December 31, 2025

2025 Wasn’t Easy, But I Survived 🤍

Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik, kita dah berada dihari terakhir untuk tahun 2025.
2025 wasn't an easy year for me. At least.

Ada hari aku rasa okay, ada hari aku rasa lost. Kadang tu aku rasa aku kuat. But some days, I questioned myself. A lot.

Aku belajar that it's okay to choose peace over explanation. It's okay to stop to forcing things that no longer feel right.

There were moments I felt really alone, even when I wasn't. Moments where I had to pick myself up quietly, without telling anyone how exhaust I was. But somehow, I survived all of it. I think lah. HAHAHA.

Before stepping into 2026, banyak benda aku nak let go.

Aku nak kurangkan expections yang terlalu tinggi. Guilt yang aku simpan untuk benda yang bukan salah aku sepenuhnya dan versi diri aku yang selalu rasa PERLU PLEASE EVERYONE. Haaa...... aku taknak dah benda tu.

For 2026, I just want to be kinder to myself. Nak jaga hati, emosi sendiri dan jaga boundaries. To move at my own pace, without constantly feeling like I'm falling behind.

To 2025, thank you for everything. Thank you untuk semua pelajaran, walaupun aku "sakit". Maaf kalau aku terlalu keras pada diri sendiri.

And for you, 2026, I am coming with hope, honesty and a softer heart.

Thank you very much 🤍

November 14, 2025

Aku Penat. Itu Je Aku Tahu.

Kadang-kadang… aku rasa macam hidup ni tengah tarik aku kiri kanan tanpa bagi aku masa nak tarik nafas pun. And honestly, aku penat. Bukan penat fizikal je tapi penat dalam hati, dalam kepala, dalam semua sudut diri aku yang orang tak nampak.

Kadang-kadang bila bangun pagi, aku doa supaya hari tu lembut sikit dengan aku. Tapi hidup ni… dia tak selalu lembut. Dia datang dengan pancaroba, ujian, benda-benda kecil yang aku dah tak ada tenaga nak hadap. Aku cuba kuat. Aku cuba buat macam biasa. Tapi dalam diam, aku macam hampir give up.

Bukan sebab aku tak bersyukur. Bukan sebab aku tak hargai benda baik yang ada. Bukan sebab aku nak mengalah. Tapi bila semuanya datang serentak, bila tak ada ruang nak rehat dari rasa berserabut, aku mula rasa macam… cukup lah. Let me breathe. Let me exist tanpa beban sekejap.

Aku tahu kadang-kadang ada jalan keluar. Aku pernah rasa lega, pernah nampak cahaya, pernah fikir “okay, maybe everything will be fine”. Tapi sekarang… entah. Cahaya tu ada, tapi aku terlalu penat nak kejar.

Aku breakdown. Banyak kali. Kadang-kadang tengah drive. Kadang-kadang tengah mandi. Kadang-kadang tengah baring dalam bilik yang sunyi. Tak ada siapa tahu pun. Aku senyum macam biasa, gelak macam tak ada apa-apa tapi dalam hati, aku rasa macam aku tengah jatuh perlahan-lahan.

Aku cuma… penat.
Penat dengan expectation.
Penat dengan realiti.
Penat dengan hidup yang asyik nak uji tanpa henti.

Dan aku harap satu hari nanti, aku dapat rasa ringan balik. Rasa lega balik. Rasa hidup balik. Tapi buat masa sekarang… aku cuma mampu mengaku.

Aku penat.

Dan itu je yang aku tahu 😔

November 7, 2025

Dari KL ke Perlis: Sebuah Perjalanan, Kopi, dan Kenangan 💍☕

Assalamualaikum.

