January 11, 2017

Free!

Assalamualaikum.

Ha jom lah sembang petang-petang ni. Ada lagi sejam setengah sebelum kembali ke rumah. Wahh bunyi macam ayuh jom kembali ke sekolah sangat. 



Basically aku tengah free sekarang. Artwork takda. Tapi kau tunggu esok, CONFIRM tak menang tangan. Selalunya Khamis macam Hari Artwork sedunia. Penuh atas meja dengan kertas-kertas yang penuh artwork. Masa tu mampu tersenyum riang tanpa ikhlas je. HAHAHA.

Tapi kadang-kadang ikhlas lah sebab dah kenyang kan.

Nampak tak aku pun tengah bosan sampai idea nak menaip pun nan adoooo. Tengah lapar. Haa teringin nak makan burger.

January 10, 2017

Adik's Second Birthday Celebrations!

Assalamualaikum.

Kalau entry lepas, kita celebrated birthday Adik pada hari pertama untuk tahun 2017 kan? So entri kali ni, Adik's actual birthday yang kita celebrated dekat rumah Maktok. Oh dengar-dengar minggu ni dekat rumah Nenek pulak? Wow! Package Opah, Maktok, Nenek semua Adik celebrate. Dasyat ni. Che Ta pun tak celebrate macam Adik ok. Kelasss adik aku -.-

Jadi, Happy Birthday once again, Poih Ajizzzz!




Oh ada penambahan kek disitu. Since Iqbal dengan adik sebaya sebenarnya (dengarnya begitulah) tapi dia lahir December kan, so celebrate pun lambat lah. Jadi meh celebrate sekali. eh apa ayat aku macam tunggang terbalik ni?


The cousins. Oh Maklang gigih nak bagi Adik senyum. HAHHAA


Birthday boy ditengah dan ditepi paling hujung kanan, Iqbal :)  Happy Birthday both! Kakak lovessss korang. FYI, sepupu perempuan belah arwah Ibu ni, Nana lah paling kecik. Nun paling kiri tu. Perempuan tak ramai. Aku, Fuzza, Kirah, Kirin, Ayong, Izah, Nana. Lain semua lelaki. I is redha lah.


Selain Mee Kari yang ma buat dari rumah dan jugak ayam goreng buatan Ma, ada jugak Cabonara, Mihun Goreng, Fries, Chicken Nuggets and etc. Air Bandung selasih menjadi pilihan air pada petang Ahad. Alhamdulillah kenyang gilaaaa weh! 

Jadi, untuk akan datang (insyaallah) entry birthday Adik yang ketiga. Kalau ada gambar lah. Kalau takda, maknanya memang takdalah. HAHAHA! I is busy. Dengar-dengar ada another khabar berita. Tak sabar!

January 8, 2017

Adik's 8th Birthday!

Assalamualaikum.


Yeahh, dimulakan pagi Ahad dengan senyuman takda gigi, senyuman poyo, senyuman kembang kempis dan senyuman senyum litup, HAHAHAA. Hey! It's a smile from our birthday boy, Faiz Aziz!

Weee~ A day spent really well last Sunday. Yeah, Ma and Baba decided for make an early birthday celebration for Adik. So, on 1st January .... let's story began.


"Can I eat peacefully without paparazzi? No camera please. Go go gooo !!" Na'ah, I just screamed in my heart. Poor me, I still look happy there :)


Ika baru balik kerja. Zudin, si bakal darah manis ada jugak sebelum pergi kerja. Kakna there, Iman there. Oh birthday boy belakang Zudin tuuuu~~


Highligt!!! Ada ayam, dan kambing siap sedia untuk dimakan, ditelan oleh hmm yaa kami lerr. Takkan korang pulak? HAHAHHAHA!


Satu-satunya gambar aku yang molek dan sedap mata memandang compare yang lain. Apa masalah tah, gambar banyak tapi semua tak kenan dengan mata. And yang ini lebih sopan. HAHAHHA. Sopan lah sangat -.-' Well at least kan. 


Yeahh, sedang membakar. Oh kemunculan ikan-ikan disitu. Ada satu jenis ikan je haritu, yakni ikan ... HAHAHAHHAA aku tetiba lupa nama ikan. Serious aku lupa. Tadi ingat dah. Takpe, ikan akan buat kemunculan keduanya sebentar lagi. Tungguuuuuuu ~~


Oh yeahh. Inilah ikan yang kita makan. Haa apa nama ikan ni? Aku masih hilang ingatan untuk nama ikan ni secara tiba-tiba.


Bila dah bakar, eh apa lagi? Memang sedia untuk diratah lah kan. Oh tangan pakcik membuat kemunculan disitu. Dan hmm sudu? Hehehe. Sedap weh. Cicah pulak dengan air asam. Fuhh terangkat siot!


Rakan sebaya makan bersama. Oh pakcik pun darah manis. Hehehe


Sedang membakar lagi...


Ramai tak sampai lagi masa ni. Ceh padahal ada tambahan tiga keluarga je lepas tu. HAHAHA.


Budak merajuk a.k.a Iman membuat kemunculan tanpa menunjukkan muka.


And last but not least, our birthday boy!!

Yey, finally. 

Happy 8th Birthday adikku yang superGedik, Muhammad Faiz Aziz Bin Azmi.
Kakak love you forever. And stop cubit-cubit me and the rest! STOP! And stop sebut  앙돼 ! Kakak dah penat nak gelak. Semua benda nak sebut 앙돼, dah pahal? HAHAHA.



