September 27, 2018

Kenapa suka macam tu?

Assalamualaikum.


Good morning everybody!

Harini aku masuk office seawal 0800 am ye. Awal tak awal lah kan. HAHAHAHA. Lama benorr aku tak clock in seawal ini. Sampaikan Abgjoe dengan Dayah gelak-gelakkan aku sebab awal sangat masuk. 
Hey I pekerja contoh kot! Sampai hati gelakkan I 😌
Contoh, contoh jugak. Kerja agak hmm banyak jugak ni. Semuanya aku nak siapkan kalau boleh sebelum balik harini. Tapi aku dah tau apa yang artwork mana yang terpilih untuk aku buat dekat rumah malam ni 😩 Ingatkan dah takda dah mengadap carta tu. Eh ada lagi rupanya.
Korang memang suka tukar-tukar draf secara membabi buta eh? Suka-suka tukar pastu tak bagitau pastu call menjerit-jerit, bising-bising kenapa ini salah, itu salah.
Tak faham aku manusia kayak ginik. Cuba kalau dah salah, ada tukar, bagitau. Takda nya aku nak marah ke apa. Ni tak. Ishh jangan sampai aku smackdown! haa geram ni. Geram 😤

Ok, pagi ni aku taknak stress kan diri aku lagi. Nak stress ke apa, biar tengahari ke petang ke. Baru berbaloi sikit hari aku. Ini kalau pepagi dah stress, memang tak jadi apa lah the whole day. 

Jap, apa lagi aku nak update? Aku busy. Eh salah, aku acah-acah busy lah benornyaaa. HAHAHAHHA. Tapi kadang-kadang tu aku busy jugak. Busy beborak 😜😛

Dah lah, aku nak buat kerja apa-apa yang patut sebelum aku start conquer printer tu karang. Semoga takda yang sibuk nak guna printer masa aku nak guna. Kang membazir sticker aku. Hehehehe.

Have a great day, guys!

September 10, 2018

It's Public Holiday!

Assalamualaikum.

Oh, Happy Holiday koranggg! Harini cuti, esok pun cuti lagi. Haaa masuk office Rabu nanti, aku yang stress sebab blur apa nak buat. Tapi yang pasti aku ada shipment Rabu ni. Semoga seorang Pejah dapat concentrate tanpa membuat apa-apa kesalahan yang sekecil-kecil kuman mahupun sebesar gajah 🐘

Haa kau pejah, perumpamaan kau sekarang..😙

Haa angin tiup kencang, rupanya nak hujan. Alhamdulillah. Sekarang ni petang je sejuk. Kalau kat office, dah membeku dah weh. Jumaat lepas je rasa panas walaupun hujan kemain lebat ya ampun after lunch time. Sebab apa? Sebab tak tau siapa perlahankan suhu aircond. Jadi syukur kejaplah tapi lepas tu macam hoii panas! Hhahahahha manusia tak pernah bersyukur 😹

Aku tengah santai-santai dalam bilik sambil belek artwork yang aku bawak balik ni. Ada satu board kena siapkan and actually aku planned nak siapkan Sabtu lepas tapi entah macamana, benda tu tak boleh siap. Tinggal sikit je lagi. If aku buat secara fokus, harini boleh siap. Kira aku masih bekerja ya sekarang ni.

Aku tak tau lah if one day, aku dah tak kerja ke apa. Mesti bosan. Hahahaah. Sekarang pun bila cuti lama-lama aku macam tepu kot. Tak tau nak buat apa. Nak marathon drama, hmm dah selesai 13 episodes dah. Tunggu episode 14, 15 & 16 je ni. Pastu boleh cakap Bye Bye Mi Rae! Wawa pun dah terjebak sebab aku suruh dia tengok. Wakakakakaka gigih mommy tu guna data SDN BHD nak tengok. Rasaiinnnn loooo. 😉

Lepas ni nak tengok drama apa eh? Aku dah malas nak kusutkan otak aku dengan perkara-perkara mendatang. Aku menggunakan konsep Later We Think! Hhahahahah tapi later, later pun, aku tak boleh relax sangat. Kang aku kena bebel pulak  💜 HAAHAHAHAA.

September 4, 2018

Plan tak menjadi tapi berat semakin menjadi-jadi 😑

Assalamualaikum.

Hello September! Excited.

Aku dah plan baik punya kerja harini tapi tulah, kita mampu merancang, tuhan yang menentukan. Semua yang aku plan tak menjadi sebab ada banyak artworks kena amended.

Currently aku tengah siapkan semua amended artworks sebelum proceed dengan kerja lain dan sebelum fokus ke shipment next week. Kerja banyak and I'm ok with it. Cuma adalah beberapa kerja yang aku tak okay dengannya sebab stress sikit.

Belum buat pun aku dah stress 😤

Normally aku tidur agak lambat, tapi sekarang ni aku a bit free, jadi aku tidur agak awal ye dari  biasa. HAHAHAH. Nak otp pun tak boleh sebab tertidur. Tapi sebab aku jenis terjaga semasa tidur, jadi tak kisah sangat. Agak-agak nak call, aku call je. Sorry fans! 


