January 29, 2013

The Azmi's

I love them

Us ♥
Faizahazmi : Hafiz Azmi : Faizikri Azmi : Faiz Aziz Azmi

Zikri's Stuff

 Away for study.

Us
Pantai Remis.
Having early dinner with family ♥ 
 


#Portrait  #Caricatures  #Siblings 
#Love  #TheAzmi's

Basically, I really love them. 

Walaupun Zikri terpaksa berjauhan disebabkan kini dia tinggal di asrama, tetapi sentiasa berdoa dia dapat menyesuaikan diri dengan tempat baru memandangkan dia berpisah dengan keluarga pada umur yang sangat muda.
Semoga Zikri dapat belajar dengan bersungguh-sungguh dan want you to know that we always loves you, brother :) Take care! *hugs*

January 24, 2013

Fadhilat Selawat Ke Atas Nabi Muhammad saw

Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bermaksud :-
" Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat""


Jika selawat dari Allah swt ertinya rahmat dan jika ia daripada Malaikat dan selainnya,ia bererti doa.Allah Ta’ala berfirman :

Ertinya : “Wahai mereka yang beriman,berselawatlah kamu ke atasnya dan berilah salam sepenuhnya ke atasnya”.

[QS Al-Ahzab : 56]


Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali,nescaya Allah berselawat sepuluh kali (iaitu Allah memberi rahmat ke atasnya sepuluh rahmat)”.


Sesetengah sahabat bertanya kpd Rasulullah saw:

 “Adakah yang demikian itu dengan kehadiran  hati?” Baginda saw menjawab dengan sabdanya : “Tidak. Tetapi orang yang berselawat dengan hati yang lalai pun diberikan rahmat oleh Allah seumpama bukit besarnya dan para Malaikat memohon doa agar diampunkannya. Apabila disebutkan selawat itu dengan kehadiran hati, maka tidak diketahui betapa besar kadar kurniaan rahmat ke atasnya melainkan Allah swt sahaja yang mengetahuinya” .

Ketahuilah bahawa segala zikir tidak diberi pahala dan tidak diterima melainkan dengan disertai dengan kehadiran hati kecuali membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi saw yang mana kedua-duanya diterima dan diberi pahala tanpa kehadiran hati.


Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang berselawat ke atasku seribu (1000) kali, nescaya ia tidak mati sehinggalah dibawakan berita gembira mengenai Syurga untuknya”.


Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali nescaya Allah Ta’ala berselawat ke atasnya 10 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 10 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 100 kali.Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 1000 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 1000 kali, nescaya ia tidak disentuh api Neraka”.


Nabi saw bersabda : “Barangsiapa lalaikan dirinya dari berselawat ke atasku, maka sesungguhnya ia tersalah jalan ke Syurga”.


Sabda Nabi saw : “Sesungguhnya manusia yang paling utama bersama-samaku pada hari Kiamat (iaitu yang paling hampir kepadaku dan yang lebih berhak dengan syafaatku pada hari Kiamat) ialah yang paling banyak berselawat ke atasku di dunia di kalangan mereka”.


Sabda Nabi saw : “Selawat kamu ke atasku akan menghapuskan dan menghilangkan dosa -dosa kamu seperti air menghapuskan api".

Sabda Nabi saw :   “Tiada satu doa seseorang itu melainkan antaranya dan langit terdapat
hijab sebagai  pendinding sehinggalah ia berselawat ke atasku. Apabila ia telah berselawat,
maka terkoyaklah hijab itu dan doa itu pun diangkatkan ke langit iaitudiperkenankan” .



Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali dlm satu hari,maka Allah tunaikan 100 hajatnya. 70 hajat untuk akhiratnya dan 30 hajat untuk dunianya”.

Nabi Muhammad saw bersabda : “Jibril telah datang kepadaku dengan berkata :
“Wahai Rasulullah, tiada siapa yang berselawat ke atasmu melainkan 70 ribu Malaikat
berselawat ke atasnya”



Sabda Baginda saw : “Malaikat yang berjalan di muka bumi menyampaikan salam daripada umatku”.

