December 29, 2011

Mood : Sedih + Merindui

Janji by Akim ft Kau Tercipta Untukku by Ungu ft Merindukanmu by D’Masiv

Apa yang dilakukan oleh saya?
Kena marah
Tersentap
Merindui
Menangis
Mendengar lagu fav.

Yes, saya kena marah kerana riak wajah saya. Dan yes, saya tersentap. Saya juga merindui orang penting dalam hidup saya dan akhirnya saya menangis sambil lagu fav Janji by Akim.

Yes, saya ingat lagu tu. Akan saya simpan elok-elok.

Malam ni dipenuhi dengan tangisan sambil layan lagu memori. Walaupun bukan my genre but yar, tiba-tiba teringin nak dengar :’( Terima kasih missIPAD kerana sudi menemani saya. Terima kasih missBB kerana sudi bagi saya tengok memori. Terhutang budi.

Eh, saya rindu ibu saya.

Ibu, I’ve something for you. Kalaulah ibu dapat baca sama-sama dengan kakak, mesti seronok. Nangis pun sama-sama :’)

Bila aku keseorangan
Mengimbau kenangan kita berdua
Sedih atau gembira
Kita tetap bersama.

Hari demi hari
Tahun demi tahun
Aku sentiasa mengingatimu
Kau sentiasa dihatiku

Aku mahu kamu
Yang sentiasa berada disisiku
Walau apa yang terjadi

Tanpa kamu, ku tiada
Tanpa kamu, ku kecewa
Aku rindukan mu, ibu...

Aku sentiasa mengingatimu
Kau sentiasa dihatiku

Yes, kakak rindu ibu sangat-sangat. Moga ibu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment