Monday, July 22, 2013

Ostriches Farm

Assalamualaikum.

Tempat : Ostriches Farm, Port Dickson (terletak di sepanjang Jalan Kemang 13, kira-kira 450 meter dari jalan utama Teluk Kemang, Port Dickson.)

Tarikh : 8 June 2013
Harga : RM10 (Dewasa) / RM6 (Kanak-kanak / Warga Emas)

Yes, 8 june aku pergi sini dan selepas sebulan lebih baru update dekat sini. Sebab? Malas! Hahaha. Korang dah biasa sangat dengan alasan aku tu kan? Kan kan? Hehe redha jelah. Dan sekarang aku perasan tiap kali Isnin, aku update belog. Motif? Isnin mood banyak bagus. Okay bagus SANGAT (sambil menguap)

Meh ler aku tunjukkan korang gambar-gambar dekat bawah ni. Nak suruh aku menaip dihari isnin yang hening ni, hmm malaslah. Kepala macam berat je nak tegak lama-lama. Heehhe.



Okay itu telur Dino. Aku tak berapa nak sure telur dia betul-betul besar macam tu ke tak sebab waktu dino ni hidup, aku tak ada lagi. Hahha. So mungkin telurnya memang besar seperti yang dilihat. Tekun tengok dalam telur tu apa, sebab dah crack.
 

Dalam telur tu ada ni, anak dino. Lahir-lahir dah besar anak dino ni. Hhehe. Mata anak dino ni macam pakai eye shadow tebal sangat. hahaha!


 

Suka dua gambar ni. Gambar adik beradik :) Aku sampai sekarang macam heran dengan cara Zikri bergambar. Tegak macam tengah berkawad =.=
 
 


Ada kisah dengan anak kambing ni. Rasanya dia terlepas dari kandang. Dia kejar adik dan baba. Hahha walaupun adik memang suka binatang tapi bila anak kambing ni kejar dia, dia menangis non stop pastu suruh baba dukung. hahaha. Kiteorang penat gelak sebab kelakar sangat. Anak kambing ni sampai nak ikut kiteorg, hehe sorry anak kambing, tempat mu disitu ye.




Masa nak tangkap gambar ni, tengah feeling-feeling dekat Arab. Hhaha ye memang tak boleh blah. Tapi kisah pulak aku en? Seriously kandang ni busuk gila! Tanah dia basah, macam baru lepas hujan padahal masa aku datang ni cuaca panas kemain.







Telur burung kasawari. Dan ia tulen dan asli dan original. Itu bukan replika okay. Takut jugak sebenarnya nak pijak tapi bila achik rilex je pijak, adik siap melompat-lompat atas telur tu, so apa tunggu lagi, moh ler kita join sekaki. heheh. Memang berat!

Kalau korang nak makan telur ni pun boleh, ada je jual dekat cafe dalam farm tu. Ada cina meja sebelah order telur dadar, fuhh besar gila tapi sedaplah kot? Sebab aku tengok dorang makan beria je. 


So harga, tempat semua aku dah share dengan korang. Jadi korang pergilah kalau korang nak pergi okay. Untuk aku pergi lagi? Hmm tak kot. Hahhaa. Aku lagi rela pergi Zoo, tak kisahlah Zoo Negara atau Zoo Melaka. Lagi puas hati kot :) 

Gambar tak ikut turutan sebenarnya. Takpe, as long korang baca steady, okay je. hehehe.

No comments:

Post a Comment