Thursday, May 10, 2018

Panaih

Assalamualaikum.

Aku rasa aku bakal demam. Hidung dah bersin non stop dari celiknya mata aku pagi tadi which is tak bagus. Sebab aku tau ia akan diselit dengan selsema dan batuk untuk tahap seterusnya. Biasa, jiran setiap bulan ni. Asal bulan baru, dia naik bertandang kejap sampai aku bosan dah. Hmm..

**update: jiranku bernama batuk sudah menyinggah 

Mungkin sebab semalam panas sangat. Dengan susahnya nak dapat mineral semalam. Macam satu kenikmatan bila dapat air kosong tu walaupun tak sejuk. Dah malam, baru tau ada water dispenser dekat dengan saluran 2. Manalah nak tau kan :(

Balik dari Bangi malam tadi, terus mandi lama-lama dalam toilet. Alangkah bahagiannya kalau air dalam toilet tu sejuk beku tapi hahahaha jangan nak berangan lah kan. Lepas tu baring apa semua dan akhirnya terjaga pada jam 6.05am, dan aku baru perasan aku tak logoff IG. Haaa tahniah lah pejah. Dah mengantuk, nak check social medias jugak. Eeee mengadakan kau.

Dan harini yakni 10hb aku kerja. WAHAHAHAHAH. Tapi rasa macam hari Sabtu sebab yang masuk hanyalah 4 orang termasuk aku. Tapi aku halfday lah, since bukan ada kerja pun. Ada tu ada, tapi baru je siap tadi sebelum aku login sini. Oh esok confirm cuti. Nak buat apa lah eh? Hmm.. since panas ni, kalau pergi tempat sejuk best jugak.

Rasa nak cari something yang sejuk seperti slurpee. Dari last week ke last two weeks eh aku janji dengan adik? Marilah mencari slurpee untuk budak gedik tu.

Dah lah, aku nak sign off. 

Jumpa Isnin depan guys!

Oh btw, for those semalam yang mengundi dekat saluran aku, and aku salah sebut nama ke apa, SORRY sangat-sangat tau geng! 

No comments:

Post a Comment