Assalamualaikum.
Sejuk giloss pagi ni. Hmm sebenarnya
hari-hari pun sejuk tapi harini sejuk campur dengan hujan lebat lagi.
Pagi-pagi keluar rumah dah nampak langit gelap gilaa. Takut kiteww.
Hahah konon-konon manja. Hahhaa. Sampai rumah Opah, hujan jugak,
tunggu berhenti baru gerak office. Masuk office, sambung hujan lagi.
Semenjak Teyka dah tak kerja, takda
sape nak teman aku borak via skype lagi. Sangat bosan sebab kat
office aku tak borak sangat. Bukan malu ye, jangan salah sangka tapi
kedudukan kiteorang macam jauh-jauh jugak. Lepas tu, sebelah kiri aku
tempat abangJoe, dia mana ada kat office, dia akan ada waktu pagi
dengan waktu balik je. Best ooii kerja officeboy ni. Merayau je.
Hhehe. Pastu sebelah kanan, yakni belakang aku jugak mana ada orang.
Hmm ada sebenarnya tapi macam takda.
Aku sunyi. Korang faham kan? T____T
Sekarang ni yang amik alih tempat Teyka
(ambil alih kononnya. Hahha) ialah kawan gedik masa kat kolej yang
aku cakap macam magnet ni iaitu Cik Noura ! Hahahha. Dia lah yang
melayan aku punya bosan sekarang dekat skype. Hehhehe mekasih awak.
Sampailah pagi ni, kiteorang macam
terkenang zaman-zaman belajar dulu. Sumpah aku cakap korang, zaman
belajar adalah zaman terbaik selepas zaman kanak-kanak. Hahhaa!
Mungkin tak sehebat korang tapi aku rasa dah cukup hebat dah zaman
belajar aku. Lallalalalaaaa .
Aku kenal Nora ni masa sem 1 lagi. Kami
satu rumah/ kelas/ kos , ha apa lagi? Itu jelah kot. Bilik lain-lain.
Hehhee. Masa register rumah, mati-mati aku ingat adik dia Mia yang
belajar sebab Mia tu yang beria tanya itu ini pasal rumah, sekali
kakak dia yakni Nora yang belajar. Hhahaa. Malam tu terus buat sesi
suai kenal. Oh masa tulah baru tau kiteorang 1 kos. Masa ni belum
dapat kelas apa lagi.
Pergo orentasi pun sama-sama. Pastu
masa lecturer bahagikan kelas, rasa gembira sangat sebab kiteorang 1
kelas. Yelah, at least kalau ada kerja drawing atau apa-apa yang
melibat kami berdua senang. Tak payah gigih nak pergi rumah sorang
lagi. Kalau satu rumah, kan senang :)
Masa sem2 pun, kiteorang masih 1 kelas.
Fyi aku dengan Nora pernah repeat subjek Drawing masa sem2. Sebab?
Aku nye laptop virus, takda copy. So memang tak sempat kalau aku nak
hantar pun. Laptop tak boleh guna sehari sebelum video kena hantar.
Apa nak buat, terima jelah T___T Memang memasing struggle
menggilalah kan. Yelah taknak repeat lagi.
Sem3 memasing buat haluan sendiri.
Hahahha haluan sangat. Memasing pergi setelkan praktikal dengan
cemerlang sebab nak grad sama-sama dengan kawan-kawan satu batch
dengan kiteorang. Malulah kalau tak grad sama-sama dengan, ye dak?
Final sem. Teruja gila sem ni sebab
semesta terakhir en! So jumpalah dua orang sahabat yang terpisah
selama enam bulan ni. Ewahhh terpisah sangat. Hahhaha! Memang dah
plan nak duduk serumah, sebab sama macam sem1, senang buat kerja
kumpulan. Hhehehe. Kiteorang satu rumah dengan budak pelancongan.
Kira duduk dengan junior lah masa tu. Terasa senior sangat masa tu.
Hahhaa!
Rumah kiteorang dapat kali ni sangat
best lah berbanding rumah sebelum ni. Bukan tak bersyukur, syukur
sangat sebab besar gilaaa tapi rumah sewa untuk semesta akhir ni siap
dengan perabut. Ada katil, meja makan, cermin kegilaan nora bersepah
dekat rumah tu! Hahhaa. Oh paling tak best bila tuan rumah beria
cakap nak betulkan peti ais tapi sampai kiteorang balik pun, peti ais
tu masih tak boleh guna. Hmm sedihkan? Tak dapatlah nak makan
sedap-sedap hasil tangan sendiri. Hahha puihhlah padahal malas gila
nak masak. Okay memang takda masa nak masak aku cakap korang. Kelas
je dah sampai 6.30 petang, pastu kadang-kadang ada extra kelas sampai
malam. Pastu mana nak siap assignments semua? Jadi moh lerr kita ke
kedai makan kat lorong belakang.
Masa sem satu/dua , kiteorang memang
favourite makan kat kedai mek kelantan kat lorong belakang. Sedaplah
jugak makanan dia kalau ikut tekak aku. Hahahha. Aku kan jenis tibai
je semua makanan, so bagi aku sedap. Bila masuk sem4, makanan kat
kedai mek tu rasa ala-ala je. Tak sesedap yang dulu. Memandangkan
Nora bawak moto untuk final sem ni, haruslah kita kerap ke pasar
malam/ramadhan dan segala kedai makan kat BB tu. Hahhaa!
Kadang-kadang kalau kelas sampai tengahari, memang tapau nasi kat
kedai depan kolej je. Kalau tak baru merempit ke BB. Kalau tak, makan
siap-siap kat cafe kolej.
Masa sem4 ni, kedai makan favourite
kiteorang adalah kedai nasi lemak Sg Raba. Sumpah sedap nasi lemak
situ. Kalau bungkus, nasi dia macam banyak sikit. Hehehe kalau makan
situ, nasi macam ala-ala kedekut je. Hhahhaa! Nasib tokey tu tak tau
aku ada blog. So memang menu makan malam kiteorang ialah nasi lemak
lah untuk hari-hari terakhir kat Banting tu. Sampai satu tahap aku
balik kelas terus tidur sebab dari semalam tak tidur buat kerja, aku
tidur lena gila tapi aku tersedar sebab rasa macam ada orang tenung
aku dan aku rasa ada orang keluar masuk bilik aku dan ada orang macam
tengah mengadu nasib. Hahaha! Orang tu Nora lah :p Hhaahaha serious
kelakar.
Dia kejut aku sayup-sayup je sebab aku
pernah cakap kalau aku tengah tidur, jangan kejut sabab nanti nak
tidur balik susah. Itu yang dia kejut sayup je bunyi. Hahaha ikutkan
hati, aku malas nak bangun sebab yelah tidur lagi best kot. Tapi
kesian kat anak Puan Laily tu, so bangunlah, siap-siap pergi tapau
nasi lemak. Kali ni memasing macam lapar gilaa, terus order nasi
lemak tambah! Ye TAMBAH ye. Ahhahaa gila nafsu macam buaya -.-' Habis
okay!
Hmm last aku dengn Nora jumpa masa hari
konvo. Lepas tu, takda jumpa-jumpa dah sampai sekarang. Adalah jugak
call/whatsapp semua. Rindu kot, yelah 2 tahun dengan Nora. Hmm tak
tau bila jumpa lagi.
Fe sayang Nora tau :')
Kbai.
alololo.. hahhaa.
ReplyDeleteallololo luahan hati sgt..
ReplyDeleteHamboii pandai dah komen blog aku eh? Alaa rindu cik kak ni weh.
ReplyDelete