December 30, 2022

Sayonara 2022 👋🏻

Assalamualaikum.

Pejam celik, pejam celik, dah hari-hari terakhir untuk 2022. Tahun yang aku pergi klinik back-to-back, tahun yang aku kena Covid, tahun yang aku banyak makan hati. HAHAHHA boleh? Alhamdulillah masih survive.

So semalam (29/12), family aku ada ajak makan-makan dekat Shah Alam. Jauhhhh ye gais nak makan. Yang untung makan jauh ni kita tak mungkin balik lepas makan. Hehehe. 

Jadi, kita ke I-City lah apa lagi. Lamaaaa dah tak pergi. Bila pergi, harga tiket pun semakin naik. Lemah semangat bila tengok harga semalam. HAHAHAHAH. Tapi tulah, takkan nak jalan-jalan je kan? So kita pun pergi tengok 5D Cinema.



Thank you 2022 for the memories 💥

December 23, 2022

[RESEPI] AGLIO OLIO

Assalamualaikum.

Lepas duduk sendiri, hari-hari aku cuba masak walaupun tak pandai. Kemon, kita ada ramai guru kot. Omak den, Omak mentua den, kawan den, dan segala mak nenek sosial media den. Hahaha. Semua ni membantu ye. Alhamdulillah.

Untuk next resepi yang aku nak share, previously aku suka bolognese sebab rasa macam easy peasy je. Tapi lepas aku makan aglio olio, aku rasa ni TERPALING senang nak buat. In fact, kau ada garlic pun dah boleh buat. 

Jadi untuk mengelakkan aku lupa dikemudian hari (aku ni biasanya lupa), meh aku share resepi Aglio Olio ikut selera tekak aku and korang kalau nak tukar resepi tu, dipersilakan. Janji tekak and perut korang happy :)



Aglio Olio

Bahan-bahan:

Spaghetti (aku guna angel hair spaghetti)
Bawang putih
Mix herbs
Chili flakes
Black pepper
Garam
Minyak

Cara-cara Memasak:

1. Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan.
2. Masukkan spaghetti kering, dan garam. Lebihkan garam biar air rasa sedikit masin. Rebus sehingga spaghetti lembut.
3. Tapis spaghetti dan tuang sedikit minyak zaitun dan kacau sebati supaya spaghetti tidak melekat.
4. Panaskan sedikit minyak.
5. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan garam, mix herbs, chili flakes dan kacau sehingga naik bau. Masukkan udang/sotong, dan black pepper. Kacau.
6. Masukkan spaghetti, gaul sehingga sebati.


p/s: jangan biarkan sotong terlalu lama dalam pan.

December 19, 2022

Weekend Well Spent

Assalamualaikum.

Macamana weekend korang? Mine, well spent dengan family. 

Hari Rabu, Adeeb whatsapp-ed ajak tengok wayang Mechamato cos biasalah bebudak kan bab animasi pantas! hahah. So, Jumaat baru aku booked tickets semua. 

Movie start at 4.10pm tapi 3.30pm dah ready ye. HAHAHA excited. Aku? baru nak bersiap kat rumah. wkwkwkwkw. tapi sampai depan TGV ngam-ngam 4.10pm lah. hahah nasib baik entrance rumah aku tu tak jem teruk. Kalau tak, habislah kena bebel.

2 jam dalam wayang. Sebelum pergi parking, Adeeb ajak tapau sushi dia dulu, biasa kalau keluar dengan Adeeb, salmon sushi jangan dilupa. Tak sampai rumah ye sushi tu. Dalam kereta dah habis 4 sets. Mantap!

-------------

Ahad pulak baba ma ajak pergi kenduri. Ada 5 in total. 


Kita mulakan kenduri di Nilai. Lauk simple tapi sedap dan kenyang betul.


Seterusnya di Sg Besi.


Kita sambung di Teratak Nanding, Hulu Langat.
Sampai je entrance khemah, aku nampak NyamNyam dan memang dah plan nak mintak tu since tuan rumah bff ma. HAHAHAHA. Dapat ok. Adik jeles sebab dia tak dapat 🤣


Diakhiri dengan Titiwangsa, Hulu Langat.

In total pergi 4 majlis saja sebab dah penat. Terpaksa "let go" satu kenduri. mihmihmih

Maka dengan itu, tamatlah sudah kenduri tour pada Ahad.

December 1, 2022

[RESEPI] Ayam Serai

Assalamualaikum.

Pagi semalam tak sempat nak tapau apa-apa for lunch, decided untuk balik rumah parents and makan. Sekali nasi panas lagi, jadi ke rumah Opah lah kita untuk sepinggan nasi. Hehehe. Then tengok ada lauk ayam. Oklah amik seketul. 

So balik rumah, makan dengan telur dadar cili api bersepah! Fuhh pedas yaa gaiiss. Oh ayam serai tu fuhh sedap siot! Terus mesej Iman (cousin) puji masakan dia. She's only 14 tapi sedap dia masak. Memandangkan tak tau nak masak apa malam tadi, so terus macam oklah nak masak ayam serai. Aku share jugak resepi untuk korang sesimple mungkin.

Bahan-bahan;
Ayam
Serai
Bawang Merah
Bawang Putih
Garam
Gula

Cara Memasak;
1. Goreng ayam dan asingkan apabila dah masak.
2. Kisar serai, bawang merah, bawang putih. Tumis sehingga naik bau. Masukkan garam, gula.
3. Masukkan ayam goreng dan gaul. Boleh dihidang.



Resepi ni aku agak-agak je sebab Iman takda pulak cakap nak berapa bawang semua.
haaa sedapnyaaa. Pastu makan dengan kicap sikit. fuhh 😋