Kakak doakan Adik jadi anak, adik, sepupu yang baik untuk semua orang. Jangan suka menjerit-jerit nanti orang bising, meluat. Big No okay?! And diberikan kesihatan yang baik, rezeki dalam apa jua bentuk sekali pun, dan tolong kemas mainan bila main ok. Sekeh kang!

I know he don't even read this but well, kakak always being kakak. Over! HAHAHA

January 6, 2017

7 First Kisses

Assalamualaikum.

Sebelum aku start check barcode (oh barcode part 1 dah siap yey!), aku nak review web drama yang aku baru je tengok malam tadi. Sebab dah habis on going, baru best sikit nak tengok. Tapi yang tak best, drama tu sekejap sangat. Yelah, nama pun web drama kann ...


7 First Kisses.

Takda nak review sangat. But yang boleh aku share, cerita ni best! Walaupun secara logiknya, takda nya benda-benda ni terjadi in reality. HAHAHA. Tapi suka tengok and aku tengok episodes yang ada orang aku nak tengok je. Jongsuk dah confirm ada dalam list. Tapi Lee Min Ho? Ji Chang Wook? Kai? HAHAHA tetiba sangat dorang termasuk dalam list aku en? Taecyeon pun aku tengok sebab hahaha dia handsome. Kahkahkah! 

Aku tak faham kenapa Wawa cakap tak best tapi aku rasa best je, bolehlah buat aku gelak non stop semalam and rasa geli. HAHAHA. Tapi episode Ji Chang Wook tu hmm.. macam familiar sangat scene tu. Tu bukan scene dalam drama dia ke? Entah, aku rasa macam ye sebab macam ternampak cuts dekat Twitter. Biasalah TL aku penuh dengan peminat kdrama. HEHEHE. 

Bagi aku, dalam lima episode yang aku tengok (Ji Chang Wook, Kai, Taecyeon, Jongsuk, Min Ho), aku paling suka episode Kai. HAHAH. Oh Min Ho jugak. Episode Kai macam cute, comel sangat. Min Ho pulak, macam reality. Yang lain over. Lagi-lagi Taecyeon. Over sangat ni. Tapi kelakar lah. HAHAHA.

Overall, cerita ni bolehlah tengok walaupun pendek nau. Bolehlah jadi bahan untuk lelapkan mata kalau tak boleh tidur tu.

So bye.

January 3, 2017

FAME Soft Matte Lip Cream

Assalamualaikum.

Since dua tahun lepas, aku mulalah berjinak-jinak dengan barang make up ni. Dulu, asal pakai je, lap. Asal lap je pakai. Takda confident nak tunjuk bibir merah menyala oh jantungku berdegup pantas keranamu, haru biru fikiranmu bila kau pergi jauh, kehadiranmu mewarna kehidupanku.. 

Eh ternyanyi pulak. Lama tak dengar lagu ni.

Okay, tahun lepas. Eh padahal minggu lepas je. Ada Mood Republic kan? Siapa pergi? Angkat tangan NOW! 👋👋👋👋👋👋👋 Amboii excited sangat ni sampai angkat tangan taknak turun-turun dah. Hahaha. Okok, aku pun pergi jugak. Aku ada mission iaitu nak jumpa blogger Kak Filla, Kak Elly dengan Kak Peej. Weh gigih cari booth Elffie tau. Nasib baik jumpa.

Tapi ..
Tapi ..

Tapi sayang ....kehadiran kekasih lama mu, datang kembali mengenang cinta dahulu ... 

HAhahaha nyanyi tak habis-habis. Used to be lagu fav adik. Serious. Adik berumur 8 tahun. Sekian.

Okay dorang takda dekat booth. I is sad. Tapi since aku dah sampai ..... ,


Yey, finally!

006 Gossip

Kalau biasa, harga RM29. Tapi masa dekat MR haritu, jadi RM25. Jadi aku belilah walaupun duit ku .... Hahahha sendiri sambunglah lagu apa yang korang kenan. Aku dah fikir lagu M Daud Kilau dah ni. HAHAHHAA.

Review? Hmm aku baru pakai 2x. So far okay je. Cuma bila bibir kerap basah, lip cream tu jadi crack. Hmm macamana eh nak terangkan? Mungkin kena apply selalu kot? Aku apply sekali cukup. Hahaha. Tapi so far, okay. Takda masalah pun. Cuma sebenarnya aku tersalah amik colour. Takpelah, redha itu Pejah. Warna ni pun okay je. Gossip kan, elok nauu lah tu. Heeheheh.

January 2, 2017

Public Holiday.

Assalamualaikum.

Hi.

Currently tengah selesaikan barcodes untuk part 1. Heol! Dah habis tahun pun tak siap lagi ok. Rileks. Dah separuh. Part 2 bakal menyusul esok, mungkin? Sebab aku nak setelkan hal-hal lain yakni gosok baju. HAHAHA.

anw Hello 2017 !

Happy New Year once again people! Hopefully what we dream this year will be fulfilled.

Well I spent my New Year eve dengan tidur. So, I've nothing to share. Heheh.

Adik's pre birthday party went really well yesterday, Pictures, stories coming up soon. Really soon. I meant on his 8th birthday, of course. Yeah, this Sunday!

So guys, happy holiday. Esok kerja please!