October 19, 2020

[RESEPI] No Bake Cheesecake

Assalamualaikum.

Setelah berkurun lamanya, resepi makanan kembali lagi. Phewww setelah aku berjaya mengambil gambar selepas beberapa kali cuba untuk membuatnya. So far macam orang cakap yang pertama adalah yang paling terbaik dari segi rasa dan texture tapi aku tetap rasa setiap kali aku buat, SEMUA SEDAP! HAHAHAHAHAHA.

Thank you Khairulaming sebab share resepi ni masa bulan puasa haritu. Kalau ikut resepi Khairulaming ni dia buat semua separuh, which is aku dah buat dah masa mula-mula nak try. Aku ikut bulat-bulat resepi dia.

Oh by the way, resepi ni non bake ok. So sangat sesuai untuk orang macam aku yang hmm malas 😝

Tapi harini aku akan buat semua dah kuantiti yang banyak sebab aku tamak. So lets!

Bahan-bahan;


 Crust  

1 pack Biskut marie / Biskut Digestive

(korang boleh blend kasar untuk memudahkan kerja korang)

1 blok mentega - baru wangi (aku guna 1/2 blok sebab tu je tinggal)

Sejukkan selama 15-20mins


 Filling 

500g Cream cheese 

1/2 tin susu pekat

1 biji perahan lemon

1 sudu kecil esen vanila


Cara-cara;

patah / blendkan biskut-biskut itu dan ikut tekak korang nak halus macamana. 


cairkan mentega dalam seminit dua. 

campurkan mentega ke dalam biskut yang telah korang patah / blend kan itu
biarkan ia sejuk selama 15 - 20mins


Lepas tu, korang masukkan cream cheese, susu pekat, esen vanila dan mix semua bahan sampai kembang.

masukkan perahan jus lemon dan bagi ia sekata.

Sejukkan dalam 2 jam atau lebih sebelum dihidang. 


Aku dah try, lagi lama disejukkan, lagi padu rasa dia. Haihh teringin pulakk ..



Untuk sukatan seperti diatas, boleh dapat 2 bekas panjang, dan 7 bekas bujur ni.

Selain letak serbuk biskut tadi as hiasan, korang jugak boleh letakkan apa sahaja jenis buah-buahan ikut tekak korang. Korang yang nak makan kot. HEHEHHE. 

Selamat Mencuba gais!

October 6, 2020

If we must part forever, Give me but one kind word to think upon, And please myself with, while my heart’s breaking.

– Thomas Otway 

September 9, 2020

 “There are moments when I wish I could roll back the clock and take all the sadness away, but I have the feeling that if I did, the joy would be gone as well.”

– Nicholas Sparks

September 5, 2020

It's happened again.

 Assalamualaikum.


The moment kau tengah "perform" lagu Kurik Kundi atas scooter, tiba-tiba scooter mati didepan kereta lain dan get ready untuk bergerak (lampu hijau) ...

Just one word.

MALU.

HAHAHAHAHA it's happened again, masyaallah. Terkedu aku, tengah nak masuk lane, mati pulak tiba-tiba 🤦🏻‍♀️ Luckily, aku ada dekat kawasan sekitar diantara Cheras dan Hulu Langat.

Makanya Achik jadi penyelamat.

Paling kelakar, scooter boleh je start manual beb! HAHAHAAHA aku ingat tak boleh start langsung dah 🤣🤣 haishh pejah pejah .. suka betul mengaibkan diri 🤭🤦🏻‍♀️

August 30, 2020

Scariest

The Scariest Night Ever in My Life.

Nervous.
Shaking.

Hopefully everything will be good, Insyaallah 🙂

August 24, 2020

The Rojak Is Back 💋

Assalamualaikum.

Helloooo! It's been a while. Biasalah bila mood nak blog tu takda, dia punya malas tu haa berbakul-bakul lah jugak. Hari-hari fikir nak update apa tapi bila rasa nak login je, terus lost teruk, lepas tu tukar website lain pulak. Paling best cuci mata dekat booking.com . Kemonlahh, tengok bilik macam terapi kot. Wahahah terapi sangat. 

Aku dah beberapa hari mengantuk teruk, asal free tidur, asal masuk kereta je aku lena sepanjang jalan walhal sebelum ni, aku relax je pegi balik mata segar bugar. Aku syak sebab aku tidur lambat, lepas jam 12am. Memang lambat lah cerita dia. Sebab for me, nak segar esoknya, before 11pm, kau kena tidur dah. Wahh macam kanak-kanak sangat kau Pejah. HAHAHAHAH but betul. If aku tidur lepas jam 12am, memang aku struggle sikit untuk focus. I'm tryin!

Lagi apa, oh btw post ni mungkin pasal everything! Takda specific topic cos I'm lazy! Macam tak biasa pulak post aku rojak. Hueheheheh

Lepas tu tak sabar nak fly berdua dengan Adik. Tak sabar nak tengok excited dia. Tak sabar nak tengok dia kena prank dipagi hari sebab flight pagi kan. Haa tak sabar. Mesti seharian tu dia pot pek pot pek je. Aku kena siap sedia dengan bebelan dia tu. 

Omg, apa lagi eh nak cerita?

Oh yes, Selamat Bertunang Syaz & Abu 💍