September 27, 2017

Tangisan.

Assalamualaikum.

Sepatutnya Jumaat lepas, akan ada entri-entri yang memenuhi ruang blog ni sebab Jumaat macam free gilaaaaaa and aku pun ingat nak balik awal. Awal dari semua oranglah cerita dia. Tapi tu lah, kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. 

Walaupun pada mulanya aku hanya merancang nak balik awal tapi hati aku tak pasti dengan keputusan tu sebab nya aku tengah tunggu container sampai tapi tak sampai-sampai. So aku plan lepas sampai and email documents baru balik lah kan. Tapi ...

AKU BALIK AWAL HARI JUMAAT TU. AWAL DARI SEMUA ORANG. fuh.

Dan aku balik tanpa aku tunggu container sampai. Dan aku juga balik tanpa email documents dekat agents.

Sebab apa?

Sebab ada kejadian yang tak diingini berlaku dekat office dan ia melibatkan Kakna. Korang fikir, kalaulah aku balik awal haritu, apa akan terjadi? Maksudnya siapa yang akan call the makciks and pakciks aku? Ok mungkinlah dorang akan godek phone Kakna tapi ....

Menggeletar aku 

Masa tu aku cuma fikir itu adalah hari terakhir aku akan jumpa, tatap muka Kakna. 

Sedih? Memang sedih.

Kita tak makan sushi lagi Kakna! - Kata aku pada Kakna masa dia tak sedarkan diri. Allahu. Jatuh airmata aku. Tak sangka. Terkejut. Terkedu.

Alhamdulillah, aku punya colleagues yang sangat baik dan banyak membantu masa Kakna tak sedarkan diri haritu. Kalau dorang takda, mati kutu aku. Alhamdulillah.

Selepas 12 tahun, aku naik lagi ambulance. Kali ni menemani Kakna ke hospital. Nervous. Takut. Menunggu di hospital sehingga jam 7 malam untuk tau result dan alhamdulillah Kakna takda apa-apa dan boleh balik.

Fuh alhamdulillah

No comments:

Post a Comment