Tuesday, July 16, 2013

Ramadhan

Assalamualaikum.

Dah hari ketujuh puasa baru nak update belog. Bijak! Biasalah bz, kerja memanglah takda tapi tak tau nak share apa dekat sini since semua idea dah curahkan kepada siburung biru, Twitter. Kelaskan? Siburung Biru kononnya. Hahaha!

Alhamdulillah dah puasa ketujuh (repeat lagi ayat atas) dan tak kantoi lagi kat mana-mana hari pun. Syukur-syukur. Hhehe. Biasalah perempuankan mesti ada kantoi punya dalam sebulan. Hari-hari baca beloglist, fuhh berlumba-lumba memasing tayang gambar makanan tapi takpe, I is rilex. Aku tenang je masa baca tapi dalam otak ligat fikir, bestnya kalau dapat makan ni, makan tu. Hhaha nasib lah kan :D

Tiga hari berturut makan roti john. Bolehlah. Tak sedap macam dekat pasar malam dekat dengan rumah kakAya tu. Itu memang tiptop. Perghh teringin siot! (lap air liuq) Satu family memang sukalah roti john pakcik tu. Ishh tak boleh jadi, nak kena request kat ma ni. Lalalala


Puasa ketiga rasanya baru aku dapat makan kurma. Tapi aku suka lagi Yusuf Taiyoob punya. Dia punya kurma macam lembut dan manis. Yang lain brand, ada keras, tawar sikit tapi takpe, sebab free dan memang ada kat rumah, aku bedal. Lagipun aku makan kurma ni masa sahur je. Konon nak bagi badan tu bertenaga sikitlah. KONONNYA! 

Harini aku makan suku je kurma sebab macam keras dan secubit cadbury. Serious weh, secubit je aku makan. Tak tipu! So badan macam ala-ala jelah. Tak bertenaga sangat :D

Oh sempena bulan ramadhan yang mulia ni, aku jual cotton shawl. Alhamdulillah sambutan memang menggalakkan. So sekarang ni masih fikir nak re-stock ke tak. Sebab bulan puasa dan malas nak pergi beli kat supplier. Okay aku memang malas citenyaaa -.-'


Cotton shawl with Piping tu tinggal dua helai je lagi. So for those yang nak, pegi tengok FB aku. Tapi kalau rasa-rasa macam shawl yang korang nak tu dah sold out tapi korang berharap nak tu jugak, takpe, bagi je tau aku. Kot-kot partner aku ada simpanan, aku boleh merealisasikan impian korang tu. Hheehe. 

Terima kasih kepada semua yang beli Cotton Shawl with Piping tu okay. Terima kasih sangat-sangat. Korang memang daebaakkk ! (RM punya pasal)

kbai.

No comments:

Post a Comment