Assalammualaikum.
Harini hari Sabtu. Hari cuti bagi aku. Saja je nak bagitau harini Sabtu sebab takut korang terkejut bila baca belog ni. Ye aku update belog hari Sabtu. Kenapa? Kenapa? Okay aku tak tau nak buat apa since ma dengan baba kerja harini. Meeting and stuff.
So aku dekat rumah chill dengan lil bros. Ohh cousins dari Kedah baru mai pagi tadi. Terkejut masa bangun pagi tadi. So kita lepak tengok tv dulu sebelum keluar petang-petang nanti. Err keluar atau tak, I'm not sure about that. Heheh.
Oh ye, baru lepas tengok telemovie Mama Mama Mia. Rasanya tele ni dah banyak kali ulang dekat Ria. Sampai sekarang, I love the way Lisa Surihani jaga mia. I mean baby Mia :) Memang ada ciri-ciri seorang ibu. Nanti kalau Lisa ada baby, mesti comel dan cantik macam dia jugakkan? Yelahh Lisa kan cantik :)
Well my favourite blogger/host/actress pun ada dalam tele tu, you guys should know who! Ya yaa 10markah untuk anda, anda, anda semua! Hanis Zalikha pun ada dalam tu :') Buat masa ni hanya filem Gangster Celop je tak sempat nak tengok lagi. Takda masa -_-'
Okaylah, sebenarnya belog ni pun sebab nak isi masa yang terlebih banyak ni. Hahah! Terlebihlah sangat.
Bye.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
September 7, 2013
September 6, 2013
Geli ketawa suka dia
Assalamualaikum
Alkisahnya malam tadi pergi Mydin USJ untuk dinner dengan ma nak beli barang sikit. Dinner dekat food court situ. Okay korang kena try satu menu simple ni. Nasi + Ikan kembong/ayam berempah/ikan bawal goreng + ulam-ulam + sambal kicap/belacan , baru RM7.90 . Set lengkaplah kiranya. Oh tanpa air ye. Hehhe. Memang marvelos aku cakap kau! Sambal belacan dia pedas gilaa. Sampai sekaranglah berair hidung aku. Hhahah itu tipu.
Sambil-sambil ma dengan baba beli barang, aku teman si budak gedik tak sihat ni. Nak cari lah mesin mainan tu, lupa dah tukar kat bawah. So sebab malas nak turun, ternampak mesin urut kesukaan baba ni merata kat 1st floor ni. Moh lerr kita duduk sekejap.
Memandangkan adik tak berapa nak sihat, sajalah bagi dia rasa urut sikit. Manalah tau tetiba okay pulak kan? We never know?! pffftt! 2x main dengan mesin ni. Nampak adik gelak-gelak dah lepas tu.
Sempatlah jugak keek. Sebab kelakar tengok adik gelak sebab geli. Hahaha.
September 5, 2013
Kisah aku dan Cik Noura
Assalamualaikum.
Sejuk giloss pagi ni. Hmm sebenarnya
hari-hari pun sejuk tapi harini sejuk campur dengan hujan lebat lagi.
Pagi-pagi keluar rumah dah nampak langit gelap gilaa. Takut kiteww.
Hahah konon-konon manja. Hahhaa. Sampai rumah Opah, hujan jugak,
tunggu berhenti baru gerak office. Masuk office, sambung hujan lagi.
Semenjak Teyka dah tak kerja, takda
sape nak teman aku borak via skype lagi. Sangat bosan sebab kat
office aku tak borak sangat. Bukan malu ye, jangan salah sangka tapi
kedudukan kiteorang macam jauh-jauh jugak. Lepas tu, sebelah kiri aku
tempat abangJoe, dia mana ada kat office, dia akan ada waktu pagi
dengan waktu balik je. Best ooii kerja officeboy ni. Merayau je.
Hhehe. Pastu sebelah kanan, yakni belakang aku jugak mana ada orang.
Hmm ada sebenarnya tapi macam takda.
Aku sunyi. Korang faham kan? T____T
Sekarang ni yang amik alih tempat Teyka
(ambil alih kononnya. Hahha) ialah kawan gedik masa kat kolej yang
aku cakap macam magnet ni iaitu Cik Noura ! Hahahha. Dia lah yang
melayan aku punya bosan sekarang dekat skype. Hehhehe mekasih awak.
Sampailah pagi ni, kiteorang macam
terkenang zaman-zaman belajar dulu. Sumpah aku cakap korang, zaman
belajar adalah zaman terbaik selepas zaman kanak-kanak. Hahhaa!
Mungkin tak sehebat korang tapi aku rasa dah cukup hebat dah zaman
belajar aku. Lallalalalaaaa .
Aku kenal Nora ni masa sem 1 lagi. Kami
satu rumah/ kelas/ kos , ha apa lagi? Itu jelah kot. Bilik lain-lain.
Hehhee. Masa register rumah, mati-mati aku ingat adik dia Mia yang
belajar sebab Mia tu yang beria tanya itu ini pasal rumah, sekali
kakak dia yakni Nora yang belajar. Hhahaa. Malam tu terus buat sesi
suai kenal. Oh masa tulah baru tau kiteorang 1 kos. Masa ni belum
dapat kelas apa lagi.
