October 8, 2013

Halfest 2013

Assalamualaikum.

Kami satu keluarga memang penggemar makanan. Gila kau tak gemar. Semua hantu makan. So tak rugilah bawak kita-kita pegi makan. Hhehe. Memandangkan minggu lepas berlangsungnya Halfest 2013 di Mines, jadi rugilah kalau tak pergi. Ye dak? Heheh.

Ada 500 booth (kalau tak silap) dalam Halfest ni. So kau boleh bayangkanlah betapa meriahnya event ni. Dan yang paling best, ada disediakan ATM Machine dalam event ni. Haa kau mampooo ke? Aku kira first time jugaklah tengok ada ATM dalam event macam ni. Yelah, takut orang tak cukup duit nak berbelanja, boleh cucuk kat situ. Hehe. 

Barang sana ada yang promosi dan ada yang harga tetap. Macam Dominos, ada dua jenis je Hawaiian Chicken dengan Beef apa ntah, memang ada satu saiz je iaitu size kecil, harga RM7 !! haa terus aku sambar dua kotak. Sebab adik-adik aku memang penggemar pizza. Ha banyaklah jugak yang disambar oleh family aku. Sempat jawab soalan lagi mak aku tau. Kelasss sangat. Heheh.


Masa ni tengah tunggu ma dengan baba beli barang dekat satu booth ni. Tak silap booth jual ubat pencegah kanser. Entah aku tak sure sebab aku layan budak kecik ni. So aku dengar tak dengar je. Hhehe. Masa ni layan adik kat tepi tingkap, dan pada masa yang sama ada pertandingan mewarna. Adik nak masuk tapi aku tau pertandingan makan masa, so aku pujuklah sebab esoknya yakni Ahad, adik ada mewarna jugak. 
 

Ingatkan tak dapat jumpa maskot Upin Ipin ni. Masa ni dah nak sampai dekat pintu keluar dah, pastu ternampak maskot ni, ha berlari anak lah adik kat situ. Adik ni takut-takut berani. Sebab dia semangat nak bergambar, alih-alih ma yang amik gambar dengan maskot tu sebab adik takut terus berlari kat baba. Hahah kelakar pe awak dek? Memang itulah terjadi setiap kali jumpa maskot -.-'

 

Balik dari Halfest, singgah Mines lerr. Saja cuci mata dan kengkonon nak main bowling tapi masyaallah ramai gila orang dalam bowling. So tak jadi. Teman adik main benda alah ni which is favourite adik. Suka gila main benda ni. Apa yang best pun aku tak tau. Ada budak yang main warna pasir dengan adik ni, dia pilih corak yang penuh satu kad tu. Haa mak dia dah habis main bowling pun, dia tak sudah-sudah lagi. Adik rilek je, amik gambar kapal. Setel, terus balik.

Sekian. 

October 6, 2013

Page yang hening. Hening sang at!

Assalammualaikum

Hai korang! Bila korang terbaca belog ni dan nampak ia terupdate pada hujung minggu, haruslah diingatkan bahawasanya si penulis belog yakni aku, sedang cuba untuk hilang bosan ataupun idea tengah mencurah-mencurah ke ladang gandum. Hahhaha. Okay memain je.

Aku dekat rumah nenek ni dekat Sepang. Baru lepas 'shopping' aiskrim dengan sepupu-sepupu kecik. Walaupun aku tak berapa rapat sangat tapi aku cubalah jadi kakak sepupu yang penyayang dan baik hati. Hahahaha marilahh lempang muka aku sedass! Heheh. Lepas 'shopping' aiskrim, memasing buat hal sendiri baliklah. Main kat luar dengan geng seusia. Aku? Duduk dekat ruang tamu je mengupdate ni.

Oh malam ni konsert #AF2013 untuk minggu keempat. Jangan lupa tengok ok.

Kbai.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

October 4, 2013

Kalau tak drama, itu bukan adik

Assalamualaikum.



Apa yang ditenung adik tu? Setiap hari dia akan tenung longkang tu kalau korang nak tau. Motif dia tengok longkang tu satu je, ye takda dua mahupun tiga. Hahha okay tak kelakar. Dia macam peliklah ada air dekat situ. Semalam je kat situ macam dah kering. Pagi tadi, melimpah air dekat longkang tu. Korang boleh tengok sendiri kan? Ha itu je motif adik tengok. herhehrherr.


Bila disuruh posing, ha mulalah macam-macam gaya dia buat. Yang ni, dia dah buat gaya lain, tak sempat aku nak picit punat (rare gila guna perkataan punat instead of button), dia dah tukar gaya lain. Takpe, aku tetap letak gambar ni dalam belog. Hehe. Tunggu Achik lambat giloss masa ni. 


Dari hari apa ntah, dia ada cakap dengan aku yang kawan tadika dia ada bawak buku ultraman kot dekat sekolah. Ha taknak kalah, dia bawak jugak harini. Heh! Padahal hari-hari dia nak bawak tapi aku takutkan dia dengan guna nama busu aku. Hahah terus simpan balik. Entah macamana harini boleh terlepas pulak. Takpe, asalkan dia tak berdrama dekat depan pintu. 


