Assalamualaikum.
2023 bakal menutup tirai, 2024 bakal memulakan "tugas"nya pada Isnin depan. Pejam celik pejam celik, dah nak tahun baru, umur baru, azam baru dan mungkin yang ada anggota keluarga baru dan sebagainya.
Macam aku, masih maintain berdua. Manalah tau ada rezeki bertiga, berempat tahun 2024? Insyaallah amiin. Seram jugak nak type hehe tapi jika itu rezekiNya, aku terima dengan seikhlasnya. mudah-mudahan.
So pagi tadi dengar kat radio, pengalaman sepanjang 2023. Apa yang berlaku? Pahit, manis, suka dan duka.
Untuk aku pulak, 2023 banyak memori yang tak disangka. Suka dan duka pun terlalu banyak sampaikan tak track dah. Banyak sangat! Hahaha
Hmm azam aku untuk 2024? Well, nak kata azam tu tak jugak sebab hmm azam aku tak pernahnya jadi. HAHAHA. Sekadar melepas batuk di tangga. Buat tak pernah habis. Tau-tau separuh jalan aku dah kemana-mana.
So doa aku tahun ni tak banyak. Semoga aku sihat sejahtera dan diperluaskan rezeki olehNya. Insyaallah.
Aku tak pernah experience mc leave kat office habis. Tahun 2023, aku catat sejarah tu. HAHAHAHAH bukan main lagi keluar masuk klinik macam keluar masuk toilet. Setiap bulan, mesti/wajib jumpa doctor. Aku pun tak faham 🤦🏻♀️
Oh, lepas tu, ini bukanlah azam sebab aku tau aku tak pernah lepas dari berat 60kg. Cuma aku berharap aku jumpa no 6 tu lagi walaupun susah bethoooooool. 😅🤭 Tapi kita cuba.
Pound? hmm Aku cubalah sedaya upaya untuk pergi setiap kelas 4x sebulan tu. Aku cuba. Walaupun M aku tu menebal sangat-sangat. Oh, semalam aku dapatlah pergi kelas terakhir untuk 2023. Tahniah Faizah. Anda berjaya menarik kaki tu pergi walaupun macam nak tercabut kaki menggigil. HAHAHA
Last Pound Class 2023 |
Terima kasih 2023. Terima kasih diatas segala memori untuk sepanjang tahun ni. Terima kasih diatas air mata kegembiraan, kesedihan yang kita lalui. Terima kasih.
Semoga kita berjumpa lagi dan Happy New Year, korang!
No comments:
Post a Comment