June 16, 2025

Physio Day

Assalamualaikum.


Live Update 😅

Sedang melakukan physio yang sangat enak, dan lagi enak kalau boleh tidur 🤣 tapi malangnya nurse tak bagi 🥹 bila pakai current ni, rasa selesa dia lain macam. Lepas tu side effects dia pun lain macam. Ni esok mesti kena makan pain killer. Confirm sakit 2-3 harini 😮‍💨

Kejap lagi confirm tersengguk-sengguk dekat office. Mengantuk satu hal. Tapi penat physio tu fuhhh lain macam extream dia.

June 12, 2025

34.

Alhamdulillah I am turning 34 this year. Still breathing even though not smoothly enough but yeah, still. HAHAHAHAHAH.

Tapi alhamdulillah, masih hidup. Masih ada rezeki merasa pelbagai rasa — suka, duka, keliru, marah, tenang, sayang. Semua campur-campur jadi satu lukisan pelik yang nama dia: kehidupan.

Tahun ni, aku tak mintak banyak. Cuma minta hati yang tenang, badan yang sihat (walaupun aku dengan hospital/klinik kini berpisah tiada HAHAHA), dan rezeki yang berkat.

Doakan aku okay-okay je ya. ❤️

Harini aku macam biasa. Mood ok. Ada swings a bit. Tetiba rasa nak marah, tetiba rasa sedih. Tapi yang penting the whole week aku rasa mata aku berat gila! Mengantuk dia fuhh tak tau nak describe macamana. 


Masa aku type ni pun mata aku separuh buka sambil amik mood nak sambung tidur balik selepas dikejutkan oleh alarm FANS and call dari Achik.


Oklah aku sambung esok KALAU AKU RAJIN 🤣

May 23, 2025

Dari Februari ke Mei: Bila Penyakit M Menang Besar 🤭

"Kadang-kadang kita tak sibuk… cuma tak rajin." — Faizah, 2025 😂


Assalamualaikum & Hi korang!

MasyaAllah, tau-tau je dah nak habis bulan Mei, tapi blog ni tetap tak berusik. Ini betul-betul kes malas tahap dewa. HAHAHAHA. Penyakit M memang sangat-sangat berleluasa sekarang. Tapi takpe, aku dah nekad — bulan depan aku janji aku update entri... BIRTHDAY AKU! 🎉 Hahahaha standby okay!

Kalau ikutkan, banyak sangat cerita nak share dengan korang dari Februari sampai ke hari ni (23/05/2025). Tapi tu lah, banyak sangat sampai tak dan nak tulis semua. Lepas tu, ada yang aku dah lupa jugak. HAHAHA. Maafkan saya ya geng!

Yes, percaya tak percayalah kan .. dah 2 kali naik flight sorang-sorang! Hahahaha. Tak sangka Faizah boleh jadi berani gitu. Tapi jujur la, aku buat-buat berani je tu 🤭

Lagi-lagi masa berlepas dari T1 — first experience, and honestly... best gila! Macam lagi best je dari T2. Tapi airlines yang aku naik tu… seram wei! HAHAHA. Dia bawak macam omg sekeri! AA more better lah I would say. Tapi takpe, ni semua pengalaman. Tak sabar nak naik flight lagi (dengan airlines lain please!)

🎉 Next Month: Birthday + Annual Dinner!

Bulan depan bukan main happening:

  • Birthday kita 💃

  • AND finally, annual dinner company lepas sekian lama tak buat!
    Yang bestnya... kalini datang dengan husband kita lah ek. Hehehe. Tak sabarrrrr! HEHEHEHE

🏥 Physio Life: Lepas Sesi = Cari Katil

 

Lepas annual dinner tu, sambung balik rutin physiotherapy. Ya Allah, penat dia tak tipu! Setiap kali habis sesi, confirm terus cari katil, nak tidur. Kalau baring dalam kereta tu selesa, aku tidur lama dah. Lepas tu badan rasa perit sangat sebab doktor akan tekan tulang belakang ni. Tapi takpe… i is redha. 🤣

Kalau korang pun tengah dilanda penyakit M macam aku, jom geng kita bangkit sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. tibehhh 😅

January 21, 2025

Day Trip to Penang ✈

Assalamualaikum.

Last year kiteorang pernah cakap "nanti kita pergi Penang naik flight nak?" and guess what, a year later, kiteorang pergi Penang naik flight! Tapi kalini bukan holiday lah, just a day trip sebab nak attend majlis kahwin cousin FANS.

Since datang pun kejap je, memang tak sempatlah nak jjcm kat sana. Nasi Kandar? haa, jangan cakaplah. Kita makan kat Pelita, Balakong jelah ek. HAHAHAA. 

Jadi, meh lah cerita apa yang berlaku on the day, Dimulakan dengan tidur lewat malam tu. HAHAHAHAHAHA. KAU BIJAK, FLIGHT AWAL PAGI TAPI KAU TIDUR LAMBAT. BIJAK!