Masa ni aku rasa aku tinggi sangat ! Hahhaa dah cuba kebawahkan camera, tapi rasa macam tinggi jugak. Tu gambar macam tak center. Nasiblah eh dapat kakak abang tinggi. Tak lama lagi dia pun tinggi jugak ni. Zikri pun dah nak lepasi ketinggian aku dah. Habislah aku jadi katik lepas adik-adik membesar :O taknak!!


Fav gambar aku ni. Macam cantiklah. Dinding tu boleh buat wallpaper nak bergambar okay. Hehhe. Apasal awak tutup mata dek oi? Tengok dah tak nampak mata awak. Takpe, kakakmu ini tetap masukkan gambar ni dalam belog. Jangan risau. Hehehe


Ni acah-acah nak posing silang kaki lah. Kan trend sekarang, so dia nak jugek lerr. Hhahaa tapi macam tak jadi. Kau tengok, tinggi benar dia silangnya. Nasib tak jatuh, kalau jatuh, dah berdrama lagi. Hhaha. Mood dia okay pagi tadi. Suap dia mee goreng yang super marvelos ma buat, lagi-lagi dalam tu ada sotong dengan fish cake/ball , lagilah dia menggila. Kesukaan kan. Terus makan dua kali tambah. Eh ke aku yang tambah dua kali tu? ahh lantak, yang penting kami berdua kenyang. hewhewhew.

Happy weekends uolls!

October 3, 2013

Hati yang berbunga

Assalamualaikum.

Aku sebenarnya takda benda pun nak cerita tapi saje ambil masa sikit kengkonon nak bebual dengan korang. Hehehe. Kang takut korang rindu aku pulek? Biasalah aku kan sibuk mengalahkan menteri, so update pun agak-agak ingat, aku updatelah. Gagah, edit dulu gambar sebelum nak update. Biasalah aku tak rajin nak edit sesatu pastu peram kat dalam phone balik. Semak boh! herhehrherr .. Tajuk mengalahkan tajuk dekat beautifulnara sangat. HAHHAHA

Okay Ahad lepas, aku pergi KUD dekat Putrajaya. Tapi dah petang, so banyak booth dah tutup. Ha persembahan kawad dari adik-adik tabika kemas yang menyambut kedatangan aku. Ehcehh gelabah gila ayat. Menyambut kedatangan kununss. Puihh!

Tapi serious aku nak cakap yang adik-adik ni lagi hebat kawad. Adik-adik ni takda buat salah step pun. Sekali pun takda salah, hebatkan? Entah berapa lamalah dia practice tu tapi yes, aku tabik dekat adik-adik tabika kemas ni. Adik aku pun tabika kemas jugak. Eh? hehe
 

Adik memanglah suka jumpa benda-benda yang boleh dia bergambar. Dia suka bergambar aku rasa. Ni baru jumpa beca. Tapi kalau dia jumpa dinosour, menangis pulak. Padahal beria nak jumpa. Hhahaa apalah adik ni. Dia ni kalau boleh aku nak gigit je sebab dia kuat bebel. Sampai kadang-kadang tak tau macamana nak suruh dia diam. Haha. Gedik betul.
 

Ni Selasa lepas, tengah cuaca memang sedap untuk tidur tapi aku kena kerja, ha masa tulah perut aku buat hal. Lapar! Tapi aku kengkonon malaslah nak makankan. Nak diet katanya. Tapi? Diet ke? Haremmmmsss aku nak diet. Hahhaha. Macam haritu beria set dengan Achik nak joging lah apa lah, end up, aku jogging dalam rumah. Hhaha boleh? Takpe, selamber. Berbalik pada gambar roti diatas tu, aku bukan laci amik roti ni dan makan. Dah lepas separuh aku telan dengan hati yang riang, sambil aku belek pembalut roti, aku ternampak tarikh luput. Okay aku makan Selasa yakni 1 Oktober. Kau tengok tarik luput bila? 30 Sept okay!! Gilaa apa aku makan roti expired ?? Tapi bila aku tengok roti tu macam elok, aku tutup mata je dan habiskan roti tu. Hahhaha! Takkan nak membazir? Ish ishh tak elok. Amalan syaitan tu. Wakakka!
 


Fresh dari oven sebab gambar pagi tadi. Heheh. Abaikan muka aku yang ... Adeeb ohh Adeeb. Pantang dengar bunyi motor, mulalah dia melalak. Motif? Dia nak ikutlah apa lagi. Haishh. Okay ni cerita masa aku lunch tadi. Aku kan lunch rumah opah hari-hari. Busu baru sampai rumah dari bank, pastu nak bawak Adeeb ni pegi amik Ain dengan Aliff dekat sekolah. Pastu Adeeb ni terhantuk ke apa ntah dekat kereta. Tapi dia tak nangis okay. Sebab? Sebab dia dalam kereta. Hahha dasyat betul. Dia kalau dalam kereta, baik budi pekerti. Hhahaha, kecik-kecik dah suka merayap ye. 
 

