June 29, 2014

Salam Ramadhan 2014

 

Assalamualaikum.

Hari pertama kita berpuasa, so far macamana? Okay ke KO? heheh harap-harap semangatlah sampai petang ye. Jangan malukan diri sendiri dekat adik-adik kita yang kecik tu. Malu woii. Bertahan sikit. Hehe

So amatlah jarang aku update on weekends, kan? Sebab harini hari special (ramadhan) jadi aku up entri harini. 

Korang mesti tengah fikir apa menu untuk berbuka nanti kan? Amboii kemain sangat ni. Pagi lagi kot. Chill dulu. Buat-buat kemas rumah ke apa ke. Aku petang nanti insyaallah ada kelas. Lama dah tak pergi kelas. Harap-harap ingat lagilah apa yang diajar. Sebab aku ni kalau dah lama tinggalkan sesuatu, memang hampeh nak ingat. Hehe. 

Anw, Selamat Berpuasa korang!

Tuan Belog,
Faizahazmi.

June 27, 2014

Menu pilihan sepanjang zaman

Assalamualaikum.

Hi korang! Terkejut tak nampak aku lagi harini? Ya ya, aku pun terkejut. Hahaha! Sesambil aku perah otak aku dengan artwork yang baru dapat ni, aku nak update kejap apa-apa yang patut. Sebab aku tak faham langsung apa yang nak kena buat dengan artwork ni. Tak pernah aku buat lebar tapak. Tetiba kena buat. Orang yang bagi aku artwork ni pun macam nak tak nak je explain. Ada aku mengamuk ni kan. Ishhh.
Pagi-pagi dah membebel pejah ni. Ok, rilek. chill.


Haa nampak temptingkan? Heheh I know!!! Selain daripada popia (gambar bakal menyusul dibawah), cucur atau cekodok jagung adalah favourite. Oh tak lupa, cekodok pisang jugak. Memang kalau busu ada jual dekat kantin, even aku dah kenyang pun, aku akan beli untuk makan sama ada dekat office atau on the way pergi office. Popia tu dah dua kali aku makan masa aku nak on the way balik Kajang. Tu kecut je, sebab popia tu dah serap sos tu. Sedap weh.



Amacam, nampak tempting lagi kan? Ni dah kecut dah. Tapi still sedap dimakan. Haaaa minggu ni, busu buat semua ni. Popia, cucur jagung dengan cekodok pisang. Memang vavavoooom lah cerita dia. Hoii saliva kemain bergolak dalam mulut ni. Hahaha.

Anw, Selamat Pagi korang!

June 26, 2014

Klinik Pergigian Noris, servis vavavooom!

Assalamualaikum.

Firstly, aku nak cakap yang aku sayang adik-adik aku. Hafiz, Zikri dan Faiz Aziz. Kalau salah sorang takda, aku okay lagi tapi kalau semua takda, aku boleh mereng kejap. Cari altenatif lain untuk berhubung. Mungkin dengan Zikri susah sikit sebab dia dekat asrama kan. Tapi dengan Hafiz, hari-hari aku whatsapp walaupun duduk serumah. Faiz? Lagilah. Dari pagi aku dengan dia. Harini dia sweet sebab salam aku. Heheh. 

Pergh mukadimah je dah berapa baris. Biasalah, karangan memang kena ada pendahuluan. Baru karangan A. Hahah A sangat. Puii :p Okay, aku nak mulakan cerita malam tadi tapi aku takda point lagi. Jap bagi aku seminit dua ye :D Penat ni fikir tapi takda jugak ayat nak taip ni.

Okay, aku try taip jugaklah. Malam tadi, pergi klinik gigi Maklong dekat BTS. Achik sakit gigi sampai dia demam, tak boleh buat kerja. So malam tadi pergi, appointment dia pukul 8.30pm, okay tepat-tepat sampai, terus register semua. Apa kau ingat klinik makcik kau, kau boleh terus redah? Jadi tunggulah turn Achik ...