Jumaat lepas, 31/10 — ke Perlis lah kita!
5.30 pagi dah gerak gaisss. Padahal masing-masing bangun bukan main awal. Si FANS tu pukul 1.30 pagi dah celik, aku pulak 3.30 pagi baru bangun sebab nak final check barang. Tapi biasalah, semangat punya pasal kan, tetap jugak ada benda tertinggal. Kasut, alas tidur, semua tinggal elok kat rumah. Heh 🤦🏻‍♀️

Tak tahu kenapa, kalau bab nak bercuti ni, semangat lain macam. Tapi cuba esoknya nak pergi kerja, badan terus auto malas nak bagi kerjasama. 😂

Kiteorang ada stop few R&R. Untuk subuh, breakfast, tukar driver, toilet, beli buah dan isi minyak then terus ke Alor Setar. Eh kenapa Alor Setar dulu? Sebab kawan FANS ajak jumpa, jadi kitaorang pun Google kedai makan area situ. Tengok-tengok, ok nampak menarik!



Kedai dia dari luar nampak biasa, tapi dalamnya luar biasa terutama bahagian ulam-ulaman! Peminat ulam mesti tak senang duduk bila tengok. Samalah macam FANS, semua ulam dia nak cuba. Puas hati betul muka dia lepas makan. Oh, dan kedai ni tak jauh pun dari tol Alor Setar. Waze je, confirm jumpa.

Lepas dari lunch tu, perut dah kekenyangan dan FANS nak solat Jumaat. Masa tu terjumpa café viral sekarang ni — Café Amazon!


Since tak ada dekat KL, apa lagi, singgah kejap la kan. Cantik tempat dia, tenang vibe dia. Ramai budak sekolah, student Uni, dan orang tengah study. Oh ya, ada juga orang yang hampir tertinggal handbag… aku la tu 😅 Nasib baik perasan awal weh!


I tried Latte Amazon and Strawberry Matcha Crepe Cake (kot?) Hahaha aku tak sure nama crepe ni tapi ya Allah sedap betul! Matcha dia tak kuat, tapi krim dan strawberry dia padu gila. Tapi tulah, masa tu tinggal satu je crepe ni. Kalau tak, tapau dah. Sampai sekarang teringat. 😋

Tak lama pun dekat situ, habis je cake, kiteorang keluar dengan misi mencari masjid. Pusing punya pusing jumpa jugak. FANS solat then aku mencari wrapper bunga. Nasib ada florist bukak kat area situ. Setel solat jumaat, FANS gunting rambut then dan akhirnya kita teruskan perjalanan ke Perlis…


Sampai je homestay, terus disambut dengan mesin gedegang
kegemaran semua orang
 🤣 HAHAHAHAHHAHAHAAHA

 

Baba and Ma pengantin 

Alhamdulillah semuanya selesai sudah. Insyaallah Part 2 (Hari Nikah, Sanding) bakal menyusul tahun hadapan. Nak kena simpan cuti lah gamaknyaa. Saya isytiharkan saya busy sampai May. 

Semoga June yang bakal tiba nanti, saya dapat bercuti dekat hotel, golek-golek
atas katil empuk itu sambil makan buffet ye. Harap-haraplah. heheh


Jumpa lagi Perlis 😴


p/s: lama takda entri bergambar macam ni. rindunyaaa zaman selalu ambil gambar

October 28, 2025

Dua Event, Dua Emosi 💐

Assalamualaikum.

Oktober 2025 ni ada dua event yang aku paling tak sabar nak attend — satu dah pun selesai minggu Deepavali (surprise birthday MIL 💐), dan satu lagi hujung minggu ni, insyaAllah — Majlis Pertunangan Zikri! Adik aku dah besar gaissss 😭 Achik masih mencari-cari... soon letteww 😏

Alhamdulillah, surprise birthday MIL berjalan dengan lancar. Semua lega, semua happy — mission accomplished! 🎉 Makanan ada yang bagi rating 5/10, 6/10, 7/10 — tapi okaylah, janji kita semua had fun! Terima kasih semua yang sudi tulis ucapan tengah malam dikala bunyi mercun Deepavali. Dan paling sweet, MIL & FIL pun nangis masa hari kejadian 🥹 Alhamdulillah, huge success for all of us!

Throwback sikit —
Januari 2025: kita ke Perlis, Kedah & Penang untuk bercuti.
Oktober/November 2025: ke Perlis lagi untuk majlis Zikri.

