Assalamualaikum.
Jumaat, 25 Julai 2014.
(sesambil dengar lagu Seloka Hari Raya - Uji Rashid & Hail Amir)
Pejam celik pejam celik, dah 27 hari kita berpuasa. Alhamdulillah, puasa tahun ni aku 100% berbuka dengan keluarga. Oh Sabtu Ahad ni, rasanya dengan keluarga jugak kot? Heheh. Adalah few times jugak berbuka dekat luar dan selalunya Zikri takda. Nak buat macamana, dia sekolah. Insyaallah, Isnin depan kita akan menyambut syawal. Alhamdulillah masih diberi kesempatan. Dah umur 23 ni, memang tak dapatlah duit raya tapi siapa tahu, tiba-tiba dapat pulak kan? Hehe. Jangan kata tapak tangan, hidung pun dah gatal semacam je ni. Haha okay tak lawak *krik krik krik*
For sure, budak-budaklah paling excited nak sambut raya. Dapat duit raya, makan kuih raya, makan ketupat, lemang, laksa raya. Ahh pokoknya, semua yang ada nama raya adalah sesuatu perasaan yang teruja untuk kanak-kanak. Confirm!
Jadi untuk raya kali ni, aku cuti lama sikit. Nak makan lemang rendang puas-puas baru masuk office. Hehe. Nasib kerja semua aku dah setelkan. Ni kalau tak cuti, takdanya aku nak buat kerja cepat-cepat. Heks. Sebab aku nak raya / cuti / makan dengan tenang dan gembira. Barulah rasa raya tu bermakna. Ewahh pfft! :D
Oh gambar atas tu, aku buat. Saja suka-suka buat dan ia sangat limited. Kononnya ada 80 pcs tapi aku dah macam malas nak buat sampai 80. Haha. Tengoklah kalau aku rajin, aku bersengkang mata potong lagi. Kalau tak rajin, cari jelah mana-mana sampul yang ada. Hehe.
Apa-apa pun, sempena raya yang bakal menjelma insyaallah 2 hari lagi, aku, Faizah Azmi, ingin memohon maaf kepada semua yang mengikuti blog aku ni (ada ke?) Jika ada salah silap, terkasar bahasa ke, termerepek lebih sangat ke, dan semua yang ter lah, maafkan ye? Aku ni cuma manusia biasa yang tak lari dari kesilapan :') Kalau korang tau rumah aku, jemputlah datang tapi jangan harapkan duit raya dari aku eh. Harapkan makanan yang sedap, itu boleh. Sebab ma punya masakan memang tiptop marvelosss! Tapi call lah dulu. Kalau tak call, makan jelah kuih-kuih raya tu. Jangan demand lebih. Heheh :p
Selamat Hari Raya uollss ^^
No comments:
Post a Comment