August 9, 2021

Fully Vaccinated 💉💪

Assalamualaikum.

  

Alhamdulillah, 05/08, I'm fully vaccinated!

Masa 1st dose, I was down with fever. 2-3 hari jugak melepet, demam panas, kepala berat. Tapi makan lah macam biasa. Badan jangan cakap sakit betul. Lenguh habis satu badan.

Apakah kesan sampingan untuk 2nd dose ni? 💉💪

Masih sakit-sakit badan tapi rasanya dekat bahu paling sakit sampai aku pergi klinik. Other than that, my fav things. MAKAN! Wahahahahha. Actually, aku memang dah list out apa nak makan and cari nanti lepas vaccine. Dah standby geng. HAHAH. Ayuh, mari kita mulakan dengan ....

Nasi Lan Kedah! Have been craving these beberapa hari sebelum vaccine. Bagitau FANS, nanti hari vaccine nak makan lah sebab masa 1st time makan dulu macam tak berapa nak puas. Ok, FANS bawakkan. Tapau for the whole family jugak. Alhamdullilah.

The cafe was viral lepas Elfira Loy up pasal coffee dekat sini. Eh taknak ketinggalan, kita cari genk! Since aku try Hazelnute Latte Monti Cafe ni, apa yang aku boleh ulaskan, Hazelnut Latte dia sedap. Puas aku fikir kat mana aku rasa latte ni, sebab macam familiar. Danggg! McCafe!

FANS craving Yong Tau Fu pulak. Ok, kita beratur and beli lah. Tapi aku makan sikit je, takda fav aku dalam ni. Mostly fav FANS je. Hehehehe. Tapi sedap.

Yang dinantikan. Lately, aku craving pavlova tahap maha dasyat ya. Bought at The Caravan Cafe Bangi sebelum tapau Lan Kedah. Last time aku beli Mini Pavlova and aku rasa manis bethoooool tapi habislah aku makan sebab bagi aku sedap je. Mehmehmeh. Then kali ni aku beli Double Deck Berries Pavlova Slice and Mini Pavlova of course! Hehehe. Sedap! Rasa macam nak beli lagi. Eh? 😜


Malam tu, Bet sending us a bunch of desserts. Ada pandan cake, ada rockbun, ada brownies, ada creampuff and the ultimate sardine puff. OMG fav aku tu bet's sardine puff. Bila nampak bet post sardine puff tu, aku tanpa segan silu berkata ...


Ye gais, gue teringin.

July 20, 2021

Raya Haji Berdua 💗

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilahda!

So far apa aktiviti korang harini? Aku, buat kerja office kejap sambil beborak dengan FANS.

Dan untuk raya haji kali ni, buat pertama kali nya aku masak rendang daging! fuhh hasil tunjuk ajar che nom gais, macam biasa.


Sorrylah, gambar tak semenggah sebab aku amik dekat whatsapp je tadi. Malas nak amik gambar baru. Muhehehee

Walaupun raya jauh (haha jauh sangat) dari family, menu raya tetap ada diatas meja sebab pepagi lagi Achik dah hantar dekat rumah. Ada soto ayam, kuah kacang, rendang ayam, ketupat nasi, lemang, ketupat palas, kuah lodeh. oh dan sambal kicap! Full set gaiss!

Mana tak gemuk memasing? Hehehe. Anw thank you Ma, Baba bagi makanan. Thank you Achik hantarkan.

Kiteorang dah ready berbaju kurung/melayu ni tapi tu lah, bukan boleh keluar, so nak buat apa? Hospital Ship and RunningMan pun dah habis khatam. Hahaha bosan. FANS dengan game jelah.

Oklah, again, Selamat Hari Raya Aidilahda semua! 🌸

p/s: Happy Birthday Syaz, Erin, Zikri, and soon, Baba!

June 21, 2021

My 30th Birthday 🎂

Assalamualaikum.

Journey ke 30 tahun dimulakan dengan ....

1st dose vaccine on 3rd June. Alhamdulillah. Waiting for 2nd dose yang tak kunjung tiba itteww. Semoga adalah rezeki untuk 2nd dose. Insyaallah.

Sepanjang malam 11/6, FANS lah duk wish, menyanyi bagai walhal birthday aku on 12nd. HAHAHAH takpe, kita layankan je. 

