June 22, 2021
June 21, 2021
My 30th Birthday 🎂
Assalamualaikum.
Journey ke 30 tahun dimulakan dengan ....
1st dose vaccine on 3rd June. Alhamdulillah. Waiting for 2nd dose yang tak kunjung tiba itteww. Semoga adalah rezeki untuk 2nd dose. Insyaallah.
Sepanjang malam 11/6, FANS lah duk wish, menyanyi bagai walhal birthday aku on 12nd. HAHAHAH takpe, kita layankan je.
Balik Tekali on 12nd sebab dah janji dengan Adik nak tidur Tekali. Sekali ada makan-makan. Ma masak banyak weh. Busu buat Fettuccine Bolognese and FANS belanja llao llao. Achik Zikri belanja kek. OMG Yummyy!
Thank you Ma Baba 💋
Ucapan tahun ni lebih kurang sama. Semuanya mendoakan aku punya zuriat. Hehhee Insyaallah ada rezeki nanti, aku mesti bagitau semua orang. Dekat blog lagilah. Doa-doakan lah ye 😘
All the way from Taman Segar, E delivered these presents to me! The 30th Teddy Bear, mini cactus (kot?), cake and candles! Actually malam tu, aku baru cakap dengan FANS nak beli candle sebab dah habis, tau-tau .. hehehe Thank you, E 💋
Dah lama rasanya tak beli hadiah untuk diri sendiri. Berbelah bagi nak beli atau tak, then tanya FANS, tanya Adik, dorang suruh beli and Adik pilihkan yang mana satu. Heheh alhamdulillah I'm happy with this. Thank you, self 💋
And last but not least, orang terakhir. Aku syak dia lupa birthday aku. HAHAHA tapi she nailed it. Lunch treat Kimchi Jiggae and chocolate bouquet. Awwww thanks beb!
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati semua ini diusia 30 tahun ini.
Masih berharap yang Covid-19 ni akan hilang tidak lama lagi. Aku teringin nak road trip, nak makan steak dekat restaurant, jalan-jalan dengan tenang dan happy.
Semoga diumur ini, aku diberikan kesihatan yang lebih baik, kurangkan makan (tapi makanan semua sedap-sedap acaner?), diberikan apa jua rezeki yang melimpah ruah dan semoga dapat menjadi seorang anak/isteri/kakak/adik yang berguna untuk keluarga terutamanya. Insyaallah 💓
Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraan seorang Faizah ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segalanya.
June 10, 2021
Reward Diri Sendiri 🎁
Assalamualaikum.
While doing some works, terfikir ..
"apa eh nak belikan diri sendiri sempena nak masuk 30 dah ni"?
lol. tua dah aku. HAHAHHAHAHA
dan aku terfikirkan Air Fryer! Hehehhehe. Walaupun aku tak suka sangat pakai AF tapi kadang-kadang aku rasa AF patut ada dekat rumah.
Korang rasa Air Fryer tu wajib ke tak?
Macam wajib, eh macam tak.
Alaaa confuse 😵
Hmm oklah, nak siapkan kerja sikit then siap-siap untuk pergi buat swab test cos someone feeling under the weather and running rose. Takut anything bad happens katanya. Oklah kita teman lah kan.
Macam nak join buat swab jugak je? Eh. Hehehehe
Catch you later!
June 1, 2021
Hello June!
Assalamualaikum.
June is back! June is back! June is baaaaackkkkk! hehehe.
Selain daripada hari ini 1st of June, hari ini juga adalah hari pertama WFH gais.
Kalau tahun lepas, even WFH tetap busy ... didapur dengan Ma. Mencuba resepi-resepi baru gitteww sehinggalah berat naik agak drastik ye. Uniform office pun ngam-ngam je weh. Nasib baik tak jadi Hulk! Waaahhahaha.
Semoga tahun ni tidak lagi ye. Memandangkan tadi nurse dah call bagitau appointment date dah tukar ke tahun depan sesambil bagitau kena kurangkan berat badan. Kurangkan ambil gula. Aku gelak jelah mampu cos I love sugarrr! Muehehehe. Benda manis banyak kat rumah ni weh. I kenot resist. Heheheh