Friday, December 6, 2013

(REVIEW) 4U2 Dreamgirl Faith BB Cream

Assalamualaikum.

*Kejap nak tengok tarikh barang ni sampai*

Aku bukanlah seorang yang suka bermakeup sangat. Kadang-kadang aku keluar TANPA secalit makeup dekat muka. Even aku pergi kerja pun aku tak makeup. Setakat letak bedak Carrie jr yang warna pink tu je kat muka. Hehhe. Simple gilaa woi.

Tapi bila datang mood nak ada makeup sikit kat muka, terus cari compact powder lah, eyeliner lah, bb cream lah. Tapi kadang-kadang aku pakai bb cream je semata, macam sekarang. Satu perangai aku, bila barang tu dah habis, baru mengada nak pergi cari. Selagi ada isi dalam bekas tu, memang taklah aku nak beli baru. Bukan kedekut tapi aku malas!

So bila aku tau ada kenduri aku nak kena attend minggu tu yakni bulan lepas (ye, ni cerita bulan lepas tapi baru teringat nak up harini), aku terus ushar Hi Shop. Ha itu adalah antara hobi aku kalau takda kerja dekat office ni. Stalk segala website yang ada menjual segala barang sebab aku tau aku takkan beli dekat kedai. Hahha.

Bila dah bukak website HiShop, terus searh BB Cream , ha keluarlah segala jenama untuk BB Cream. Aku terus teruja! Haha teruja sampai aku blur, tak tau nak pilih mana. Memandangkan aku jarang makeup dan guna bila terasa nak guna, aku jumpa ni

 4U2 Dreamgirl Faith BB Cream 30ml
 
Dan aku beli ye !

3 in 1 product: Make Up Base, Liquid Foundation, Powder. Natural Look, Blendable, Long lasting, universal Color

Dah hampir sebulan aku jarang guna, memang bestlah pakai. Tapi dia macam cair sikit. So aku letak secara terbalik. Penutup tu kat atas. Yang kat gambar tu, pagi tadi baru aku amik gambar, Tegakkan sekejap sebab takut dia melimpah (padahal tak pun) Paranoid sangat aku ni. Hhehe.

Jadi kepada sesiapa yang suka makeup ikut mood macam aku, korang boleh try produk ni. Serious murah. Bawah RM20 je pun plus korang boleh pilih dua atau tiga sample PERCUMA dari HiShop dan korang akan dapat voucher lagi! Ya Allah pemurahnya HiShop ni. So jom shopping dekat HiShop !

Okay nak sambung shopping. Byebye!

No comments:

Post a Comment