Bila dah masuk, perkara pertama haruslah check dan bagi bius, betul tak? So muka happy, tenang lagi masa ni. Hahaha. Biasalah sape tak takut nak cabut gigi kan? Cabut gigi ni aku rasa adalah masa yang paling menakutkan dan menggerunkan. Aku pun tak tau kenapa ada perasaan macam tu tapi ia TETAP MENGGERUNKAN! Jadi jagalah gigi anda dari kecil. Hiihihihi :D

  

Tadi muka senyum baik punya kan? Haaaa kau tengok tangan dia. Genggam sikit punya kuat. Hahaha. Jangan ingat lelaki sentiasa cool dan tenang dan berani ye. Hahah. Kesian jugaklah kat Achik masa ni. Sebab lama dia ternganga sebab payah sangat nak cabut gigi dia. Maklong dengan nurse kat situ dah cakap "rileks rileks, jangan keraskan badan" tapi Achik? Dia dah rileks kat tangan, dia keras kat mulut dia pulak. Macam menahan dari gigi tu keluarlah. Tu yang lamaaaaaaaaaaaaaa gila aku dalam tu. 

 
Maklong melayan adik. Adik kata nak teman Achik. Hahah kelakar lah adik ni. Geram!!

Sampai satu tahap, aku dengan Adik dekat toilet, then baba kata Achik panggil. Aku ingat apalah kan, rupanya dia nak pegang tangan aku. Hahah part tu memang kelakar dan aku rasa macam sweet sebab aku rasa macam ada tanggungjawab dekat situ, iaitu untuk tenangkan adik aku. Hahah Achik Achik -.-'

 
Ni adik dah bosanlah ni tunggu Achik, lama naaaaaaaa!!

Korang tengok video bawah ni dulu. Ni masa mula-mula kalau tak silap aku. Adik boleh gelak-gelak lagi sebab kelakar. Hahah. 


Dan setelah hampir dua jam dekat klinik tu, akhirnya Achik selamat dibedah. Memang payah nak cabut akar dia sebab dia tetaplah keraskan mulut dia, so payahlah sikit. Maklong siap cakap "tak pernah jumpa orang macam ni" Hahah nampak sangat kau dasyat Chik =_______________=''

So kepada korang yang mencari klinik gigi yang doktor nya tenang dan baik dan softspoken (ada jugak yang garang gila okay), korang boleh try pergi sini. Aku bukan nak promote okay tapi hakikat kot. Rawatan yang diberikan tiptop vavavoooom weh!

Apa yang disediakan? Hoii macam-macam servis yang vavavooom dia sediakan.

Kalau korang sibuk on weekdays, takpe, boleh call buat temujanji.
Don't worry :)

Jadi, jagalah gigi anda ye ^^

June 18, 2014

Menu birthday

Assalamualaikum.

Otak aku tengah loading jap. Kejap eh.

* * * * * * * * * *  10 minit berlalu * * * * * * * * * *

Dah 10 minit berlalu pun, aku masih di takuk yang sama. Haha. Takda idea tapi nak menaip jugak. Gigih ni sambil taip sambil fikir apa nak borak. Oh yaaaa! Jumaat lepas, yakni 13 Jun, aku dapat surprise celebration dari family aku. Terkejut jugaklah sebab tak sangka. Haha dah tua kan, so ingat takda dah.

Paling aku surprised adalah menu ma masak malam tu. Bihun Goreng yawww!! Kenapa aku terkejut sangat? Sebab pagi tu, aku baru update dekat blog, dengan harapan Sabtu ma masak bihun goreng as breakfast tapi ma macam tau-tau je aku teringin. Aww thank you ma!

Lepas tu, masa tengah tolong Busu dengan KakNa buat karipap, tiba-tiba Ma panggil suruh potong ehemms my fav cake! Gilaaaa tak terkejut?!! Aku terus buat muka terkejut :O Biasalah hidup iolls kan suka berdrama. Hahaha! Memang bestlah.

Dan hadiah birthday tahun ni adalah paling TERBAIK dan paling GEMPAK vavavoooom untuk aku. Apa dia? Hmm biarlah ia jadi rahsia aku, family dan bestfriends. Aku siap berdrama masa tu. Air mata gugur doh! Gilaaa drama betul =.='

Sabtu malam tu celebrate birthday Opah dekat PortKlang. Will update about it soon. Sebab aku malas nak edit gambar semua. Hehe. Aku up gambar menu je, boleh tak untuk harini? Bolehlah eh? Hehe.