Dan aku asyik lapar je lately.


Masalah duniawi betul seorang pejah ni. Makan pun boleh buat hal. Ke sebab "cuaca" dalam office ni tak membantu seorang Pejah kurangkan mengunyah? Hmm boleh jadi jugak ni.

Semoga aku dapatlah kurangkan berat badan yang bertambah begitu jayanya sekali ni. 

Kepada adik-adikku, silalah kerah kakak kesayanganmu ini untuk pusing berkali-kali loji dan tangga tu. Aku terpaksa 😰

💜 tak sabar!

August 27, 2018

The End.

Assalamualaikum.

NP: Langit by Daiyan Trisha


27/8 - Happy Belated Birthday my only Achik 
27/8 - One of my cousin's passed away. Al Fatihah 😢



Apparently, my weekend went so well and a bit exhausted

Kerja pada Sabtu, "meluangkan masa" bersama keluarga pada Ahad.
Kerja dan keluarga seiring sejalan.

Sigh 😩

Terlalu banyak yang berlegar dalam kepala. Migraine non stop dari Jumaat. Carta non stop dari Khamis. Bought Americano on Friday and stay up sepanjang malam dan tidur pada pukul 9 malam keesokkan harinya.

Ya, tak salah baca tu. KEESOKKAN MALAM NYA

. . . . .. . . .  

No word can describe how tired am I now 😔





Faizah kuat kan? :)

August 11, 2018

Aneh betul 😩

Assalamualaikum.

n/p: Sampai Ke Hari Tua - Aizat Amdan

Hampir ke jam 12 tengahari dan seorang Pejah masih di office, membuat kerja sikit sebelum sambung Isnin depan. Sedang berfikir nak bawak balik kerja during weekend ni ke tak? Kalau tak bawak balik, kerja akan menggunung secara tiba-tiba. 

Terasa aneh jugaklah.

Bukankah aku dah siapkan semua artworks? Kenapa masih ada lagi? - bisik hati kecilku.

Entri aku kembali dengan cerita-cerita pasal artworks. Korang yang baca boring tak? Aku? DAH BORING! HAHAHAHAHAHHAHAHA. Nak buat pun boring. Wakakakakak. Tapi sebab korang dah masuk blog ni, eh haruslah korang kena baca jugak luahan aku ni 👉👈

Betul. Ni adalah fakta. Aku dah buat artworks kat rumah. Esoknya aku terima selambak lagi. Hahahaha. Aku tak tau nak gelak ke apa. Semoga seorang Pejah bertahan dan mata tu tak ada eyebag teruk sangat sebab aku rasa garisan tu macam dah ada je tadi aku tengok? Hehehe.

Takpe, malam karang aku pakai eye mask. Dah beli selambak kan? Haruslah digunakan.

Itu pun kalau teringat lah. Sebab selalunya benda-benda macam ni aku selalu lupa! HAHAHA

Habis kerja ni, aku terus pergi rumah Opah. Malam ni ada kenduri tahlil kat rumah maklong untuk arwah paklong and harini birthday abg Ayoi. 

Kbai.

💜 forever rindu

August 6, 2018

Lapar!

Assalamualaikum.

n/p: Angels Brought Me Here - Guy Sebastian 

Aku cuba login Blogger ni banyak kali tapi hampeh, asyik error je. Eh iolls perlukan hiburan untuk mata yang dah mengantuk ni. Tapi line sangatlah biadap ye malam ni. Eh tapi kan tiap-tiap malam pun macam tu sebenarnya.

10:40 pm, aku masih didepan laptop menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai yang dah berzaman dekat atas meja tu. HAHAHAHA. Berzaman tu takdalah sampai berbulan, berminggu baru 😝 Itu pun lepas aku dah berjanji nak submit esok pagi. Jadi, aku kenalah stay up sampai pukul berapa pun tak tau lah ni. 

Kepala aku dah swing habis ni, dari pagi aku teguk Nescafe. Tapi mata aku keep on kebawah. Itu bermaksud caffein tidak sebati dengan badan pejah ye atau bahasa mudahnya pejah dah mengantuk 😵 

Eh baru perasan, line terus hilang dari pandangan ni. KAU MEMANG BIADAP LINE. KAU MEMANG BIADAP! 

Aku tabah je tengok line ni, kejap full, kejap takda terus 😡

Haaaa aku lapar dah ni. Tapi tadi aku dah dinner sup ayam. Adakah aku perlu dinner lagi sekali demi keriangan perut seorang pejah?

YA! - suara-suara dari dalam kepala pejah 😆


11:20 pm, updated.
Aku baru lepas makan nasi dengan sup ayam kasih sayang masakan ma, bertemankan baba tadi. Wiwiwiwiwi ~~ 🙆 Alhamdulillah.