Part 2 - Nikah dan sanding di Perlis
Assalamualaikum.
Kalau korang lupa apa yang jadi November lepas, korang boleh scroll SINI untuk recap moment Zikri jadi tunangan orang.
----
Bulan berganti bulan, hari bersilih hari, akhirnya tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh pasangan mempelai. Pehh aku rasa aku boleh jadi emcee majlis dah ni. huehehehe.
Kita ke Perlis lagi, gais!
Bertolak dari KL seawal 4.15 am, dan sampai sekitar 2-3 petang. Not bad lah, sempat recharge tenaga dengan lunch nasi kukus dulu. Lepas check in homestay, kita sambung "beraya" ke rumah kawan Baba. Baba ni kan macam rare case. Dia introvert tapi dekat mana-mana ada je kawan dia. Confuse kita 🤣
Long story short, Zikri kini sah bergelar suami kepada geng DMY dia, Aida Najwa, pada May 1st, 2026. Alhamdulillah, syukur. Wehoooo gembira tak terperi nampaknya seorang Zikri tu. HAHAHHAA.



![]() |
| Kesian Adik. Roomates dah kahwin, pastu kena transfer luar negeri pulak. haha |
Keesokkan harinya, majlis bersanding pihak perempuan pula berlangsung. Eh nak cakaplah ek, cuaca hangat bethooool kat Perlis ye. Orang sana pun cakap dah lama tak hujan. Sekali… petang lepas majlis, hujan turun lebat gila. Macam drama Melayu timing dia. 🌧️





Kiteorang ontheway Padang Besar pun hujan lebat sangat. Nasib baik ada parking. Jadi, bolehlah shopping dengan tenang. Mueheheh
Trip kali ni memang chill sikit. Tak banyak berjalan sangat sebab last visit dah vover banyak tempat. Memang Padang Besar jelah kita repeat sebab nak beli barang untuk orang. Next trip? Hmm… buat masa ni rasa macam tak kot. Hehe.
Plan asal aku balik KL hari Isnin tetapi disebabkan ada container (adult life calling) pada hari Isnin dan aku taknak stress sepanjang jalan balik KL, jadi, aku decide balik Ahad pagi.
On the way balik, kita buat mini food tour:
sarapan dulu di Perlis, brunch dekat Alor Setar dan lunch di Penang.
Achievement unlocked:
3 negeri dalam beberapa jam. Malaysia speedrun edition. 🤣
Lepas tu terus balik rumah family, dinner sikit, then terus pengsan. Penat weh. Walaupun aku drive sejam je… tapi biasalah, drama kena lebih. 🤪
----

To Zikri and Aida Najwa,
Selamat Pengantin Baru!

No comments:
Post a Comment