Wednesday, January 15, 2020

Rindu.

Assalamualaikum.

Tahun ni genap arwah Ibu 15 tahun pergi selama-lamanya meninggalkan semua orang. Meninggalkan aku yang masih terkesan dengan kehilangannya. Meninggalkan aku yang sentiasa menemaninya. Meninggalkan aku yang sentiasa bercerita dengannya tentang semua benda 💖

Jika Ibu masih ada sekarang, umurnya sudah 51 tahun walaupun muka dan bentuk badannya tidak menampakkan seperti usianya. Tapi untuk satu pelukan, masih terasa rasanya ...

Ibu ...
Kakak rindu Ibu. Kakak rindu nak berborak dengan Ibu. Kakak rindu nak potong rambut Ibu. Kakak rindu nak suap Ibu makan. Kakak rindu nak bergelak ketawa dengan Ibu. Kakak rindu nak makan Ikan Bawal Masak Merah Ibu.

Rindu seorang anak kepada ibunya. Rindu kepada seorang roomates. Rindu yang tak terkata 😭

Ibu ...
Kakak hampir lupa bagaimana suara Ibu. Tapi setiap kali Kakak pandang Maklang dan Kirah, Kakak mesti teringat Ibu. MESTI. Muka maklang yang seiras Ibu dan tahi lalat di dahi Kirah, all reminds me of you 😔

Ma ...
Kakak bersyukur sangat ada Ma. Sekurang-kurangnya kakak boleh tumpang kasih sayang dekat Ma. Terima kasih Ma untuk semuanya. Kakak sayang ma sangat-sangat 💖

No comments:

Post a Comment