Assalamualaikum.
Kembali bersiaran kerana Pejah agak free harini. Padahal hari-hari pun free tapi free bukan sebarang free eh. Free tetap kena buat kerja walaupun sikit tapi Pejah watlek wat peace je. Hoii merepek apa ni?
Mana yang tau, tau lah. Mana yang tak, nak bagitau. Last weekend Pejah pergi Lumut. Buat apa? Beli sotong gula je uolls. Nak beli apa lagi? Hehehehe. Tapi takda rasa nak update sebab memang beli sotong gula je pun. HAHAHAH. Kononlah catit pukul berapa gerak, pukul berapa sampai, pukul berapa lalu kat jeti yang jem tu, pukul berapa check in hotel semua tapi bila dah malam tu, malas nak update dan akhirnya membawa ke malas semuanya! Hehehehe normal lah. Pejah kan. Kalau tak malas, mungkin bukan Pejah yang menulis ni. Huh! Merepek lagi.
Tapi being me, entri memang kena letak gambar makanan walaupun bukan dari Lumut. Tak kisah lah dari mana datangnya gambar tu, tapi kena letak jugak. Actually aku pun lupa aku ada amik gambar makanan ke tak kat lumut tu. Oh yeah, ada weh ada. Nak tau apa? Sebekas sushi je. Adik siap cakap
kakak, cepat sikit amik gambar boleh? Adik nak makan ni!
update: gambar sushi.
update: gambar sushi.
Kakak redha. Lepas check in terus amik gambar. Lepas amik gambar, terus bentang selimut then makan. Haa menipu. Dalam bilik memang selimut dah bentang pun. Nak bentang apa lagi kan? Hhehehe gurau ni gurau. Tak kelakar? hmm kisah? Lalalalla ~~
Basically ni makanan-makanan minggu ini. Makanan sedap je aku letak. Eh bukan. Makanan yang sempat aku amik gambar je aku letak. Tak sempat, aku potretkan didalam perut jelah eh. Hehehe ya ya aku tau hambar. Kisah?
Balik rumah. Bau sup. Perghh ini memang kegemaran adik beradik. Mee sup buatan Ma! Memang terangkat beb. Lagi banyak cili kicap tu, lagi berpotensi lah aku check in toilet lepas tu. HAHAHAHAHAHA. Betul. Perut aku annoying sekarang. Pedas sikit mulalah mintak check in. Mengada. Malam tu aku makan bertambah. Lepas tu. Ok ni best. Aku sambung breakfast mee sup jugak. Lepas tu (ni pun best jugak), mee dalam mangkuk aku dah habis, aku tambah nasi pulak. Ok (last, pun best jugak) last sekali nasi tak habis. HEHEHEHEHE. Tamak kan. Padan muka Pejah! Menangis nasi tu cari kau nanti !
Khamis. Normally aku tak balik. Selalunya akan stay kat office lah. Tapau siap. Tapi sebab aku macam bosan, penat nak tenung pc tapi tak jadi pape jadi aku decided untuk balik. Masuk rumah Opah, bau Sup Tulang buatan Busu. Ok yang ini, Busu yang suruh letak kat blog. HAHAHAHA. Aku memang suka sup daging dengan ayam so bila aku terbau sup, memang selera lah tekak aku. Tapi semalam (Khamis) aku makan sikit sebab entahlah. Aku pun lupa kenapa aku makan sikit. Nasi panas mungkin? Lepas tu masuk office lapar. Amenda tah perut. Asyik lapar je -____-"
Balik rumah, baba kata makan luar harini. Yahoooo! I like. Hahahhaa. Mula-mula pergi dekat area rumah. Eh tutup. Lepas tu ..
Apa kata kita makan dekat Kajang? - Adik
Kat mana? - Ma
Akhirnya motor bergerak ke Kajang tanpa tahu lokasi nak mencekik dan tau-tau dah parking dekat restoran kegemaran Pejah. Waahhahahaha. Baiklah marilah order Sotong Telur Asin buat kali kesejuta! Hahahah tipu lagi. Sotong Telur Asin tu tak perlu dihebahkan lagi. Socmec Pejah semua pernah dia menetap! So korang kalau pergi V-View (boleh click) korang kena order Sotong Telur Asin ni. Eh ayam lemon pun sedap tapi semalam tak order.
Bahagia betul jadi Pejah. Hidup dengan makan, makan dan makan. Lepas tu stress berat naik. Weh aku dengan Zikri beza 10kg kot! Dengan Achik tak payah tanya. Adalah beberapa kgs. Hehehhe. Bila nak kurus tah. Padahal tiap-tiap awal tahun berazam kemain sebelum raya nak kurus. Tapi ?
Tak payah fikir tapi tu lah. Hehehehe.
Dah bye. Nak sentap berat taknak turun T_T
sedapnyaaaa...sup daging tu nampak tempting...
ReplyDeleteHi Amanda!
DeleteYes! Sedap weh.