July 29, 2016

Ahchoooooooo ~~

Assalamualaikum.

9:16 am dan aku bosan. Kerja baru siap. Kejap lagi turun, dah lepas collect semua papers, baru buat kerja lagi dan begitulah hari-hari aku kat sini. Tapi I had so much fun and sometime bored. Hahah. 


Apparently, this is me now! Sneezing non stop dari semalam. Mungkin sebab cuaca sejuk kot? Pastu kang panas, lepas tu sejuk balik, hujan lah bagai kan. So this is me now. Be aware? Hehee

Lepas tu, rasalah badan sengal-sengal bagai, kepala pusing, haa sakit perut lagi takda kena mengena tapi ni aku tengah tahan. Dia bukan nak membuang ke apa, 그냥 .... sakit perut je. Mengada gilaaa! Mungkin sebab aku makan pedas, tapi effect dia dah aku terima petang semalam. Takkan bersambung pagi ni kot? Hmm ...


keep on sneezing, pejahhh ~~~ -.-'

July 28, 2016

Menguap .. Oreo .. Grr bosan!


Assalamualaikum.

Lagi satu jam, baru boleh balik. Herghh lambatnya masa nak berlalu. Kerja pun tak banyak sangat lately. Even harini pun takda kerja sangat. Selalunya aku sibuk pagi jelah. Tapi harini sampai lepas lunch pun busy tapi sekejap je. Pastu mereput. Hahah. Nasib baik ada bawak apple harini. So tadi baru makan.

Mengantuk tapi tak menguap. Fuhh hebat nauu penangan tidur awal ni -.-'

Sebenarnya aku takda apa nak bebual sangat. Saja nak mengisi masa satu jam ni ha. Nak makan jajan, hmm selagi boleh tahan, kita tahan. Phewww sampai lemau oreo weh aku tahan tak makan -.- Kesian oreo aku.

So balik ni aku nak buat apa yang patut dulu. Semoga aku tak tido awal harini. Hmm cakap pasal tido, Isnin lepas aku boleh tertido masa kawan ma datang beraya dekat rumah. Hahah paling dasyat siap bertudung sampai subuh weh -.- Aku tak tau lah asal aku penat sangat lately tapi as for now, memang pukul 8.30 onwards tu aku dah start menguap dah. 

Sekarang ni, asal letak kepala dekat bantal, aku jalan. Tetido terus. Sedar kemain awal pagi. Aku dah cuba bertahan, tapi asyik menguap non stop ni buat mulut aku stress. Hahah menguap pun stress, jadah apa kau pejah weh !!



Grrr menguap pun boleh jadi cerita o.o 

July 22, 2016

Part 5 - Santai dihari ke3 raya

Assalamualaikum.

Finally kita berada dihari ketiga raya. Haaa terus skip hari kedua terus sebab takda gambar pun weh. Lagipun raya kedua lepas Zohor, balik Sepang then duduk je kat rumah nenek sampai malam tu baru beraya.

Basically part 5 ni lebih kepada membebel sebab aku tau korang dah penat tengok muka aku en? Aku janji kali ni ada satu je gambar sebab aku nak tunjuk baju mahal aku. Hhaha. Mahal weh, sebab tu aku nak tunjuk. Wakakkaa!

Pagi raya ketiga tu, lepas solat subuh, terus balik Kajang sebab Achik dah start kerja. Aku ma baba still on leave lagi. So siap-siap terus dekat rumah sebab kita tak tidur rumah nenek lagi ye untuk malam ni.

Aku pakai baju mahal. Hahah. RM100. Bagi aku mahal dah tu. Tapi kain dia best. Serious tak tipu. Ni semua gara-gara baju raya aku dengan ma tak siap. Ciskek betul. Sabar jelah. Gigih cari baju hari Ahad tu kat Jalar Tar. Nasib ada size. Kalau takda? Menangis kau!

Thank you sebab belanja baru RM100 ni


Dan paling best, aku dapat duit raya yang pertama pada hari tersebut. Hahah even RM2 pun, aku tetap bahagia. Hahahah. Terima kasih :)


July 21, 2016

Part 4 : Beraya di Dusun Tua

Assalamualaikum.

Part 4 dah finally! So part ni kita fokus dekat family arwah ibu. Which is dulu masa sekolah tiap-tiap minggu aku balik. Sekarang tidak lagi atas kekangan waktu. I kan gadis bekerjaya, so masa terhad sangat. Poyo pejah! Hehehe busy lah busy ... 