4:45 am - kiteorang bertolak dari rumah ke GOPark untuk park kereta and shuttle book at 5:30 am. Tapi biasalah Melayu kan, tak on time tu biasa. HAHAHAHAHAH. shuttle lambat sebab dia hantar orang sebelum tu. As long tak lambat, ok je.

   

6 am - dah setel 1st checking. Selesaikan apa yang perlu dan breakfast sebab kiteorang memang lapar gila. Kononnya sebelum park kereta nak makan mamak dulu tapi tulah, kita hanya mampu merancang je ...

Lepas breakfast, jalan-jalan cuci mata lah apa lagi. Faizah kot. HAHAHAHAH. Dan menunggulah untuk boarding.

 

Dan pada ketika ini, terasa nak pergi toilet walaupun dah nak boarding. Que kat toilet adalah panjang dan  seorang Faizah hampir terlepas flight sebab lamaaaaaa dalam toilet. Nasib baik masih berpeluang fly ke Penang 😎

 

"Ready to take off"

 

While FANS tidur, seorang Faizah mestilah menikmati view yang paling digemarinya.
Alhamdulillah.


"Hello Penang, we are back!"


Tahniah Awi dan pasangan 🎕

  

  

Menunggu untuk boarding dan tetiba delayed. Pada ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pm lebih kurang. Sempatlah jumpa inlaws dekat Old Town sebelum boarding. Sampai je kiteorang kat gate, orang dah start que untuk masuk. 

Disebabkan kiteorang tak beli seat, jadi seat memang random lah cerita dia. Tapi dah tau FANS belakang aku. Masa que baru tau aku punya HOT SEAT. muahahahahha. 

FANS JANGAN JELES PLEASE 😏😁 

 

Dapat announcement ada turbulence disebabkan cuaca hujan lebat di Sepang. Masa tu aku dah start cuak. Terus pegang lutut FANS dekat celah-celah seat tu.

Alhamdulillah, selamat sampai jam 10pm di KLIA2.

Tunggu shuttle, ambik kereta, terus balik rumah. Makan, mandi dan terus tidoooo.

Maka tamatlah sudah "EXPLORE RACE" kiteorang di Penang.
okbye!

January 6, 2025

Majlis Khatam & Tahlil Arwah

Assalamualaikum.

It's been a while tak update any kenduri kendara yang berlaku dalam hidup seorang Faizah nowadays. Kenapa? Sebab saya malas gaisss. Mudah sangat jawapannya tu. HAHAHAHHA

Tapi pada harini, saya rasa macam tak malas sangat (KOT) untuk update kenduri pertama untuk tahun 2025 yakni kenduri tahlil dan khatam Quran. Tapi kalau orang tak tak tau or tak baca tajuk jemputan, mesti ingat kenduri kahwin. Even aku pun confuse, ni kenduri tahlil atau kenduri kahwin. Penatnya sampai harini (Isnin) terasa yaa.

Kita mulakan dengan preparation sebelum majlis. Masing-masing menunjukkan bakat melukis, mewarna, meniup belon semualah kan. Belon nampak banyak tapi hari kejadian ada 4 biji je. HAHAHAHAH kesian ek? 

 

 

  

Hari kejadian. Pagi tu semua mengemas khemah masing-masing. Bertemakan klasik tapi aku tak sure lah nampak ke tak klasik tu. HAHAHAHA. Janji semua pakai kain batik.

 
JIHAZ N IMANZ HOLDINGS 🍍🍌
 
  
Jajanz vs Pulut Durian & Rojak Buah

 
Gerai Kambing Bakar & Spaghetti

 
WARGA EMAS SDN BHD
basically, menyediakan air sejuk yang sedap nak mampuihh

 
KEDAI JAJANZZ

  

 
Gerai Laksa & Kuih Muih

Disebabkan ini blog aku, jadi adalah adil untuk gambar gerai aku yang banyak. HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHA.

Kuih yang kiteorang sediakan cuma 3-4 jenis tapi rezeki kan, tetamu datang membawa kuih muih lagi and sandwich jugak. so rasanya total adalah dalam 10-15 jenis kuih kot. Aku memang keep on refill jelah sepanjang haritu.

Laksa? Jangan cakaplah, 3x refill sepanjang hari. Nasib baik dah siap potong siap-siap condiments semua. So legalah sikit. Semua cakap sedap. Alhamdulillah.

Seterusnya, Alhamdulillah dan tahniah kepada Alia Fathia sebab khatam Quran jugak. Takdalah gambar dia sebab Auntylong busy refill kuih. hehehe.

Dan lastly, bila buat kenduri on January, Adik early birthday celebration memang akan ada punya. Rasanya adik dah boleh predict kot? Hari kejadian lah akak wish ye.

 

Finally, ada gambar banyak dalam blog. Weee~