Pergo orentasi pun sama-sama. Pastu
masa lecturer bahagikan kelas, rasa gembira sangat sebab kiteorang 1
kelas. Yelah, at least kalau ada kerja drawing atau apa-apa yang
melibat kami berdua senang. Tak payah gigih nak pergi rumah sorang
lagi. Kalau satu rumah, kan senang :)
Masa sem2 pun, kiteorang masih 1 kelas.
Fyi aku dengan Nora pernah repeat subjek Drawing masa sem2. Sebab?
Aku nye laptop virus, takda copy. So memang tak sempat kalau aku nak
hantar pun. Laptop tak boleh guna sehari sebelum video kena hantar.
Apa nak buat, terima jelah T___T Memang memasing struggle
menggilalah kan. Yelah taknak repeat lagi.
Sem3 memasing buat haluan sendiri.
Hahahha haluan sangat. Memasing pergi setelkan praktikal dengan
cemerlang sebab nak grad sama-sama dengan kawan-kawan satu batch
dengan kiteorang. Malulah kalau tak grad sama-sama dengan, ye dak?
Final sem. Teruja gila sem ni sebab
semesta terakhir en! So jumpalah dua orang sahabat yang terpisah
selama enam bulan ni. Ewahhh terpisah sangat. Hahhaha! Memang dah
plan nak duduk serumah, sebab sama macam sem1, senang buat kerja
kumpulan. Hhehehe. Kiteorang satu rumah dengan budak pelancongan.
Kira duduk dengan junior lah masa tu. Terasa senior sangat masa tu.
Hahhaa!
Rumah kiteorang dapat kali ni sangat
best lah berbanding rumah sebelum ni. Bukan tak bersyukur, syukur
sangat sebab besar gilaaa tapi rumah sewa untuk semesta akhir ni siap
dengan perabut. Ada katil, meja makan, cermin kegilaan nora bersepah
dekat rumah tu! Hahhaa. Oh paling tak best bila tuan rumah beria
cakap nak betulkan peti ais tapi sampai kiteorang balik pun, peti ais
tu masih tak boleh guna. Hmm sedihkan? Tak dapatlah nak makan
sedap-sedap hasil tangan sendiri. Hahha puihhlah padahal malas gila
nak masak. Okay memang takda masa nak masak aku cakap korang. Kelas
je dah sampai 6.30 petang, pastu kadang-kadang ada extra kelas sampai
malam. Pastu mana nak siap assignments semua? Jadi moh lerr kita ke
kedai makan kat lorong belakang.
Masa sem satu/dua , kiteorang memang
favourite makan kat kedai mek kelantan kat lorong belakang. Sedaplah
jugak makanan dia kalau ikut tekak aku. Hahahha. Aku kan jenis tibai
je semua makanan, so bagi aku sedap. Bila masuk sem4, makanan kat
kedai mek tu rasa ala-ala je. Tak sesedap yang dulu. Memandangkan
Nora bawak moto untuk final sem ni, haruslah kita kerap ke pasar
malam/ramadhan dan segala kedai makan kat BB tu. Hahhaa!
Kadang-kadang kalau kelas sampai tengahari, memang tapau nasi kat
kedai depan kolej je. Kalau tak baru merempit ke BB. Kalau tak, makan
siap-siap kat cafe kolej.
Masa sem4 ni, kedai makan favourite
kiteorang adalah kedai nasi lemak Sg Raba. Sumpah sedap nasi lemak
situ. Kalau bungkus, nasi dia macam banyak sikit. Hehehe kalau makan
situ, nasi macam ala-ala kedekut je. Hhahhaa! Nasib tokey tu tak tau
aku ada blog. So memang menu makan malam kiteorang ialah nasi lemak
lah untuk hari-hari terakhir kat Banting tu. Sampai satu tahap aku
balik kelas terus tidur sebab dari semalam tak tidur buat kerja, aku
tidur lena gila tapi aku tersedar sebab rasa macam ada orang tenung
aku dan aku rasa ada orang keluar masuk bilik aku dan ada orang macam
tengah mengadu nasib. Hahaha! Orang tu Nora lah :p Hhaahaha serious
kelakar.
Dia kejut aku sayup-sayup je sebab aku
pernah cakap kalau aku tengah tidur, jangan kejut sabab nanti nak
tidur balik susah. Itu yang dia kejut sayup je bunyi. Hahaha ikutkan
hati, aku malas nak bangun sebab yelah tidur lagi best kot. Tapi
kesian kat anak Puan Laily tu, so bangunlah, siap-siap pergi tapau
nasi lemak. Kali ni memasing macam lapar gilaa, terus order nasi
lemak tambah! Ye TAMBAH ye. Ahhahaa gila nafsu macam buaya -.-' Habis
okay!
Hmm last aku dengn Nora jumpa masa hari
konvo. Lepas tu, takda jumpa-jumpa dah sampai sekarang. Adalah jugak
call/whatsapp semua. Rindu kot, yelah 2 tahun dengan Nora. Hmm tak
tau bila jumpa lagi.
