January 21, 2025

Day Trip to Penang ✈

Assalamualaikum.

Last year kiteorang pernah cakap "nanti kita pergi Penang naik flight nak?" and guess what, a year later, kiteorang pergi Penang naik flight! Tapi kalini bukan holiday lah, just a day trip sebab nak attend majlis kahwin cousin FANS.

Since datang pun kejap je, memang tak sempatlah nak jjcm kat sana. Nasi Kandar? haa, jangan cakaplah. Kita makan kat Pelita, Balakong jelah ek. HAHAHAA. 

Jadi, meh lah cerita apa yang berlaku on the day, Dimulakan dengan tidur lewat malam tu. HAHAHAHAHAHA. KAU BIJAK, FLIGHT AWAL PAGI TAPI KAU TIDUR LAMBAT. BIJAK!

4:45 am - kiteorang bertolak dari rumah ke GOPark untuk park kereta and shuttle book at 5:30 am. Tapi biasalah Melayu kan, tak on time tu biasa. HAHAHAHAHAH. shuttle lambat sebab dia hantar orang sebelum tu. As long tak lambat, ok je.

   

6 am - dah setel 1st checking. Selesaikan apa yang perlu dan breakfast sebab kiteorang memang lapar gila. Kononnya sebelum park kereta nak makan mamak dulu tapi tulah, kita hanya mampu merancang je ...

Lepas breakfast, jalan-jalan cuci mata lah apa lagi. Faizah kot. HAHAHAHAH. Dan menunggulah untuk boarding.

 

Dan pada ketika ini, terasa nak pergi toilet walaupun dah nak boarding. Que kat toilet adalah panjang dan  seorang Faizah hampir terlepas flight sebab lamaaaaaa dalam toilet. Nasib baik masih berpeluang fly ke Penang 😎

 

"Ready to take off"

 

While FANS tidur, seorang Faizah mestilah menikmati view yang paling digemarinya.
Alhamdulillah.


"Hello Penang, we are back!"


Tahniah Awi dan pasangan 🎕

  

  

Menunggu untuk boarding dan tetiba delayed. Pada ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pm lebih kurang. Sempatlah jumpa inlaws dekat Old Town sebelum boarding. Sampai je kiteorang kat gate, orang dah start que untuk masuk. 

Disebabkan kiteorang tak beli seat, jadi seat memang random lah cerita dia. Tapi dah tau FANS belakang aku. Masa que baru tau aku punya HOT SEAT. muahahahahha. 

FANS JANGAN JELES PLEASE 😏😁 

 

Dapat announcement ada turbulence disebabkan cuaca hujan lebat di Sepang. Masa tu aku dah start cuak. Terus pegang lutut FANS dekat celah-celah seat tu.

Alhamdulillah, selamat sampai jam 10pm di KLIA2.

Tunggu shuttle, ambik kereta, terus balik rumah. Makan, mandi dan terus tidoooo.

Maka tamatlah sudah "EXPLORE RACE" kiteorang di Penang.
okbye!

January 6, 2025

Majlis Khatam & Tahlil Arwah

Assalamualaikum.

It's been a while tak update any kenduri kendara yang berlaku dalam hidup seorang Faizah nowadays. Kenapa? Sebab saya malas gaisss. Mudah sangat jawapannya tu. HAHAHAHHA

Tapi pada harini, saya rasa macam tak malas sangat (KOT) untuk update kenduri pertama untuk tahun 2025 yakni kenduri tahlil dan khatam Quran. Tapi kalau orang tak tak tau or tak baca tajuk jemputan, mesti ingat kenduri kahwin. Even aku pun confuse, ni kenduri tahlil atau kenduri kahwin. Penatnya sampai harini (Isnin) terasa yaa.

Kita mulakan dengan preparation sebelum majlis. Masing-masing menunjukkan bakat melukis, mewarna, meniup belon semualah kan. Belon nampak banyak tapi hari kejadian ada 4 biji je. HAHAHAHAH kesian ek? 

 

 

  

Hari kejadian. Pagi tu semua mengemas khemah masing-masing. Bertemakan klasik tapi aku tak sure lah nampak ke tak klasik tu. HAHAHAHA. Janji semua pakai kain batik.

 
JIHAZ N IMANZ HOLDINGS 🍍🍌
 
  
Jajanz vs Pulut Durian & Rojak Buah

 
Gerai Kambing Bakar & Spaghetti

 
WARGA EMAS SDN BHD
basically, menyediakan air sejuk yang sedap nak mampuihh

 
KEDAI JAJANZZ

  

 
Gerai Laksa & Kuih Muih

Disebabkan ini blog aku, jadi adalah adil untuk gambar gerai aku yang banyak. HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHA.

Kuih yang kiteorang sediakan cuma 3-4 jenis tapi rezeki kan, tetamu datang membawa kuih muih lagi and sandwich jugak. so rasanya total adalah dalam 10-15 jenis kuih kot. Aku memang keep on refill jelah sepanjang haritu.

Laksa? Jangan cakaplah, 3x refill sepanjang hari. Nasib baik dah siap potong siap-siap condiments semua. So legalah sikit. Semua cakap sedap. Alhamdulillah.

Seterusnya, Alhamdulillah dan tahniah kepada Alia Fathia sebab khatam Quran jugak. Takdalah gambar dia sebab Auntylong busy refill kuih. hehehe.

Dan lastly, bila buat kenduri on January, Adik early birthday celebration memang akan ada punya. Rasanya adik dah boleh predict kot? Hari kejadian lah akak wish ye.

 

Finally, ada gambar banyak dalam blog. Weee~