November 24, 2016

Cerita Pendek.

Assalamualaikum.

Macam-macam hal bila aku nak update cerita yang dah dua minggu berlaku ni. Dah siap taip panjang-panjang, eh tak save pulak. Ciskek betul. Nasib aku rajin sikit harini.

Oh yes, cerita dua minggu lepas yakni pada 13 Nov. Still valid kan? Tak valid pun aku cerita jugak kalau aku rajin. Sebenarnya takda rasa nak update pun sebab gambar alaa dua tiga keping je pun. Cerita macam ada seguni gambar weh. Hahaha

Hari sukan sekolah ma. Yey makanan lagi!

Tapi sayang .... satu gambar makanan pun takda sebab aku tak sempat langsung beli pape. Serious. Macam tak percaya en? Hakikat weh. HAHAHA. 

Aku sampai padang Impian Ehsan ni dah lambat. Dah sampai game untuk bapak-bapak budak and staff pun. Around 10am macam tu lah kot. Sebab game untuk bapak-bapak and staff, maka aku kena menyibukkan diri sendiri lagi ke tengah padang untuk support baba. Baba bukan saja urusetia tapi peserta untuk game tu. 


Memberi sedikit taklimat kepada para peserta yakni bapak-bapak pelajar. 


Beri laluan.. Guru Besar nak buat pantauan ni. Hi ma!

  
Baba's group.


Ready !


Okay Guru Besar mengambil gambar bersama suami tercinta dan errr nampaknya budak gedik tu lagi penyibuk dari kakak dia -________________________-"


Dan tahniah!! Kumpulan baba menang ok. Aku tak tau dapat hadiah apa sebab lepas beberapa minit game ni tamat, aku balik dengan adik.

Jadi kesimpulannya, sampai disini sahaja buletin hari sukan untuk 2016. Saya Pejah ingin mengundurkan diri yang menyibuk ni. 

Bye!

November 22, 2016

Sabtu yang sibuk.

Assalamualaikum.

Since aku free pagi ni, marilah aku update sikit cerita yang berlaku last weekend. Kalau nak diikutkan, dari pagi lah aku dah busy. Sepatutnya aku masuk office tapi decided untuk tak masuk sebab nak bawak budak gedik pergi sekolah. Aku ingat ada karnival ke apa tapi dia tak macam karnival. Macam event kawad kaki macam tu lah tapi adik had fun so okaylah.

On the way nak pergi sekolah, adik dah cakap dia lapar. Aku sampai agak awal jugaklah, around 9am. Tercari-cari kat manalah gerai jual makanan sebab bukan adik je lapar, aku pun lapar gila. 


Lepas tu aku nampak mushroom soup ni dekat tepi bangunan, aku tanya dia mana jual makanan eh? dia kata kat padang kot. Okaylah gigihlah aku pergi walaupun berlecak.


Beli keropok lekor, fishball, bihun goreng, air semua, habis dalam RM8 jugaklah. Fuh. Mihun kosong je weh. Cili je semata ㅠ_ㅠ Tapi aku redha sebab aku lapar...


First game adik main was archery. Aku masa sekolah join kelab memanah jugak. Tapi dapat main sekali je. Ciskek betul! Oh adik main ni, hmmm budak-budak. Biasalah kalau takda kena langsung. HAHAHAHAH eh kenapa gelak? sebab dia belum shoot, benda tu dah jatuh -.- Kelakar apa dek oii -.-



Dan sampai kesudah tak kena target ...


Ok kupon yang terakhir. Aku dah cakap sila jangan main benda merepek. Dia nak beli buku lah apa lah, tapi sayang, buku-buku tu tak boleh guna kupon. So memang taklah aku nak taja. HAHAHA. Taja makanan ok, aku boleh join sekali.