Tadaaaaaaa. Menyelerakan, kan? Haaaa lapar!! Ada lagi yang tak sempat nak amik gambarnya, dah selamat mendarat dalam perut. Macam ayam lemon, fav seisi keluarga, nasi goreng, ketiaw goreng, mee goreng kot. Semua habis. Alhamdulillah.

Aku tengah menggila lagu ni. Okay, lagu lama ni. Dalam album Bluelove - CNBLUE kalau tak silaplah. Ada part rap tapi tak laju sampai berbelit lidah. Hehe. SO enjoyssss :)
 
Love Light - CNBLUE





June 13, 2014

23 tahun.

Assalamualaikum.

Benda yang paling aku tak suka, bila dah taip punyalah panjang lepastu hilang secara tiba-tiba. Ya, dan ia baru je berlaku dekat aku. Semalam aku dah karang sikit punya panjang, lepas tu, apa entah aku tekan, terus hilang semua. Cerita semalam tak sama dengan cerita harini T___T

Anw, semalam 12 Jun, genaplah aku 23 tahun. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati udara yang separuh segar ni (banyak sangat asap jerebu lah bagai) dan berada disamping keluarga dan kawan-kawan tercinta Syukur alhamdulillah.

Umur dah 23 ni, aku takda expect banyak sangat pun macam orang celebrate birthday ke apa ke atau wish ke sebab aku punya excited untuk birthday tu memang takdalah untuk tahun ni. Tak macam tahun-tahun lepas, aku siap countdown bagai. So tahun ni, kita slow je, hadapi umur 23 tahun dengan tenang dan dewasa sikit. Heheh ayat. Gelabah gila -.-'

Yang tolong countdown untuk aku, rasanya Pina je kot? Haha! Mungkin sebab dia nak countdown Taylor Swift punya konsert, so dia countdownkan untuk aku sekali. Happy gila Pinot dapat pergi konsert tu. Bertahun dia tunggu TS datang. Suka lettewww :p

Jadi dikesempatan ini, saya, Noor Faizah Azmi, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan birthday semalam (sampai pagi ni dapat wish lagi), mendoakan kesejahteraan, dan semuanya. Terima kasih. Terima kasih Hale, Zera dan my lil gedik brothaa, Adik, sebab nyanyi lagu birthday semalam. Terharu gilaaaaa ♥ 

Tak akan lupa, terima kasih Ibu sebab melahirkan kakak sampai kakak dah besar dan tinggi. Hehe. Walaupun Ibu takda lagi bagi ucapan sejak kakak umur 15 tahun, kakak tahu, Ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk the one and only daughter that you have. Don't you? Love you Ibu! ♥♥

Tak akan lupa kepada Encik Azmi, my beloved Baba yang muka garang tapi hati baik dan kelakar dalam diam, terima kasih Baba sebab melayan kerenah anak Baba sorang ni. Sayang Baba ♥♥

And and and to Ma, my brilliant mom and a great teacher to her students, terima kasih kerana sudi menjaga kakak. Terima kasih kerana sudi melayan kerenah, perangai gedik, kuat makan, suara kuat, gelak macam onggila kakak. Heheh. Kakak sayang Ma ♥♥ Ma, esok masak bihun goreng boleh? Hehhee

 

Doa dan azam sempena 23 tahun ni biar aku sendiri jelah tau. Sebab aku dah tua kan. So kalau taip sini macam rasa budak-budak sangat. Hahah padahal takda idea nak tulis dah. Paling command pun, aku akan taip Semoga panjang umur, Murah rezeki. Haha klise sangat ayat tu. Dari zaman dah tau menulis sampai sekarang asyiklah ayat sama. Boringgg! So biar aku simpan sendiri je. Birthday aku, doa aku, azam aku, so sukati akulah. Hahaha.

♥♥ Thanks korang ♥♥

p/s: Al-fatihah.

June 10, 2014

KakIna reception at Bukit Antarabangsa

Assalamualaikum.

Disebabkan aku masih belum dapat gambar dari Busu, moh ler kita update tentang kejadian yang berlaku sebelum birthday Adeeb. Kira aku up cerita malam, dan baru nak up cerita siangnya en? Haish lah pejahh =.='

Janji aku up. Sebab aku kesian dekat blog aku. Sejak-sejak ni, dia dianaktirikan oleh aku. Hahah bertabahlah blogku yang dah bertahun, masih bernyawa ni. 

