March 31, 2016

Arnab dan dua orang budak yang acah-acah berani ^^

Assalamualaikum.

Ahad lepas, aku adik baba ma naik motor balik rumah Opah. Singgahlah pasar pagi dulu sebelum terus ke rumah Opah. Oh dua motor dengan empat orang ye. Kau gila satu motor empat penumpang? Memang mintak kena tahan namanya tu!

Lepas lepak-lepak rumah Opah, ma suruh pergi rumah Along (tailor ma) tanya pasal baju ma lah kan. Sebab aku tau rumah Along ada arnab, ikan dan segala haiwan ternakan, aku ajak Adeeb. Budak ni kengkonon sukalah arnab. Eh budak gedik jangan dilupa. Dia memang pantang aku naik motor. So bawaklah.

Sampai tu, Adeeb dengan adik pergi tengok arnab while me tanya Along pasal baju ma. Okay, baju tak siap lagi. Tempahan banyak letteww :p

Lepas tu, aku layan lah budak dua orang ni.


Tengok! Aku sajalah angkat dia nak letak dalam cage tu tapi dia dah jerit

taknak ijah ~~

hahahah kelakar okay. Aku suruh bagi makan pun dia taknak =.=


Adik? Hahaha dia pun samaaaaaaaaaaaa je! Acah-acah berani je ni. Memula masuk dalam cage, dia berlari satu cage pastu baru okay. Ni tangkap gambar pun takut-takut. Adik Adeeb sama je kelakar. Beriya tapi takut. Jadi macam kakak, duduk luar je. Hhahaha!


See! Bagi makan pun takut-takut. Pastu bila dah selesa, eh dia main petik je daun pucuk ubi Along bagi arnab makan. Sesuka je en? -.-' Nasib Along tak marah. Pastu mak Along datang. Mak Along datang, kiteorang blah lah balik rumah Opah. Dah lah panas kemain weh. Tak sanggup mak nok T_T


Sebelum blah, amiklah gambar arnab ni dari luar. Hmm comel tapi aku tak tau comel sebab apa. Hehehe. Aku belai pun tak tapi macam haaaaaaa comel nyee. Bulu dia, nampak macam lembut tapi i is tak berani tapi i tak poyo acah-acah berani ye. Kekekkee :p

March 22, 2016

Hari Mendung

Assalamualaikum.

Selasa dah. Tak sabar nak tunggu Rabu Khamis ni weh. Ni semua sindrom DOTS. Weh, aku tengok drama Yonghwa pun tak macam ni. Ahhhh Kak Sally ah ni ~~!! Keekkee. Amboii perli dalam diam ye kak? Hahhaa nasib baik nampak post tu, kalau tak .... Hahahaha! 

 

Anw, lawa jugak kalau Kwangsoo ni perempuan. Cuma hidung je mancung gilaa! Kekekekek ^^ Suka gilaaaaaaaa aku dengan gambar ni. Cantiknya Kwangsooooo

Okay, basically aku harini free dari sebarang kerja berat. Sebab semua aku dah setelkan semalam, so harini rileks sikitlah. TAPI tak tau lah petang karang macamanakan. Jadi tunggu dan lihat je. Dan kerana itulah, muncullah entri yang tak tau apa motif ini. Hehehe.

Harini cuaca macam mendung je dari pagi. Hujan sekejap, pastu berhenti then hujan balik, begitulah sampai sekarang. Sekarang hujan dah berhenti. Kejap lagi hujan balik lah tu. Harap-harap masa aku balik nanti, tak hujan. 


Tak gemar aku balik and datang kerja, hari hujan. Jalan basah dan bahaya okay! Hmm..

Bilalah cuaca panas ni nak hilang? Aku dah tak sanggup nak tidur lewat sebab panas ni. Tapi aku gagahlah jugak tidur. Gilaaa apa nak overnight? Masa belajar bolehlah overnight sampai pagi pastu siap-siap pergi kelas, balik kelas tidur. Sekarang dah bekerjaya, kang asyiklah menguap dari pagi sampai balik, nanti diri sendiri yang stress! Hahaha so tidur awal it's better ye kawan-kawan.

sebelum kita mengakhiri entri ini, marilah ... 


hehehhee

March 21, 2016

Descendants Of The Sun

Assalamualaikum.

Sebelum aku turun check apa yang patut, meh aku nak bagitau yang aku dah terjebak dengan Descendants Of The Sun ! Grrrr ni semua kak Sally punya pasal. Asyik update pasal DOTS ni en, haaa sekali tertengok kat KBSW semalam, terus terjebak sampai malam. Ishhh ni yang tak suka ni.

Secara jujurnya aku tak minat Song Joongki ni okay. Since dia dalam Runningman lagi tapi entah tak tau lah, lepas tengok dia dalam cerita ni, okay i is tergoda terus! Sesambil tengok, sesambil whatsapp Kak Sally!

 

Dimulakan dengan scene ni dan aku terus wow! Cair sekejap. Kahkahkahh yes! poyo is my middle name ^^


Okaylah, ni fav scene. Bila Joongki jalan ni, hmm dengan army suit, hmmm.. Serious weh, lain gilaaaaaaaaaaaaaaaaaa dengan Joongki dalam Runningman. hahaha well obviously lah kan. 


Kalau ikutkan dekat KBS, minggu ni ep7 lah kan? Haaaa tak sabar. Sebab aku tak tengok online dah. Sebab sebab, aku malas. Wahh malas sangat. Kita tengok kat KBS cukup. Agak-agak tak puas hati, baru download, deal? hehe.

Mudah-mudahan aku tengok drama ni sampai ke penghujung dan takda skip episode macam semalam. Hahaha!



p/s: bayangkan Yong dengan Jungshin keluar dari Army. Mesti lagi hmm .. heheh

March 10, 2016

Short post

Assalamualakum.

9:30pm, gigih sangatlah nak update bagai kan? Okayla sesambil siapkan artwork ni. Berapa kali nak tukar pun aku tak sure tapi buat jugak lah walaupun aku memang dah ketandusan idea sangat-sangat. 

Bak kata Wawa, cuba je ubah sana sini, mesti idea datang. Well, it's works guys! Serious! So aku dari semalam aku main sepah-sepah kat AI. Haaaa jadilah dari takda langsung. So tunggulah esok, dengar esok bos nak check lagi. Haaa aku tak sanggup nak buat lagi. Hahahaha macam letih kena fikir. Kekekke redha ^^

Anw, ni post pertama aku untuk March. So apa akan terjadi bulan ni? Hmmm...

Ramai kawan sekolah aku dah tukar status. Happy for them. Kepada mereka yang menghantar undangan, maaflah, Faizahazmi sangat sibuk like sangat sangat sangat super sibuk. Sorry :(

Apa lagi aku nak taip ni?

Everybody birthday is coming! 

Dah nak sambung buat kerja. Byebye ^^