October 2, 2013

AF2013 - Aisyah Aziz (Week3)

* Iklan tidak berbayar nak lalu sekejap *

AFUNDI3/5/10/20AISYAH dan hantarkan ke 32777

Mulai minggu ketiga hingga minggu terakhir insyaallah, konsert berlangsung pada hari Ahad ye wahai peminat Akademi Fantasia :) Jangan pulak, hari Sabtu korang tercongok depan tv. Memang takda pape lah selain drama/telemovie dekat Ria tu. ok?

Minggu ketiga, Aisyah dapat lagu Tunggu Sekejap by P.Ramlee, diberikan oleh Mr Inspirer Faizal Tahir. Well aku lagi suka bila tenaga pengajar yang beri lagu kepada pelajar sebab mereka kan pakar dan tau apa yang sesuai dengan suara pelajar-pelajar. Ada juga pengkritik yang berpendapat begitu. Dan ada pengkritik (terlupa sapa yang cakap actually. hehe) cakap 'Jangan ingat lagu yang kita suka, sesuai dengan tone suara kita. 

Kebanyakkan lagu yang dinyanyikan pada Ahad lepas, rata-rata sesuai dengan tone suara para pelajar. Adalah sorang dua yang pengkritik rasa lagu tu tidak sesuai. Tapi kita sebagai "juri media sosial' ni (sukati aku lah nak gelarkan diri apa) mana kita rasa sedap didengar, kita puji. Mana yang kelaut, kita nasihat terus pada pelajar menggunakan # memasing.

Jadi untuk konsert minggu ketiga, rata-rata para pelajar memberikan persembahan yang biasa saja. Walau bagaimanapun, tak semua pelajar memberikan persembahan yang tidak bertenaga. Contohnya Irmisa, membuat persembahan pembukaan dan sangat wow bagi aku. Padahal tiap minggu pun persembahan mereka gini (sambil tunjuk thumbs up). Okay kecuali 1st concert. Sebab arrangement muzik macam ... krik krik krik ...

Untuk persembahan paling malas bagi aku adalah persembahan Nabila. Huh! Aku sebenarnya masih terfikir, macamana dia boleh ada dalam tu walhal aku rasa dia menyanyi macam main-main. Pelik. Tapi itulah Akademi Fantasia :) Aku masih mengharapkan sesuatu yang wow dari Nabila. Insyaallah suatu hari nanti mungkin?

Yang lain, just okay. Azhael dengan masuk awal, Iman dengan Noktah Cinta nya, Indah dengan Pelitaku. Dan adik aku mengharapkan ada rap masa Indah nyanyi lagu Zur Eda ni. Suhada dengan Belaian Jiwa diiringi dengan gambarnya bersama Aisyah.


So untuk Aisyah, aku tetap rasa yang last week(week 2) much much better dari minggu ni. Sebab entahlah. Mungkin sebab kita dah dengar Getaran Jiwa pada awalnya. Mungkin Aisyah terlalu happy dengan melihat seluruh ahli keluarga datang? Hanya dia saja yang tau. Eh cehh :p Anw aku tetap nak dengar dia nyanyi lagu Hurt. Tak kira! Mihmihmihh.

Minggu ke 4, Aisyah akan perform empat lagu. 
Solo: Hanya Aku - Hyper Act
Lagu Bonus: Tak Tahan Lagi & Ku Bahagia - Melly Goeslaw
Lagu Wajib: Menuju Puncak :)
Konsert ke4 akan berlangsung di Johor Bahru sempena Gempak Astro. Jadi datanglah beramai-ramai sambil mengundi bintang kegemaran anda andA anDA aNDA ANDA ... !!
So good luck girl !

Jom semua pakat-pakat AFUNDI Aisyah ^^
AFUNDI3/5/10/20 AISYAH dan hantarkan ke 32777

#TeamEsah #TeamAisyah #Aisyahaf2013


.

KONSERT MINGGUAN

Setiap Ahad - 9 Malam

AF BUZZ, DIARI AF DAN TGIAF

Setiap Isnin hingga Jumaat – 9 Malam

No comments:

Post a Comment