September 6, 2021

BabyZ finally here!

Assalamualaikum.

Welcoming on board, BabyZ on last Thursday. Alhamdulillah Syaz selamat melahirkan seorang baby girl yang comel dan persis mama dia. 

Makngah is sooooo excited, babygirl! 😍

Dah, tu je aku nak update. 

Khamis ni turn cousin aku pulak kahwin. Wuuu cousin baru 😎

September 1, 2021

Bulan yang penuh dengan pertambahan.

Assalamualaikum.

Bulan baru kembali lagi. Alhamdulillah masih sihat, masih diberi kesempatan untuk makan sedap-sedap. Alhamdulillah. 

Bulan ni akan ada pertambahan ahli baru dalam keluarga inlaw dan makcik aku. Alhamdulillah. Tak sabar nak tunggu #BabyZ. Tak sabar nak tunggu new cousin! Wee~~

Bulan ni juga dah start WFO. Rasa lemau nak siap tu dah start balik every morning since day 1. HAHAHAHA. Malasnyaaaa nak bersiap. Kalau WFH, aku pakai baju tido je duduk depan laptop. Makan pun bila rasa lapar. Pastu gemuk tanpa dirancang. Lah tiberr 😁 

Semalam ramai ya dah tegur aku makin gemuk. Bukan berisi dah. GEMUK terus. Dorang ingat dah ada isi ... memang ada isi lah pun kan ... isi makanan lah tapi 😛 jadi tu semua petanda tu.

Aku kena buat something sebelum majlis-majlis keramaian boleh diadakan. So far aku ada dua majlis yang on hold sekarang ni. Semoga seorang Faizah berjaya lah hendaknya. Walaupun kerja dia asyik makan je bila depan pc/laptop 😬

Tapi since dah boleh dine-in, aku teringin nak makan kat kedai. Muaahahahha. Eh tapi aku belum dine-in kat mana-mana lagi. Masih tapau dan makan dirumah ye gais. Tapi teringin jugak nak dine-in kat kedai. Lama tak makan steak. Wah kemain! 😅

dan .... finally I've my own diffuser yang tengah panas sekarang! Muahahaha padahal haritu taknaklah apa lah. Lahhh sekali terjebak jugekkk 😎 

lastly ... Selamat Hari Kemerdekaan ke 64

August 13, 2021

Stay Strong & Safe Everyone 💪

Assalamualaikum.

Day 2 - Back WFH.

Aku betul-betul excited bila buat previous post. Why? Because I haven't posted an entry about food for a long time. I'm so excited! 😋

Bilalah boleh jalan-jalan macam dulu-dulu?

Bilalah boleh dine-in macam dulu-dulu?

Rindu sangat.

Rindu nak ziarah arwah Ibu jugak.

Alahaii. Semoga Malaysia dan Dunia kembali seperti sedia kala, kembali sihat dan ceria hendakNya. Insyaallah 😊

August 9, 2021

Fully Vaccinated 💉💪

Assalamualaikum.

  

Alhamdulillah, 05/08, I'm fully vaccinated!

Masa 1st dose, I was down with fever. 2-3 hari jugak melepet, demam panas, kepala berat. Tapi makan lah macam biasa. Badan jangan cakap sakit betul. Lenguh habis satu badan.

Apakah kesan sampingan untuk 2nd dose ni? 💉💪

Masih sakit-sakit badan tapi rasanya dekat bahu paling sakit sampai aku pergi klinik. Other than that, my fav things. MAKAN! Wahahahahha. Actually, aku memang dah list out apa nak makan and cari nanti lepas vaccine. Dah standby geng. HAHAH. Ayuh, mari kita mulakan dengan ....

Nasi Lan Kedah! Have been craving these beberapa hari sebelum vaccine. Bagitau FANS, nanti hari vaccine nak makan lah sebab masa 1st time makan dulu macam tak berapa nak puas. Ok, FANS bawakkan. Tapau for the whole family jugak. Alhamdullilah.

The cafe was viral lepas Elfira Loy up pasal coffee dekat sini. Eh taknak ketinggalan, kita cari genk! Since aku try Hazelnute Latte Monti Cafe ni, apa yang aku boleh ulaskan, Hazelnut Latte dia sedap. Puas aku fikir kat mana aku rasa latte ni, sebab macam familiar. Danggg! McCafe!

FANS craving Yong Tau Fu pulak. Ok, kita beratur and beli lah. Tapi aku makan sikit je, takda fav aku dalam ni. Mostly fav FANS je. Hehehehe. Tapi sedap.

Yang dinantikan. Lately, aku craving pavlova tahap maha dasyat ya. Bought at The Caravan Cafe Bangi sebelum tapau Lan Kedah. Last time aku beli Mini Pavlova and aku rasa manis bethoooool tapi habislah aku makan sebab bagi aku sedap je. Mehmehmeh. Then kali ni aku beli Double Deck Berries Pavlova Slice and Mini Pavlova of course! Hehehe. Sedap! Rasa macam nak beli lagi. Eh? 😜


Malam tu, Bet sending us a bunch of desserts. Ada pandan cake, ada rockbun, ada brownies, ada creampuff and the ultimate sardine puff. OMG fav aku tu bet's sardine puff. Bila nampak bet post sardine puff tu, aku tanpa segan silu berkata ...


Ye gais, gue teringin.

July 20, 2021

Raya Haji Berdua 💗

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilahda!

So far apa aktiviti korang harini? Aku, buat kerja office kejap sambil beborak dengan FANS.

Dan untuk raya haji kali ni, buat pertama kali nya aku masak rendang daging! fuhh hasil tunjuk ajar che nom gais, macam biasa.


Sorrylah, gambar tak semenggah sebab aku amik dekat whatsapp je tadi. Malas nak amik gambar baru. Muhehehee

Walaupun raya jauh (haha jauh sangat) dari family, menu raya tetap ada diatas meja sebab pepagi lagi Achik dah hantar dekat rumah. Ada soto ayam, kuah kacang, rendang ayam, ketupat nasi, lemang, ketupat palas, kuah lodeh. oh dan sambal kicap! Full set gaiss!

Mana tak gemuk memasing? Hehehe. Anw thank you Ma, Baba bagi makanan. Thank you Achik hantarkan.

Kiteorang dah ready berbaju kurung/melayu ni tapi tu lah, bukan boleh keluar, so nak buat apa? Hospital Ship and RunningMan pun dah habis khatam. Hahaha bosan. FANS dengan game jelah.

Oklah, again, Selamat Hari Raya Aidilahda semua! 🌸

p/s: Happy Birthday Syaz, Erin, Zikri, and soon, Baba!