> New> Layer) and change blending mode of the new layer to Screen. This new layer is where we will create the rain texture.

Step 3

With the new layer selected, press Shift+F5 to open the Fill tool or open the Edit menu and select Fill. In the Fill tool, select 50% Gray from the drop down menu and click OK.

Step 4

Open the Filter> Noise menu and select Add Noise. In the Add Noise tool, leave the default settings, check the Monochromatic option, and click OK.

Step 5

Press Shift+Ctrl+L to apply an Auto Levels or open the Image> Adjustments menu and select Auto Levels. This will make the speckles more visible to aid us in the next steps.

Step 6

Open the Filter> Blur menu and select Motion Blur. In the Motion Blur tool, adjust the angle and distance to your preference. The angle will adjust the angle of the falling rain and the distance will affect the length of the rain.

Step 7

Now we're going to adjust the density of the rain. To do this, open the Levels tool (Ctrl+L or Image> Adjustments> Levels). In the Levels tool, drag the left and right sliders towards the center. Then, while looking at the image behind the Levels tool, drag the black input slider to adjust the density of the rain until you get the density you prefer.

Step 8

If you're working on a high resolution image, the rain may look too thin and sharp. To thicken the rain, we'll be using teh Maximum filter. If you don't want to thicken the rain, you may skip this step. Open the Filter> Other menu and select Maximum. Increase the radius slightly until you get the thickness you desire.

Step 9

The rain may look slightly pixelated so we'll blur it using the Gaussian Blur filter. Open the Filter> Blur menu and select Gaussian Blur. In the Gaussian Blur tool, adjust the radius slightly until the pixelation disappears.

Step 10

If you look at the edges of the image, you may find a white glow. To remove this, simply use the Transform Scale tool by pressing Ctrl+T or opening the Edit> Transform menu and selecting scale. Drag the corners of the scale box outwards until the white glow is hidden.

Step 11

To finalize the effect, reduce the opacity of the layer.

selamat belajar uollss.

kbai.

July 24, 2012

Fobia Pelik.

Assalamualaikum teman-teman.

Seperti apa yang tertulis dekat tajuk entri kali ni, itulah yang aku nak share dengan korang semua. Memandangkan semua orang (yes uollss lah) ada fobia, sama lah macam aku pun, punya fobia yang tahap extreme punya. Hahaha! Aku tau tak kelakar -.-'


Definasi fobia mengikut Kamus Dewan Edisi Empat: ketakutan yang amat sangat akan sesuatu. Berikut adalah 10 jenis fobia yang jarang tetapi wujud dalam masyarakat di serata dunia. Amat pelik dan mungkin bodoh bunyinya, namun ia tetap wujud dan berlaku.

Gara-gara masa aku kecik, aku pernah kena langgar dengan motor, aku pernah ada fobia pada motor sekejap. Hahhaa mamat tu pengaruh dadah kot, bukan main laju dia bawak motor tu. Aku ingat lagi kat LeisureMall, Cheras. Masa tu aku kecik, haa amik aku kena jahit dekat kepala. Tak tau lah berapa jahitan tapi sampai sekarang ada lagi kesan dia. Pehhh!

Ni aku ada research tadi antara 10 fobia paling pelik di dunia tapi aku list out 5 je. If korang rasa nak baca lagi, pergi link website ni . Anw thanks to pakcik Google.

