Kalau sebut pasal Malaysia Airlines, apa je yang akan terlintas dekat laluan fikiran korang tu? hmm ... Duty Freeeeeeeee! Yessssss. Sesambil berlegar kat hall tu, cuci mata lah uolls dengan perfumes, chocolates dan macam-macam lagi. Haa perokok tegar syok lah. Boleh dapatkan rokok secara carton dan murah. Haa ni aku tak sarankan. No No!
Sekarang
pun Malaysia Airlines masih lagi struggle untuk dapatkan kepercayaan
daripada semua pihak, tak kira siapa pun agar tiada yang berhenti
menggunakan perkhidmatan mereka. Pelbagai inisiatif yang dilakukan
oleh pihak Malaysia Airlines antaranya memberikan pelbagai tawaran
menarik. Bak orang putih kata unbelievable
promotion! 😧 Haaa seronok
bukan?
Weh
tu baru mukadimah! Aku semakin gila dengan mukadimah yang panjang
berjela! HAHAHAHHAHAHAHAHAHAH takpelah at least korang focus. Aku ada
story nak cerita tentang peluang yang cousin aku dapat.
Cousin
aku BERJAYA untuk grab ticket promotion yang Malaysia Airlines buat. Paling best,
All-in-one weh! Aku tau je, terus aku murung! Sebab dia tak ajak aku
T_T Dapat pulak Business Class, manalah aku tak murung. Cousin aku
cakap dia tak pernah terfikir pun nak naik Business Class since dia
cakap naik Economy pun dah habis bersyukur dah!
Tu
lah, bila peluang datang, apa yang kita perlu buat selain grabbing
the chance? Betul tak?
Memang rezeki dia lah tu. Naik Business Class tu antara angan-angan
yang aku sendiri tak tau bila aku boleh merealisasikan ia untuk
menjadi satu kenyataan. Yelah, dah lah naik Business Class, dapat
layanan tiptop pulak. Haa part paling best, MAKANAN
yang super enak, yang ala-ala taraf five stars punya weh. Fuhh! Itu
baru dalam flight. Kalau dekat lounge dia pulak? Lagilah macam-macam,
dengan pilihan makanan yang pelbagai, eh buffet lagi. Siapa tak suka?
Tak payah rebut-rebut kannnn… *awan timbul atas kepala*
Yang
aku tau, kalau dah naik Business Class, korang akan ada laluan
sendiri yakni laluan express untuk passenger Business and First Class
untuk security dan immigration checking. Wow bolehlah feeling vvip
lalu situ. Waahahha. Memang korang takkan bertembung dengan passenger
Economy lah cite dia. Nak lagi cepat, haa check in siap-siap dekat
Malaysia Airlines Online check in. Tak payah fikir pasal boarding ke
apa. Lepak kat lounge tengok kdrama sambil makan a full meal set 😋😁
Aku
adalah tanya dekat cousin aku, macamana dia boleh dapat tiket
business class murah? Haa terkejut punya pasal, kpochi terus pejah 😅
Traveloka.
Satu
perkataan yang cousin aku cakap. Aku tau akan kewujudan Traveloka ni
tapi tak pernah guna since aku banyak travel guna kereta je weh. Sis
tak mampu lagi naik flight. Hehehe.
Cousin
aku cakap guna Traveloka adalah cara terpaling mudah dan pantas. Tak
payah bukak website airlines satu-satu. Masuk je dalam Traveloka, isi
details macam tarikh and tempat korang nak pergi, haaa satu-satu
airlines dia list kan. Korang hanya pilih yang terpaut dihati korang
je. Kalau terpaut hati aku, habis duit aku. Hehehhe. So tak payah
korang terkejut sangat kalau korang tengok harga ticket more cheaper
than harga official airlines website lah. Seghonok kau! 💃🕺
Kalau
korang nak purchase airline tickets, make sure korang guna incognito
mode on your browser.
Incognito ni macam private browsing lah. Kalau yang suka check harga
tickets pagi pastu terkejut bila dah petang, harga jadi lebih mahal,
ini dinamakan technical trick ye anak-anak. Bila korang masuk website
airlines, dorang akan letak cookies untuk detect lokasi kita. Bila
korang asyik bukak pastu tutup pastu bukak (aku lettewww), dorang
akan assume korang ni tak ready nak purchase. Bila korang tengok
harga dah naik, haaa baru naik akai. Baru kabut nak beli bagai. Masa
tu nak nangis pun takda feel dah sebab harga dah naik. Ok takda kena
mengena kan tapi yeahhh.
Jadi,
gunalah incognito atau private browser untuk elakkan emosi korang
terganggu. Lagi sekali, macam aku lettewww 🙄
Ni
semua pesanan dari cousin aku. Gigih tak aku taip balik apa yang dia
share dengan aku? Hoii aku kan kakak sedara fav beliau. Haruslah aku
share. Kan ke prinsip aku benda best, kena share? Jadi layarilah website Traveloka untuk mengetahui promosi terkini dengan Malaysia Airlines !
Happy
Traveling!
credit picture: KLIA, Google, MAS, Pexels