Monday, September 2, 2013

Pengantin Merdeka

Assalamualaikum.

31 Ogos 2013, bespreng kawin! Weee memang dah plan sebulan awal nak pergi ni. Dah mintak izin dekat parents sehari sebelum raya. Alhamdulillah dapat izin, terus bbm Teyka, whatsapp Pina semua.

Hari dinanti telah tiba. Sehari sebelumnya tu yakni hari Jumaat memang ada dapat mesej dari Zera kata tak pergi. Masa tu dah feeling sentap lah sampai hari kenduri. Taknak cite sini, sebab masih sentap! Hahhaha.

So hari Sabtu, macam biasa, setelkan pape yang patut. Tunggu je memasing mesej. Dah jam 9, baru Teyka bbm kata baru bangun. Good! Pastu Pina menyusul. Terus suruh Teyka dengan Pina siap walaupun Teyka amik aku dulu. 

Tunggu punya tunggu, kul 11 lebih baru Teyka sampai. Weh! Aku tetap lama tunggu kau!! Bertikam lidah sebab penat tunggu. Nasib lerr. Terus pecut pergi rumah Pina, then terus pecut ke Kapar. Jalan masa pergi memang tak jem lah. 

Sampai Kapar, dah blur jalan mana nak lalu. Hhahaa! Kiteorang jalan ikut hala ke Kuala Selangor, perghh tak jauh pulak en. Tapi jangan risau, akhirnya sampai juga dengan laungan MERDEKA 3x oleh PinaMusa! Serious ni. Hhahahaa!

 


Selamat Pengantin Baru Hafiz dan Wanie. Semoga kalian berdua kekal hingga ke akhir hayat. Insyaallah. Cepat-cepat dapat baby, sebab Teyka nak pergi Kapar lagi -.-' Hahaha
 


Tunggu Hafiz dengan Wanie untuk bergambar sebelum balik. Oh makanan sedap terutama lauk daging tu. Lembut sangat! Teyka bajet diet makan kuih je -.-' Mengada sangat. Padahal komplen lapar.


Sebelum makan, marilah kita gebang dulu. Teyka memang tau suka tangkap gambar candid merapu macam ni. Ishh
 
 

 

 
 

Masa on the way balik, hujan lebat gila! Tak silap ada dua excident lepas Setia City Mall. Myvi dengan kereta apa ntah, bonet Myvi sampai terbukak lah. Sebabkan ada abang ni nak amik gambar, sampai jem jalan tu. Haishh prihatin sangat rakyat Malaysia ni -.-

Dalam kereta, biasalah kan. Perangai memasing. Amik gambar, guna semua apps yang ada untuk bergambar. Hahhaa! 

Anw thanks ladies for the day. Having fun! Dan selamat pengantin baru korang!

bye.

No comments:

Post a Comment