Optophobia: Fobia untuk membuka mata
Mungkin fobia yang paling pelik di dunia! Mereka yang memiliki masalah ini, sukar untuk membuka mata sendiri. Tugasan harian adalah mimpi ngeri untuk pengidap Optophobia. Jika anda boleh membaca apa yang kami tulis ini, jangan bimbang, ternyata anda tidak memiliki tersebut, syukur.
Chorophobia: Fobia terhadap tarian
Apa sahaja yang berkaitan tarian termasuk kelab malam, boleh menjadi punca ketakutan kepada mereka yang mempunyai fobia jenis ini.
Geliophobia: Fobia terhadap gelak ketawa
Banyak kajian yang dibuat memperlihatkan ketawa adalah aktiviti yang baik untuk kesihatan. Ia mampu memperbaiki tahap mental dan jantung. Namun, untuk yang menderita Geliophobia, ketawa atau berada sekeliling orang yang sedang ketawa akan menyebabkan mereka mula berasa takut. Risau diketawakan orang menjadi antara punca kepada wujudnya Geliophobia.
Syngenesphobia: Takut pada keluarga dan saudara mara
Rasanya ramai yang ada masalah camni, cuma ia mungkin melibatkan keluarga sebelah mentua. Semua kita ada rasa malu dan sakit hati dengan anggota keluarga kita pada masa-masa tertentu, namun penghidap Syngenesphobia menghadapai masalah itu secara keterlaluan dan sepanjang masa.
Ablutophobia: Takut untuk mandi dan membersihkan diri
Biasanya kanak-kanak yang malas mandi, namun adakalanya ia melibatkan orang dewasa. Namun harus ingat, Ablutophobia adalah fobia untuk mandi, bukannya malas untuk mandi. Ada banyak beza tu. Yang dekat hostel bau semacam itu kerap kali adalah pemalas, bukannya Ablutophobia.
Semoga hari-hari korang dihiasdi dengan senyuman. Haha!
Kbai.

July 23, 2012

Salam Ramadhan teman-teman ♥



Assalamualaikum teman-teman 

Baru 3 hari puasa, dah dengar lagu raya berkumandang dekat kedai/ pasar raya. Haishh semangat benar. Ni cerita Sabtu lepas Maksu cakap masa pelanggan tengah beratur nak bayar barang, muka semua monyok je tapi bila orang kedai tu pasang lagu raya, semua pakat-pakat senyum sampai ke telinga. HAHAHA! baru hari kedua weh! 

Nak kata aku semangat sangat untuk beraya tu taklah. Yelah, dah besar kan. Tapi baru terfikir 4 jam tadi yang aku tak ada pakaian kasual langsung. err untuk raya lah. Tengok butik online, hari-hari dekat office ni tapi beli tak jugak. HAHAHA! 

Okay, minggu depan aku beli ye 

and yes,

Harini sudah 3 hari kita puasa. Macamana dengan korang? Harap-harap korang puasa dengan jayanya lah eh. Apa menu untuk berbuka malam ni? Jom lah share dengan Faizah >>

 Salam Ramadhan teman-teman  

July 13, 2012

Panggilan Nama.


Assalamualaikum kawan-kawan sekalian alam :)

Permulaan mukadimah sekarang memang terbaik ah kan. Hahhaha! Walaupun badan dah sama bau dengan orang yang membajak kat sawah bendang tu, idea juga datang mencurah-curah seperti coklat membasahi ladang gandum.

Ahaks aku melalut –'

Tengah leka baca berita yahoo ni, tetiba si Joyce datang
Nor, Sk cari you.

Terus call si SK, lepas tu
Nor ah? Esok ah kita cerita a a a a a a a a a !

Sebenarnya bukanlah nak cerita pasal perbualan dekat ofis tapi panggilan nama tu. Macam banyak sangat nama ni -.-' Masa zaman sekolah satu je nama yang orang panggil, tapi masuk zaman kolej, tambah satu lagi, masuk pula zaman bekerjaya, amik kau aku ada tiga nama. TIGA !!

Faizah, Fay, Fe, Izah, Nor masih nama aku tapi agak peliklah bila orang panggil Izah/ Nor tu. Macam gadis-gadis sangat. Hehehee.

Takda masa nak feeling Izah macam dalam Ombak Rindu tu eh. Nor?? Jangan nak NOR sangat ahh! Ni SK je panggil -.-'

till then peoples.

Bye.

July 12, 2012

Sarapan saya.