Fav buku aku sekarang. Okay asalnya ni buku adik. Selalunya lepas makan, aku akan baca buku ni. Macam-macam tajuk ada. Dari kenal planet sampailah pasal dinosour pun ada. Tak rugi for those yang dah beli buku ni. Bagi aku sangat baguslah untuk daya ingatan budak-budak. Kalau hari-hari baca, insyaallah bolehlah tau sains sikit-sikit dan bahasa inggeris pun mungkin akan lancar. Kenalah try baca. Ma beli buku ni dekat pesta buku rasanya. Dah lama buku ni. Baguslah senang cerita.

Okaylah, aku nak update kerja aku sekejap. Korang, terima kasihlah sebab sudi baca. Hehe. Walaupun aku merepek je dalam ni. Yelah nama pun blog aku, makanya sukati aku lah. Hahaha. Kbai

October 2, 2013

Wordless Wednesday - Pesanan Orang Bijaksana


^__^

AF2013 - Aisyah Aziz (Week3)

* Iklan tidak berbayar nak lalu sekejap *

AFUNDI3/5/10/20AISYAH dan hantarkan ke 32777

Mulai minggu ketiga hingga minggu terakhir insyaallah, konsert berlangsung pada hari Ahad ye wahai peminat Akademi Fantasia :) Jangan pulak, hari Sabtu korang tercongok depan tv. Memang takda pape lah selain drama/telemovie dekat Ria tu. ok?

Minggu ketiga, Aisyah dapat lagu Tunggu Sekejap by P.Ramlee, diberikan oleh Mr Inspirer Faizal Tahir. Well aku lagi suka bila tenaga pengajar yang beri lagu kepada pelajar sebab mereka kan pakar dan tau apa yang sesuai dengan suara pelajar-pelajar. Ada juga pengkritik yang berpendapat begitu. Dan ada pengkritik (terlupa sapa yang cakap actually. hehe) cakap 'Jangan ingat lagu yang kita suka, sesuai dengan tone suara kita. 

Kebanyakkan lagu yang dinyanyikan pada Ahad lepas, rata-rata sesuai dengan tone suara para pelajar. Adalah sorang dua yang pengkritik rasa lagu tu tidak sesuai. Tapi kita sebagai "juri media sosial' ni (sukati aku lah nak gelarkan diri apa) mana kita rasa sedap didengar, kita puji. Mana yang kelaut, kita nasihat terus pada pelajar menggunakan # memasing.

Jadi untuk konsert minggu ketiga, rata-rata para pelajar memberikan persembahan yang biasa saja. Walau bagaimanapun, tak semua pelajar memberikan persembahan yang tidak bertenaga. Contohnya Irmisa, membuat persembahan pembukaan dan sangat wow bagi aku. Padahal tiap minggu pun persembahan mereka gini (sambil tunjuk thumbs up). Okay kecuali 1st concert. Sebab arrangement muzik macam ... krik krik krik ...

Untuk persembahan paling malas bagi aku adalah persembahan Nabila. Huh! Aku sebenarnya masih terfikir, macamana dia boleh ada dalam tu walhal aku rasa dia menyanyi macam main-main. Pelik. Tapi itulah Akademi Fantasia :) Aku masih mengharapkan sesuatu yang wow dari Nabila. Insyaallah suatu hari nanti mungkin?

Yang lain, just okay. Azhael dengan masuk awal, Iman dengan Noktah Cinta nya, Indah dengan Pelitaku. Dan adik aku mengharapkan ada rap masa Indah nyanyi lagu Zur Eda ni. Suhada dengan Belaian Jiwa diiringi dengan gambarnya bersama Aisyah.


So untuk Aisyah, aku tetap rasa yang last week(week 2) much much better dari minggu ni. Sebab entahlah. Mungkin sebab kita dah dengar Getaran Jiwa pada awalnya. Mungkin Aisyah terlalu happy dengan melihat seluruh ahli keluarga datang? Hanya dia saja yang tau. Eh cehh :p Anw aku tetap nak dengar dia nyanyi lagu Hurt. Tak kira! Mihmihmihh.

Minggu ke 4, Aisyah akan perform empat lagu. 
Solo: Hanya Aku - Hyper Act
Lagu Bonus: Tak Tahan Lagi & Ku Bahagia - Melly Goeslaw
Lagu Wajib: Menuju Puncak :)
Konsert ke4 akan berlangsung di Johor Bahru sempena Gempak Astro. Jadi datanglah beramai-ramai sambil mengundi bintang kegemaran anda andA anDA aNDA ANDA ... !!
So good luck girl !

Jom semua pakat-pakat AFUNDI Aisyah ^^
AFUNDI3/5/10/20 AISYAH dan hantarkan ke 32777

#TeamEsah #TeamAisyah #Aisyahaf2013


.

KONSERT MINGGUAN

Setiap Ahad - 9 Malam

AF BUZZ, DIARI AF DAN TGIAF

Setiap Isnin hingga Jumaat – 9 Malam