Dalam RM20 kupon tu, dia beli lego ni. Dua kotak untuk RM5. Bolehlah, dari dia nak yang besar gedabak kat situ. As long tak guna duit aku, aku takda hal. HAHAHAHHA sorry ah dek oii dapat kakak cheapskate sangat ni ha. Heheh

Balik dari sekolah pukul 10.30am. Okay memang dah target pun balik around macam tu. Penat weh, padahal aku duduk makan je. Lepak kat rumah, tengok tv, kemas semua. Pastu tidur. Pastu petang jalan-jalan dengan ma dan adik. Cari barang ma, tukar barang ma. 

Malam nya ada makan-makan dengan cikgu-cikgu ma dan HARUSLAH tiada gambar mereka dalam phone. Wakakakkaa! Aku tak rajin. Gambar makanan adalah tapi takda masa aku nak letak sini. Cukuplah ada orang cakap aku happy bila aku bagi gambar daging tengah grill. HAHAHHA



Ya, aku happy sangat. Thank you.

November 17, 2016

Laksa pujaan hatiku ...

Assalamualaikum.

Okay, dah petang baru sibuk nak log in blogspot lah apa kan. Sebab apa? Weh busy weh! Artwork non stop dari pagi. Tadi 4:55 pm baru selesai semua artworks. Sekarang tinggal barcodes jelah kot. Fuhh bilalah nak habis buat barcodes ni. Tak sanggup nak tengok dah ㅠ_ㅠ

Bila eh? Isnin kot. Ma buat laksa. Ya Allah, sanggup ok lepas makan nasi, aku rehat kejap, regangkan perut, lepastu sambung makan laksa. Ahh nikmatnya~




Close up khas untuk korang! Wakakkakakaa. Yang ni kalau sedap pun, tak dapat kat mana-mana weh selain rumah aku. HAHAHA. Jadi nya, kalau teringin, korang hello-hello lah mak aku. Kekekke.

Ma kalau buat kuah laksa, fuhh terasa weh isi ikan tu. Nyaman weh. Sedap ni weh. Lepas tu makan dengan telur kuning. Wow! Berbau satu rumah kalau meletus tu. Tapi aku tak *mata keatas* HAHAHAHHAHA

November 15, 2016

Spaghetti Bolognese, Ramal Junction

Assalamualaikum.

Selalu aku uar-uar kan .. Makanan yang sedap seharusnya diberitahu agar sama-sama kita dapat merasa kenikmatan sesuatu makanan itu. Barulah boleh share pendapat lepas tu.


Woii sedap tak roti tu?

Hmm sedap weh! Tapi macam mahal tapi berbaloi lah dengan harga!


Lebih kurang macam tu lah dialognya bila korang dah rasa nanti. 

Pahal tak mukadimah kemain menggelabah sekarang. Gelabah sangat ni -.-'

Anw lets, aku bagitahu korang another dish yang korang boleh try kalau pergi Ramal Junction dekat Sg Ramal. Aku first time makan kat kedai ni, sedap. 


Spaghetti Bolognese (RM10). Ya ampun dah berabad aku teringin. Tapi ada je makan sebelum ni. Sedap jugak. Tapi ni pun sedap so kenalah bagitahu orang kampung akan kesedapannya. Hahaha. Bagi aku sedap (dah banyak kali taip sedap ni) sebab tak terlalu masam. Aku tak suka masam, sebab hmm tak suka lah, Hehehe. Portion pun besar. Plate pun besar, berat pulak, kaca pulak. Hehee. So puas hati, Presentation macam makan kedai hipster. Sedap!

Location? Ramal Junction. Aku tak perasan nama kedai dia tapi dia sebelah dengan kedai air paling hujung. Dari gerbang pintu masuk tu. Dia depan korang je. Anak-anak muda yang meniaga. Pergi rasa sana! Mostly western lah menu dia. Sebab tu sedap. HAHAHA.


Roti john pilihan Zikri. Sedap tapi sejuk -.-

Selain ni, ada lagi Sate Willi, ayam goreng semua tapi malaslah, Aku nak update pasal spaghetti bolognese aku je. Benda sedap en. Tapi itu bukan bermakna lain tak sedap. Sedap tapi alaaaa gelaplah. 