Assalamualaikum kawan-kawan sekalian alam.
Perghhh ayat nak baik-baik je. Hahhaha biasalah jiwa kacau pagi-pagi ni. Sambil makan gula jambu batu, sambil bukak Illustrator, sambil tengok metro online, giniklah jadinya.

Ok mukadimah memang tak ada kena mengena pun dengan apa yang nak update harini. Bayangkan dah dua hari datang office awal gara-gara dapat slip gaji tengok kena potong RM1.62 gara-gara lewat hanya beberapa minit pada bulan lepas. Hahahha! Sebenarnya rasa serba salah pun ada ni, yelah pergi dah lah dengan KakNana, lepas tu sebab aku, KakNana pun kena potong 70sen gara-gara lewat.

KakNana, minta maaf ye.

Masih tiada kena mengena dengan apa yang patut dibahaskan. Hahaha!

Apa menu sarapan anda? Tak kisahlah di rumah, office, atau dimana sahaja. Apakah??

Dulu masa belajar selalu breakfast dengan milo. Rasanya bukan masa breakfast je, setiap masa kalau diikutkan. Sanggup redah hujan, semata nak beli ais untuk buat milo ais. Kalau stok milo habis, beli yang ready made je kat kedai makan depan kolej tu. Ehehe. Milo makcik tu TERBAIK oiii!

oh Happy 23rd Birthday Ayu Damit.

Errr, dah tak ada idea. Jemput minum uollss



: blogskin dah tukar. Okay tak? Cuma pelik, advstment Nuffnangs tak keluar -.-"



July 4, 2012

Cerita Dipagi Hari



Assalamualaikum semua.

Apalah cerita yang cuba ku sampaikan ini? Haa korang mesti tertanya-tanyakan? Kalau tak tertanya pun, korang buatlah tertanya-tanya ok :) hehhe.

Bangun pagi tadi, sambil cek Twitter / Facebook / BBM bagai, terdengarlah bunyi-bunyi bising diluar. Ingat bunyi dari rumah jiran-jiran, so biarlah. Malas nak sibuk fine aku malas lepas tu, bangun pergilah dekat pintu belakang tengok Kak Nana, Makcik dengan Aboi berkerumun dekat reban ayam. Hati mula tertanya-tanya “eh kenapa?” terus jerit tanya Kak Nana.

: Kenapa tu?
: Ada ular.
: ye? Jap2.
: eh amik gambar, bagi dekat busu.
: ha? Err jap amik phone.

Berlarilah masuk rumah, capai phone dan jadi photoG tak bertauliah dekat situ. Habis setiap sudut ku ambil gambar ular ni. Kepala pun hampir pecah gara-gara dihentam oleh Aboi dengan kayu.

Ha ayam? Terlupa nak ambil gambar sebab takut dengan keadaan ayam yang terburai isi perutnya. Kesian ayam betina tu :( Pelik jugaklah, macamana ular tu boleh masuk reban tu? Ermm


 Ular sawa yang BERAT.

 Kak Nana cakap "berat gila ualr ni -.-"



ni keadaan kepala ular . 

ni la kayu yang hentam kepala ular.

bye.

July 2, 2012

Bye June and Hello July.


Sebenarnya tak ada apa-apa idea pun untuk post ni tapi memandangkan dah lama tak post, nak la post sikit walaupun kekeringan idea yang amat ni.

Alhamdulillah kerja tempat baru semakin baik. Sudah dapat sesuaikan diri tapi masih dalam keadaan malu-malu gitu :) normal lah kan. Bos-bos baik cuma ada sorang bos dept Sales je aku kurang gemar dengan sikap dia but its okay.

Oh sekarang dah tau kenapa tak boleh online blog tru phone. Email salah masuk rupanye. hahaha.

Maaf baru balik lunch so tak ada idea dah. Hahha.

Kbai.



Akim Ahmad dah keluar 1st album. 
Jangan lupa beli yeerrr :)