Balik Tekali on 12nd sebab dah janji dengan Adik nak tidur Tekali. Sekali ada makan-makan. Ma masak banyak weh. Busu buat Fettuccine Bolognese and FANS belanja llao llao. Achik Zikri belanja kek. OMG Yummyy!

Thank you Ma Baba 💋

Ucapan tahun ni lebih kurang sama. Semuanya mendoakan aku punya zuriat. Hehhee Insyaallah ada rezeki nanti, aku mesti bagitau semua orang. Dekat blog lagilah. Doa-doakan lah ye 😘

All the way from Taman Segar, E delivered these presents to me! The 30th Teddy Bear, mini cactus (kot?), cake and candles! Actually malam tu, aku baru cakap dengan FANS nak beli candle sebab dah habis, tau-tau .. hehehe Thank you, E 💋

Dah lama rasanya tak beli hadiah untuk diri sendiri. Berbelah bagi nak beli atau tak, then tanya FANS, tanya Adik, dorang suruh beli and Adik pilihkan yang mana satu. Heheh alhamdulillah I'm happy with this. Thank you, self 💋

And last but not least, orang terakhir. Aku syak dia lupa birthday aku. HAHAHA tapi she nailed it. Lunch treat Kimchi Jiggae and chocolate bouquet. Awwww thanks beb!

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati semua ini diusia 30 tahun ini.

Masih berharap yang Covid-19 ni akan hilang tidak lama lagi. Aku teringin nak road trip, nak makan steak dekat restaurant, jalan-jalan dengan tenang dan happy.

Semoga diumur ini, aku diberikan kesihatan yang lebih baik, kurangkan makan (tapi makanan semua sedap-sedap acaner?), diberikan apa jua rezeki yang melimpah ruah dan semoga dapat menjadi seorang anak/isteri/kakak/adik yang berguna untuk keluarga terutamanya. Insyaallah 💓

 Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraan seorang Faizah ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segalanya.

June 10, 2021

Reward Diri Sendiri 🎁

 Assalamualaikum.

While doing some works, terfikir .. 

"apa eh nak belikan diri sendiri sempena nak masuk 30 dah ni"?

lol. tua dah aku. HAHAHHAHAHA

dan aku terfikirkan Air Fryer! Hehehhehe. Walaupun aku tak suka sangat pakai AF tapi kadang-kadang aku rasa AF patut ada dekat rumah. 

Korang rasa Air Fryer tu wajib ke tak?

Macam wajib, eh macam tak.

Alaaa confuse 😵

Hmm oklah, nak siapkan kerja sikit then siap-siap untuk pergi buat swab test cos someone feeling under the weather and running rose. Takut anything bad happens katanya. Oklah kita teman lah kan.

Macam nak join buat swab jugak je? Eh. Hehehehe

Catch you later!

June 1, 2021

Hello June!

Assalamualaikum.

June is back! June is back! June is baaaaackkkkk! hehehe.

Selain daripada hari ini 1st of June, hari ini juga adalah hari pertama WFH gais. 

Kalau tahun lepas, even WFH tetap busy ... didapur dengan Ma. Mencuba resepi-resepi baru gitteww sehinggalah berat naik agak drastik ye. Uniform office pun ngam-ngam je weh. Nasib baik tak jadi Hulk! Waaahhahaha. 

Semoga tahun ni tidak lagi ye. Memandangkan tadi nurse dah call bagitau appointment date dah tukar ke tahun depan sesambil bagitau kena kurangkan berat badan. Kurangkan ambil gula. Aku gelak jelah mampu cos I love sugarrr! Muehehehe. Benda manis banyak kat rumah ni weh. I kenot resist. Heheheh


Aku baru lepas lunch nasi and tomyam putih. Sekarang mengunyah Kuih loyang pulak. Dah nak habis dah Kuih Loyang mama bagi ni. Lepas ni nak makan apa pulak? Oh mungkin mangga yang ma bagi pulak? Hehehhe Seronoknyaaaa banyak makanan.

Tapi tu lah, nurse dah nasihat pagi tadi pejah woiii

Nanti malam macam nak makan ketiaw goreng pulak. Esok menu apa yeeee ... 
HAHAHHAHAHAHAHAH. Nasib baik next appointment tahun depan. So tahun depanlah kita fikir. HAHAHAHA

Have a great day and take care korang!