October 8, 2013

Halfest 2013

Assalamualaikum.

Kami satu keluarga memang penggemar makanan. Gila kau tak gemar. Semua hantu makan. So tak rugilah bawak kita-kita pegi makan. Hhehe. Memandangkan minggu lepas berlangsungnya Halfest 2013 di Mines, jadi rugilah kalau tak pergi. Ye dak? Heheh.

Ada 500 booth (kalau tak silap) dalam Halfest ni. So kau boleh bayangkanlah betapa meriahnya event ni. Dan yang paling best, ada disediakan ATM Machine dalam event ni. Haa kau mampooo ke? Aku kira first time jugaklah tengok ada ATM dalam event macam ni. Yelah, takut orang tak cukup duit nak berbelanja, boleh cucuk kat situ. Hehe. 

Barang sana ada yang promosi dan ada yang harga tetap. Macam Dominos, ada dua jenis je Hawaiian Chicken dengan Beef apa ntah, memang ada satu saiz je iaitu size kecil, harga RM7 !! haa terus aku sambar dua kotak. Sebab adik-adik aku memang penggemar pizza. Ha banyaklah jugak yang disambar oleh family aku. Sempat jawab soalan lagi mak aku tau. Kelasss sangat. Heheh.


Masa ni tengah tunggu ma dengan baba beli barang dekat satu booth ni. Tak silap booth jual ubat pencegah kanser. Entah aku tak sure sebab aku layan budak kecik ni. So aku dengar tak dengar je. Hhehe. Masa ni layan adik kat tepi tingkap, dan pada masa yang sama ada pertandingan mewarna. Adik nak masuk tapi aku tau pertandingan makan masa, so aku pujuklah sebab esoknya yakni Ahad, adik ada mewarna jugak. 
 

Ingatkan tak dapat jumpa maskot Upin Ipin ni. Masa ni dah nak sampai dekat pintu keluar dah, pastu ternampak maskot ni, ha berlari anak lah adik kat situ. Adik ni takut-takut berani. Sebab dia semangat nak bergambar, alih-alih ma yang amik gambar dengan maskot tu sebab adik takut terus berlari kat baba. Hahah kelakar pe awak dek? Memang itulah terjadi setiap kali jumpa maskot -.-'

 

Balik dari Halfest, singgah Mines lerr. Saja cuci mata dan kengkonon nak main bowling tapi masyaallah ramai gila orang dalam bowling. So tak jadi. Teman adik main benda alah ni which is favourite adik. Suka gila main benda ni. Apa yang best pun aku tak tau. Ada budak yang main warna pasir dengan adik ni, dia pilih corak yang penuh satu kad tu. Haa mak dia dah habis main bowling pun, dia tak sudah-sudah lagi. Adik rilek je, amik gambar kapal. Setel, terus balik.

Sekian. 

No comments:

Post a Comment