Assalamualaikum.
Dua tiga hari ini, sana sini orang bercakap tentang topik yang sama iaitu ANAK dimedia sosial, khususnya, selepas video Janna Nick menangis tu. Hmm, aku faham sangat perasaan dia, sakitnya hati dia bila orang bercakap bukan-bukan tentang dia dan suaminya.
Topik ANAK ni kan, lumrah rakyat kita, setiap kali ada perjumpaan keluarga, mahupun sahabat handai, confirm ada soalan ni,
"Dah ada isi ke?"
"bila nak ada isi?"
"A dah besar, bila nak tambah lagi?"
Hahaha macam soalan wajib tau untuk orang dah kahwin. HAHAHA. Tak salah pun nak tanya tapi bagi aku, tak payah tanya lah better. Kita tak tau apa yang dia lalui sepanjang proses nak dapatkan anak tu. Mungkin dia dah berusaha tapi belum diberikan rezeki lagi.
Aku tak terasa? Hmm tipulah aku cakap tak terasa setiap kali diajukan soalan ni. Siapalah yang kahwin taknak anak sendiri kan? Semua orang pun nak, cumanya mungkin rezeki aku tak sampai lagi. Aku dah jumpa doktor, aku dah makan ubat, tapi disebabkan ubat tu jugak, badan aku dipam-pam bagai tiada hari esok. HAHAHA.
"Susah-susah, ambil jelah anak angkat" - tidak semudah itu.
but Alhamdulillah family aku dan FANS pun selalu bagi sokongan dan macam-macam ikthtiar. Ma bawak tukang urut, mama bagi ubat untuk makan, adik-adik aku pun siap suruh aku try yang Janna Nick minum tu hahah, kaklong and the rest bagi sokongan untuk check doktor lagi. Kawan-kawan rapat aku pun siap bagi buah zuriat untuk aku cuba. Allāhu ʾakbar, terima kasih sangat-sangat.
Sebak pulak type ni.
Insyaallah jika Allah yakin aku mampu untuk ada anak, adalah rezeki tu nanti. - aku setiap kali orang bertanyakan soalan ini. Korang doakan ye :)
Sekarang ni aku dengan FANS menumpang kasih sayang anak-anak saudara je. Nasib baik dorang redha kena gomol dengan kiteorang. HAHAHHAA.
The latest, video dengan BabyN. Geram ek dengan budak kecik ni.
Oh btw, speedy recovery Qaireen sebab dia jatuh motor. Nasib tak patah riuh budak ni. Tapi mulut tetap macam bertih jagung cerita dekat baba dia macamana boleh jatuh motor. HAHAHAH 😂