Salam Maulidur Rasul 1434H.

January 22, 2013

Berdua.

Assalamualaikum.

Since tak ada kerja and baru terasa macam dah lama sangat tak update blog, maka dengan itu, ai akan updatelah sikit walaupun niat di hati untuk tengok-tengok saja :)

Takdalah sibuk sangat macam artis mahupun pegawai atasan tapi ya, ai buat-buat sibuk je uolls. Lagi pun takda idea untuk update apa. Nak kata kerja banyak, ya memang banyak jugaklah tapi dah 3 hari takda keje berat. Balik-balik mengadap pc je. So terasa bosan dah ni. Kalau ni ofis family, dah balik dah and datang masa ada kerja je :D

Hafiz dah masuk kolej balik. Zikri mungkin akan tinggal dekat asrama. Akhirnya tinggal ai dengan Adik je :(


Ai dengan adik masa melawat kawan Ma dekat Hospital Serdang.

January 9, 2013

Chipsmoreee


Beginilah kalau pernah jadi budak art. Kerja asyik makan je. Sambil buat kerja / Tweet / Blogging / dan sewaktu dengannya, semuanya harus ada makanan.
*Sigh*

Okay chipsmore hampir ke penghabisan walaupun baru lunch hour tadi pergi beli kat kedai -.-' Nampak tak betapa rakus dan dasyat nye aku perabiskan biskut ni? Gamaknya esok kena beli lagi lah ni? 

Okay nak sambung kira M³. 
Bye *lambai tangan lajulaju*

January 8, 2013

Happy Birthday Adik


Macam sekejap je masa berlalu. Rasa macam semalam adik dilahirkan. Harini adik dah sekolah. Pheww *lap peluh* Dia excited gila nak pergi sekolah. Bayangkan dia kena bangun 6 pagi untuk ke sekolah. Dia jiwa kental tapi gedik sikit. HAHAH! 

Kalau bergaduh dengan dia, dia punya kekuatan adalah 'Cakaran Maut'. Seriously cakaran dia ni boleh meninggalkan kesan yang mendalam kepada orang yang kena. HAHAH! orang yang selalu kena, haruslah Zikri. Sebab dua orang ni selalu bersama.

Dulu *tahun lepas pun* ajak dia makan Snogurt. Sekarang dah pandai mintak 'kakak, nak senogurt' *bahasa budak-budak* pheww~ Kalau pergi mana-mana yang ada Snogurt tu, haruslah singgah untuk beli. Nak kemain, tapi bila dah beli, makan sikit je -.-'

Fav cerita dia selama umur dia ni adalah 'Geng Pengembaraan UpinIpin'. Seriously dengan umur dia sekarang, dia dah boleh hafal setiap dialog dalam cerita tu! Tak tipu. Sekarang dia dah pandai tengok Power Rangers dengan Pada Zaman Dahulu (PZD). Then ada la few lagi cerita dekat Astro Ceria tu.

Dia pun dah pandai ajak BaMa pegi Jusco, Tesco, Carefour. Dah terbiasa on weekends, mesti berjalan. Kalau BaMa tak keluar, dia mesti cakap 'jomlah keluar pegi jalan-jalan' How cute it is :O 


So yes, harini 8 Januari 2013, genaplah umur Muhammad Faiz Aziz Azmi, 4 tahun. Alhamdulillah adik membesar dengan aktif sekali. Semoga adik jadi anak dan adik yang soleh, baik dan sentiasa dirahmati olehNYA. Insyaallah. Happy Birthday Bro!

Yang mana dapat jemputan saya untuk Ahad ini, datang ye. Lupa alamat, call/ sms/ bbm/ whatsapp/ tweet/ fb/ skype ye :)
 
Gelagat adik masa 2011. Klik sini