December 21, 2021

Banjir Teruk!

Assalamualaikum.

Seperti yang semua orang maklum, negera kita dilanda bencana yang bagi aku sangat teruk untuk kali ini. Dimulai dengan hujan lebat pada petang Jumaat dan Sabtu, disudahi dengan banjir teruk lewat petang Sabtu. Walaupun Sabtu tu hujan on off, kejap lebat, kejap berhenti dan akhirnya membawa ke banjir yang tenggelamkan banyak kawasan sekitar KL/Selangor terutamanya.

Hulu Langat, Shah Alam, Klang, Masjid Jamek dan sekitar, jangan cakaplah ...

Kalau sebelum ni Hulu Langat pernah experienced banjir, tapi kali ni 2x atau 3x atau mungkin lebih dasyat than the previous one. Habis semua. Kawasan dalam macam Dusun Tua, Sg Lui terus takda coverage. Jalan pecah. Ya Allah. Kesian.

Dekat Nanding, Sg Serai pun sama. Banjir naik sampai atap rumah. Petronas separuh tenggelam. Kegilaan apakah itu? Masyaallah. 

Alhamdulillah getting better. Banjir dikawasan depan Hulu Langat dah surut. Tapi tidak pasti kawasan dalam seperti Dusun Tua, Sg Lui dan lain-lain. Rasanya dah surut jugak tapi yang pasti masih tiada coverage, api dan air dikawasan tu. Allahu.

Aku dah masuk kerja dari Isnin (semalam), bila otw nak pergi office tu, tengok kiri dan kanan jalan, masyaallah menggerunkan. Macam orang katalah, "macam kena Tsunami langat ni..". Betul weh. Teruk sangat. Bila pagi jalan tu dah kering, kalau ada basah pun, tak semua kawasan. 

Tapi bila aku balik rumah semalam (aku duduk luar langat sekarang, family je masih di Langat), jalan jem teruk dengan NGO's, Bomba, Bernama, Volunteer .. kiri dan kanan penuh dengan kereta, lori, 4x4 semua lah. Dan jalan pun dari kering jadi basah teruk. Berlecak. 

Yang bawak motor pun kena berhati-hati bila lalu kawasan berlecak, berlumpur tu. Bahaya sangat-sangat.

Itu baru kat Hulu Langat. Tempat lain aku tak sure sebab tak ada dekat situ kan.

Kalau kawasan rumah aku pulak, banjir dekat jalan masuk dan mengakibatkan jalan raya tu pecah je. Lain-lain, aku tak sure sebab aku tak tengok pun. Jalan rosak pun aku tau dari FB and aku lalu jalan tu hari-hari.

Other than that, take care and stay safe guys!

No comments:

Post a Comment