Siapa sangka kan, kita nak ke Perlis lagi hujung minggu ni?! 😂 Negeri yang aku tak plan pun nak repeat sebab JAUH mat (petak bonts weh). Tapi apakan daya — demi seorang adik, kita gagahi jua 💪 Tahun depan pun mungkin datang lagi... masyaAllah. Semoga Zikri tak duduk Perlis selamanya HAHAHAHA.

Cerita trip utara awal tahun pun aku tak sempat update kat sini sebab malas 🙈 Ada update sikit kat IG je, tu pun ala kadar.

So begitulah cerita dia… HAHAHAHA 😆

Jadi untuk update Perlis, macam biasalah. Kalau aku rajin, aku update. HAHAHAHAH.

September 25, 2025

Plot twist nasi lemak pagi 🍚🔥

so, cerita pagi ni, while aku tengah nak bayar nasi lemak tadi, ada aunty ni kata tu bukan nasi aku, tu nasi dia. ok aku tak cakap pape sebab aku pun tak perasan. Kita sibuk pilih cekodok fav kan. HAHAHHA.

Oh, Assalamualaikum korang, lama tak bersua! 👋

sambung; then akak tu cakap sorry lah kat aunty tu. Lalu aku QR dan nak gerak lah kan, aunty tu sekali lagi cakap nasi aku pegang tu nasi dia. aku dalam kepala cam "eh tadi kata tu nasi kau, ni kata ni nasi kau ..." sambil aku tengok jam. Yayaya aku dah lambat, dah 8.20am kot.

"ni aunty punya, tu dia punya" kata akak tu. Aunty terus senyap dan aku pun berlalu pergi.

Sesampai di parking office, aku tengok dah 8.21 am dan rasa macam sempat kalau aku nak makan dulu. Excitednya aku bukak bungkusan dan ....


no sambal lah ek and confirm ni aunty tu punya! 😯

tapi aunty tu salahlah, sebab dia yang tukar memula tu. now aku yang kena makan nasi tak bersambal ni. sobsobsob. nasib baik nasi sedap untuk dimakan begitu saja 😋

oklah, aku dah tak stress bila habis type tadi. tapi bila abgjoe datang meja, terus rasa geram. HAHAHAHAHAH.

see you in next post 👌

August 18, 2025

to Korea?

Assalamualaikum.

Sambil tunggu agent details, aku singgah sini jap. Rasa macam dah berabad tak update—last sekali 10/07 kot. Okay lah, genap sebulan. Pergh, dasyat betul. 😂

Tak sabarnya nak tunggu Oktober, especially pertengahan sampai hujung tu. Nak pergi  berjalaaaaaaaaan sekejap! Rasa macam dah lama gila tak pergi jauh. Jiwa ni dah restless dah weh.

Meanwhile, hari-hari sekarang = penat + tidur tak cukup. Masuk office mata separuh tutup, badan rasa macam kena seret. Lepas tu dapat pulak package bundle promosi: backpain (since last week, makin menjadi lately), vertigo singgah weekend, penat & ngantuk sekali harga! 🥲 Padahal aku tak buat kerja berat pun selain dari vacuum kat rumah tu. Oh ya, aku ada angkat kotak tapi takkanlahhh ek. Redha je lah. Hahaha.

Oh btw, last week aku dapat invitation ke Korea thru email company. Aku excited! Hahahaha SEKIAN!

Tapi “company I mana ada jual barang-barang ni…” ujar aku kepada FANS masa baru sampai rumah. Tapi still… Korea kot! so kena excited sikit walaupun belum tentu pergi ke tak. heheh. Siap cakap dekat FANS, “Kalau I betul-betul pergi, I nak pergi FNC, nak tengok kot-kot jumpa Yonghwa!” 🤭

Tapi tulah… niat pun dah salah. Esoknya aku forward email tu kat D. As expected, D kata "Legit, tapi doesn't involve kita punya barang" So bye Koreaaaaaaa 😞😥😂

Begitulah kehidupan… tiber