August 31, 2022

PART 3 - Bye Cameron Highlands

Assalamualaikum.

Hari terakhir, hari yang kiteorang ingatkan dah tak ramai kat Coffee House. Nampaknya tekaan meleset teruk ye. Harini lagi ramai daripada semalam dan tak dapat meja depan buffet. Jauh tercampak dekat bahagian luar.

Bread pudding adalah wajib dihari terakhir. Harini makan sikit dari semalam sebab batuk getting worst. Lepas makan naik bilik dan sambung tidur untuk cari energy nak balik nanti. Aku tidur tidur kejap je sebab kemas-kemas bag kan.

By 11.30am, kiteorang turun check out dan terus ke 200 Seeds Cafe untuk makan waffle sebelum balik. Korang tau dekat sini que dia boleh tahan ye panjang. Tengah beratur, staff kata something. Ada yang habis. Penat je que lama-lama. Then kiteorang decided untuk pergi cafe berdepan iaitu Aidilbadri Strawberries Cafe & Farm


Waffle dia pun sedap jugak. Hot tea boleh kurang manis jugak. Lepas kiteorang beli strawberry, teruslah menuju ke Simpang Pulai. 

Oh ontheway balik, ajak FANS singgah tempat paling fav bila datang CH. Finally sampai jugak Avant Chocolate. Bought almond and hazelnut chocolate untuk jajan dekat highway. Then sebelum gerak balik KL, my private doctor aka FANS suruh makan ubat. HAHAHAHAH memang membuta lah aku lepas keluar tol Simpang Pulai tu sampai Jejantas Sg Buloh.

Bangun terus lapar beb! HAHAHAHA. Niat nak makan KFC. Macam tetiba teringin tapi macam biasalah que panjang ye gais. Ended up kiteorang makan nasi campur je. Kenyangggg!

Alhamdulillah our trip finally happen! 

Next kemana? Hahahah dah plan tapi jadi atau tak, nantikan.. gitteww

No comments:

Post a Comment