Thursday, June 26, 2014

Klinik Pergigian Noris, servis vavavooom!

Assalamualaikum.

Firstly, aku nak cakap yang aku sayang adik-adik aku. Hafiz, Zikri dan Faiz Aziz. Kalau salah sorang takda, aku okay lagi tapi kalau semua takda, aku boleh mereng kejap. Cari altenatif lain untuk berhubung. Mungkin dengan Zikri susah sikit sebab dia dekat asrama kan. Tapi dengan Hafiz, hari-hari aku whatsapp walaupun duduk serumah. Faiz? Lagilah. Dari pagi aku dengan dia. Harini dia sweet sebab salam aku. Heheh. 

Pergh mukadimah je dah berapa baris. Biasalah, karangan memang kena ada pendahuluan. Baru karangan A. Hahah A sangat. Puii :p Okay, aku nak mulakan cerita malam tadi tapi aku takda point lagi. Jap bagi aku seminit dua ye :D Penat ni fikir tapi takda jugak ayat nak taip ni.

Okay, aku try taip jugaklah. Malam tadi, pergi klinik gigi Maklong dekat BTS. Achik sakit gigi sampai dia demam, tak boleh buat kerja. So malam tadi pergi, appointment dia pukul 8.30pm, okay tepat-tepat sampai, terus register semua. Apa kau ingat klinik makcik kau, kau boleh terus redah? Jadi tunggulah turn Achik ...


Bila dah masuk, perkara pertama haruslah check dan bagi bius, betul tak? So muka happy, tenang lagi masa ni. Hahaha. Biasalah sape tak takut nak cabut gigi kan? Cabut gigi ni aku rasa adalah masa yang paling menakutkan dan menggerunkan. Aku pun tak tau kenapa ada perasaan macam tu tapi ia TETAP MENGGERUNKAN! Jadi jagalah gigi anda dari kecil. Hiihihihi :D

  

Tadi muka senyum baik punya kan? Haaaa kau tengok tangan dia. Genggam sikit punya kuat. Hahaha. Jangan ingat lelaki sentiasa cool dan tenang dan berani ye. Hahah. Kesian jugaklah kat Achik masa ni. Sebab lama dia ternganga sebab payah sangat nak cabut gigi dia. Maklong dengan nurse kat situ dah cakap "rileks rileks, jangan keraskan badan" tapi Achik? Dia dah rileks kat tangan, dia keras kat mulut dia pulak. Macam menahan dari gigi tu keluarlah. Tu yang lamaaaaaaaaaaaaaa gila aku dalam tu. 

 
Maklong melayan adik. Adik kata nak teman Achik. Hahah kelakar lah adik ni. Geram!!

Sampai satu tahap, aku dengan Adik dekat toilet, then baba kata Achik panggil. Aku ingat apalah kan, rupanya dia nak pegang tangan aku. Hahah part tu memang kelakar dan aku rasa macam sweet sebab aku rasa macam ada tanggungjawab dekat situ, iaitu untuk tenangkan adik aku. Hahah Achik Achik -.-'

 
Ni adik dah bosanlah ni tunggu Achik, lama naaaaaaaa!!

Korang tengok video bawah ni dulu. Ni masa mula-mula kalau tak silap aku. Adik boleh gelak-gelak lagi sebab kelakar. Hahah. 


Dan setelah hampir dua jam dekat klinik tu, akhirnya Achik selamat dibedah. Memang payah nak cabut akar dia sebab dia tetaplah keraskan mulut dia, so payahlah sikit. Maklong siap cakap "tak pernah jumpa orang macam ni" Hahah nampak sangat kau dasyat Chik =_______________=''

So kepada korang yang mencari klinik gigi yang doktor nya tenang dan baik dan softspoken (ada jugak yang garang gila okay), korang boleh try pergi sini. Aku bukan nak promote okay tapi hakikat kot. Rawatan yang diberikan tiptop vavavoooom weh!

Apa yang disediakan? Hoii macam-macam servis yang vavavooom dia sediakan.

Kalau korang sibuk on weekdays, takpe, boleh call buat temujanji.
Don't worry :)

Jadi, jagalah gigi anda ye ^^

10 comments:

  1. Mmg terbaik ke layanan dekat sini?? Sakit gigi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah layanan dia bagus :) Boleh try! Jaga gigi! ^^

      Delete
  2. knp i call dia jam 05.20 pm xdpt...office hour ke atau mlm ade?\ any help pliss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Mungkin takda orang dekat telefon kot? Sebab selalunya nurse akan tolong dentist. And disebabkan masih raya, I tak sure klinik dah bukak ke belum. But yeah, try call lagi :)

      Delete
  3. Nak tanya,Ni klinik swasta kan?

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Hi Thobib.
      Boleh call 03-90585371 untuk sebarang pertanyaan :)

      Delete
    2. 2 gigi depan cabut terus pasang gigi berapa cik ya

      Delete
  5. Ada buat bressess ke

    ReplyDelete