November 14, 2016

Nak lawan Hongki !

Assalamualaikum.

Last aku jejak bowling tahun 2014 kalau tak silap. Perghh lama sangat tu. Ni dah penghujung 2016 pun. Hahaha. Okaylah dari takda memori bowling langsung tahun ni.

Niat dihati nak score banyak-banyak lepas tu nak ajak Hongki lawan. Tapi nampaknya impian terus menjadi impian apabila aku tak berapa nak score disebabkan kepenatan, mengantuk dan sebagainya. AHAHAHHAHAAHHAAHHA ayat habis sedap padahal tak reti main. Eh biarlah! *asap keluar kat hidung*



Nasib baik lawan sesama sendiri. Sesama cousins. Sesama ahli keluarga. Malu pun malu dengan kaum keluarga jelah. Takyah nak malu sangat dengan jiran tetangga lane sebelah. Dorang pun sama je sebelum dorang jadi pro. HA! AYAT SEDAP LAGI -.-



Tengok nama pun dah tau yang mana satu aku en? At least aku bukan yang terakhir. Jadi nya tak perlu malu *tiup kuku*

Walaupun tak berapa nak score tapi gaya tu penting. Biar masuk longkang beribu kali pun tapi confident, YA CONFIDENT tu penting. SANGAT SANGAT PENTING. Hahahahhaha! Haa nak tips cover malu? Sila gelak lepas dah baling bola. HAHAHA.

Tips pebenda lah macam tu -.-


Dah keputusannya .... Aku tetap disitu. No 3 tidak berganjak T_T


Selingan..



Adik main benda ni. Macam virtual roller coaster tu lah. Betul-betul depan bowling. RM25 untuk 4min. For me, tak berbaloi lah sebab satu mahal dan satu lagi awat kejap nauu? Kesian pengeluar duit. Tapi yelah, budak-budak happy lah. Tu je. Macam budak gedik ni, dia happy lah. Sebab dia suka lah benda-benda macam ni.



The supper annoying gedik kid, Poih Ajih. HAAHA

November 12, 2016

Black pepper Beef with Rice ♥

Assalamualaikum.

Mood: Hey You (CNBLUE) vs Cheer Up (Twice)
Time: 10.10 am
Vanue: Office tercinta T_T


HAHAHHAHA tercinta sangat ni. Okay, aku dekat office macam biasa. Last week je tak masuk Sabtu sebab I is tak sihat kan. Jangan derhaka dengan diri sendiri please eh. So harini masuk dimulakan dengan hantar pergi bank, hantar kain dekat busu, beli nasi lemak yang maha pedas gilaaa tu dan sekarang di office bersama kerja-kerja kesayangan T_T

eh pahal poyo nauu ni? -........-

Oh setelah sekian lama aku teringan nak makan daging black pepper dan akhirnya semalam Ya Allah sedapnyaaaaaa.. Walaupun foreigner yang masakkan, tapi sedaplah. Mungkin sebab aku lapar sangat kot. HAHAHA. Mungkinlah. Oh kan aku selalu bagitau, benda sedap aku mesti share sini kan? Jadi ... dipersilakan masuk mengadap wahai makanan sedap ...


Dengan kuah yang melimpah ruah tu, Ya Ampun sedap weh. Daging dia banyak. Achik je bising sebab dia order nasi goreng udang (kot?) tapi udang ada dua ekor je. HAHAHA gilaaa kesian. Next time, sila order macam aku chik. Berbaloii. Eh ma punya chicken chop pun, besar gila ayam dia. Takdalah gila. Tapi besarlah. Puas hati. Zikri nasi goreng cili api. Adik sama dengan Achik. Chicken chop tak tertangkap. HHAHAA.

Dah share, kalau teringin pergi kat foodcourt Tesco Kajang. Nama kedai lupa. Tapi ada wok wok something rasanya. Harga mampu milik. Foreigner masak. 

Dah dah. Nak buat barcode. Bye.