Fe sayang Nora tau :')
Kbai.
September 4, 2013
Baru belajar
Haa, baru je tengok tutorial dekat blog kak Ceera. So sekarang nak tengok, sama ada boleh post ke tak? Kalau boleh post, memang lepas ni sepanjang masa lah aku update belog. Hahahhaha
Nasib lerr.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Nasib lerr.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Safiah Abu Kassim
Assalamualaikum.
Minggu ni sibuk sikit dengan artworks yang kian melambak atas meja je. Hhehe tipu sangat. Padahal ada dua tiga je. Minggu ni dan minggu depan ialah minggu untuk re-edit artworks semua ni. So akan jarang update lerr. Kalau dah bosan menggila, barulah up satu entri. Itupun kalau rajin. Hehhe.
Harini update pun sebab nak war-war kan kepada semua orang tentang birthday kawan masa praktikal sesama haritu. Dah lama, dan masih berkawan. Alhamdulillah. Walaupun susah benar nak jumpa dia aku, hehehe tapi masih berhubung melalui medium-medium seperti wechat/skype/fb ye :)
Anw kalau bab merepek memang bagi kat aku. Aku hebat benda-benda macam ni. Eh terRIAK sekejap. Hehhe.
4hb September, yakni harini, adalah birthday kawan tepuk dahi aku yang sangat happening dan gilaa macam aku jugak. Hahahha. Sumpah minah ni senget tahap tak dapat dibendung. Hahah mati aku kalau dia baca.
Happy Birthday to you ..
Happy Birthday to you ..
Happy Birthday to Fyahhhh ...
Happy Birthday to youuu
Special friends are a rare find, but am I glad that you are one of mine! I have three wishes for you on your birthday.
Happy Birthday to you ..
Happy Birthday to Fyahhhh ...
Happy Birthday to youuu
Special friends are a rare find, but am I glad that you are one of mine! I have three wishes for you on your birthday.
First, I wish that this Birthday teaches you something new and beautiful. Second, I wish that you have a day that you'll remember forever with a smile. And third, I wish that such days keep coming in every single day. Happy Birthday to a friend I'll never forget!
Selamat Ulangtahun yang ke22 cik Safiah Abu Kassim ♥
September 2, 2013
Pengantin Merdeka
Assalamualaikum.
31 Ogos 2013, bespreng kawin! Weee memang dah plan sebulan awal nak pergi ni. Dah mintak izin dekat parents sehari sebelum raya. Alhamdulillah dapat izin, terus bbm Teyka, whatsapp Pina semua.
Hari dinanti telah tiba. Sehari sebelumnya tu yakni hari Jumaat memang ada dapat mesej dari Zera kata tak pergi. Masa tu dah feeling sentap lah sampai hari kenduri. Taknak cite sini, sebab masih sentap! Hahhaha.
So hari Sabtu, macam biasa, setelkan pape yang patut. Tunggu je memasing mesej. Dah jam 9, baru Teyka bbm kata baru bangun. Good! Pastu Pina menyusul. Terus suruh Teyka dengan Pina siap walaupun Teyka amik aku dulu.
Tunggu punya tunggu, kul 11 lebih baru Teyka sampai. Weh! Aku tetap lama tunggu kau!! Bertikam lidah sebab penat tunggu. Nasib lerr. Terus pecut pergi rumah Pina, then terus pecut ke Kapar. Jalan masa pergi memang tak jem lah.
Sampai Kapar, dah blur jalan mana nak lalu. Hhahaa! Kiteorang jalan ikut hala ke Kuala Selangor, perghh tak jauh pulak en. Tapi jangan risau, akhirnya sampai juga dengan laungan MERDEKA 3x oleh PinaMusa! Serious ni. Hhahahaa!
Selamat Pengantin Baru Hafiz dan Wanie. Semoga kalian berdua kekal hingga ke akhir hayat. Insyaallah. Cepat-cepat dapat baby, sebab Teyka nak pergi Kapar lagi -.-' Hahaha
Tunggu Hafiz dengan Wanie untuk bergambar sebelum balik. Oh makanan sedap terutama lauk daging tu. Lembut sangat! Teyka bajet diet makan kuih je -.-' Mengada sangat. Padahal komplen lapar.
Sebelum makan, marilah kita gebang dulu. Teyka memang tau suka tangkap gambar candid merapu macam ni. Ishh
Masa on the way balik, hujan lebat gila! Tak silap ada dua excident lepas Setia City Mall. Myvi dengan kereta apa ntah, bonet Myvi sampai terbukak lah. Sebabkan ada abang ni nak amik gambar, sampai jem jalan tu. Haishh prihatin sangat rakyat Malaysia ni -.-
Dalam kereta, biasalah kan. Perangai memasing. Amik gambar, guna semua apps yang ada untuk bergambar. Hahhaa!
Anw thanks ladies for the day. Having fun! Dan selamat pengantin baru korang!
bye.
Subscribe to:
Posts (Atom)