Our very first picture together, kan Nawfal? Hehe. Aku still tak tau nak dia panggil aku apa. Hmm even Tia pun aku tak decide lagi nak dia panggil aku apa. So takpelah, lama lagi dorang ni nak membesar. Lama lagi aku boleh fikir. Heheh. 

Okay, lepas dari bergambar semua tu, terus gerak Dusun Tua. Beraya dengan keluarga arwah ibu pulak. Okay macam biasa, makngah memang sentiasa takda dipagi 1syawal ye.
 

Semua sibuk dekat dapur. Semua sibuk bergambar. Semua sibuk makan. Haa Haikal letteww :p


Okaylah sambung wefie dekat sini pulak. Wow macam-macam warna ada ni. Turqoise, dark green, purple, maroon haa semua ada. Oh maktok disebalik maksu. Tak nampak -.-


 

Dan maktok masih disitu dan tidak kelihatan. Oh maktok still masak daging rendang kegemaran semua orang. Tapi aku rasa aku makan sikit. Sebab dah kenyang tapi still makan jugak. Gila apa pejah tolak makanan.

 

Yesh! We're like finally ada gambar berempat. Eh maksud aku gambar dengan Ajid. Macam susah je nak bergambar dengan Ajid and hmm kereta kuning sebelah ni.. Hmm hmm..



Ada orang tu beraya dekat kampung depa nun kat Kedah/Penang sana. Depa whatsapp gambar pagi raya kat kami jugak. Heh!

July 20, 2016

Part 3 : BTS dipagi raya

Assalamualaikum.

Ya, kita masih dihari yang sama iaitu hari raya pertama atau lebih spesifik dipagi 1 syawal. Hahah. Over nauu gambar banyak gila. Siap dah part 3 dan kebarangkalian mungkin ada Part 4 dan Part 5. Haaa menangis T_T lah macamni. Padahal gambar je pun. Tapi aku janji, Part 5 takda dah baju warna ni. Ye aku dah sakit mata. Hukhukhuk.

Marilah kita mulakan BTS dipagi raya. Lepas dah buat official photoshoot raya bersama keluarga masing-masing, kita teruskan dengan bergambar sesama cousins, keluarga (lagi), gambar-gambar yang wow dan menangis bila tengok! Serious korang akan rasa nak nangis. Hahahha

Ayuh, mulakan!


Mencari port bergambar. 
 

Sebenarnya mereka bertiga, Tapi sebab si Mira Filzah tak sampai lagi, jadi mereka bergambar berdua. Kalau ada apa-apa dekat rumah opah, mesti bertiga. Kami gelarkan mereka Geng Samten! 


Double wefie! Baba tu buat apa? Membawa diri kettewww :p


Biasalah. Bila gambar-gambar macam ni, adik mesti takda. Dan bila adik dah ada, tidak jadi lagi gambar girang gigi nak tersembul keluar seperti ini. TIDAK LAGI T_T



Seperti gambar atas sebelum gambar ini. Bilamana ada sorang tertinggal, haruslah cari dan wefie secara tak complete -.-'


Ok. Ohemgeeee muka aku *facepalm* Tapi gais. Wait a minute, aku bukan nak tunjuk muka aku yang superwow gojes flawless itteww. Tidak ye. Lepas belek baru aku perasan setiap gambar ada gambar lagi wow dari muka aku. Haha. Paling win Ain lah. Haha pakai spec kau! Perghhh!!


Ini lagi sorang manusia yang tahap jeles melampau. Sibuk je manusia bernama Hafiz Azmi ni. Sibuk weh kau. Sibuk!



Ye, aku dah pesan kan bahawasanya muka aku akan berada dimana-mana. Bahkan disetiap gambar ada muka aku yang gojes ni. Hahaha. Oh part akan datang lagilah banyak! Hahahaha bertabahlah korang.

July 19, 2016

16th Zikri Birthday.

*** birthday shoutout ***
 
Happy 16th Birthday Muhammad Faizikri Azmi


Kakak doakan semoga awak berjaya dalam hidup dan pelajaran. Buat baba, ma, arwah ibu dan semua orang bangga dengan awak. Jangan sibuk aktiviti sana sini je. Ingat apa kakak cakap. Baba Ma dah keluarkan banyak duit untuk hantar awak sana sini. Tuisyen, kursus, apa je baba ma tak hantar. Jadi inilah masanya awak balas balik apa yang mereka dah buat untuk awak. Ingat, belajar jangan main-main. Rugi nanti.

Ucapan klise, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi anak yang soleh, adik yang baik dan mendengar kata.

Kakak, abang, adik sayang Zikri. xoxo