Jadi, tengahari tu, bergeraklah weolls ke Bukit Antarabangsa. First time aku lalu kawasan tu. Aku juga adalah berharap kot-kot dapatlah tengok rumah Dato Siti ke apa en. Tapi memang taklaa. Rumah dia kat belah mana pun, aku tak tau. Ingat aku Parez Hilton ke? Hiks!

 

Achik, macam biasa, dia tak ikut. Kerja. Dan sebab cuti sekolah, Zikri pun ada jugak. Nak groupfie jugaklah kan tapi takda monopod. Okay, mari suruh baba yang pegangkan phone. Tapi kena siapkan timerlah. Baru jadi. Lawa jugak front camera ni. I is SUKA

Shawl aku pakai tu, dari bos dept aku. Tapi paling aku angin, ada tulisan pen kat shawl tu. Haa aku baru perasan masa nak pakai. Dah alang-alang tu, aku pakai jugaklah. Sebab aku dah malas nak bentang iron board tu. I is MALAS okay!
 

Without Achik. Just three of us. Walaupun aku ni garang dengan adik-adik (garang ke?) tapi aku sayang gila dekat adik-adik aku. Siapa tak sayang adik beradik sendiri en? Walaupun adik tu tak berhenti membebel tapi dia lah yang memeriahkan suasana kat rumah mahupun dalam kereta. Kalau diam, maksudnya adik demam atau tidur. Hahaha!

Zikri? Dia pendiam tapi aku tak rasa dia pendiam pun. Haha! Sebab dia ada je cakap dengan aku walaupun jarang jumpa. Yelah, dia kan duduk asrama. Jumpa pun weekends je. Achik? Hmm lagilah. 21 tahun aku hidup dengan dia. Stress aku dengan dia. Haha tapi dorang semua sayang aku. Korang sayang kakak en?! Okay nanti kakak belanja Snogurt ok? Lama tak bonding time sesama ...
 

Itulah pengantinnyaaa!!!
Kak Ina. Kawan ma. Merangkap cikgu sekolah ma dulu.
Sekarang tak surelah masih cikgu sekolah ma atau dah bertukar.
Rasa macam dah bertukar. 

Selamat Pengantin Baru KakIna and hubs!

June 9, 2014

Adeeb's Birthday Celebrations


Setelah dijanjikan, akhirnya aku ada masa untuk up entri birthday Adeeb. Walaupun tak semua gambar ada (ada lagi dekat busu), tapi aku up jugaklah. Mostly gambar yang aku up ni, semuanya selfie atau groupfie. Sukahati aku je buat nama groupfie. Tak kisahlah.

Gambar yang bukan selfie / groupfie ni akan menyusul dientri yang lain, itupun kalau aku rajin dan tak sibuk ye. 

Majlis start lepas Maghrib. Ramailah yang datang. Orang kampung jelah yang ramai. Tapi makanan tetap habis uolls. Ada bbq semua. Aku je dah ngadap kambing tu dah dua round. Sedap tau. Ya Allah, my saliva -.-' Hahaha buruk perangai.

Korang tengok gambar jelah eh. Sesambil tu, aku celah lah mana yang patut :)
** korang boleh abaikan muka aku, sebab aku dah malas nak senyum ** hahah

Iolls : Firdaus : Kak Atin
 
Baba!

Aliff

Gambar ni baru ada KakNana. Nak tangkap berdua, sekali semua serbu. 
Happy Birthday Kakna!





 


Kak Atin with birthday boy.


Aku mampu untuk bergambar dekat banner je. Meriah gilaa banner tu.
Dan cantik dan express! Dan aku gemuk. Okbai.


Kak Fifi.

Mommy!

Daniel : Meeeeee : Busu (Birthday girl + Birthday boy's mom) : Kak Atin

Meeee : Paksu : Ain : Birthday girl / boy (Adeeb / Busu) : CikYah

And, last but not least, my liltle brother yang tengah sakan main basikal baru dia tu !

Okay, gambar Zikri nampaknya takda. Kenapa? Sebab dia duk lepak dengan geng-geng sekolah dia, which is cousins jugak. Depa semua sekolah sama. So bila dah balik kampung, still lepak sesama jugak.

Anw Happy Belated Birthday Busu and Adeeb !


p/s: Busu dengan Adeeb share birthday yang sama. 31 Mei 2014 :)