Assalamualaikum.
Lama rasanya tak update apa-apa dekat
blog. Sangat sibuk few days ni. Dengan container, dengan artwork yang
makin lama makin banyak walhal hari-hari fikir 'yes 1 je lagi'
padahal, yang lain dekat meja manager *sigh* tapi nak buat
macamana kerja haruslah sabar. Hewhewhew
Makanya harini Isnin bersamaan dengan 6
Zulhijah atau tarikh moden 22 Oktober, aku ingat nak update pasal
Hantu Kapchai tapi takpelah, takda benda yang best pun.
Hari-hari buat benda yang sama. Minggu
lepas dekat office ada interviewed. Semua staff WAJIB kena interview
tu. Iollss ni nervous sampai sakit perut jugaklah. Hahaha! Yelah,
manalah tau dia tanya apa-apa yang iolls tak boleh jawab ke? Kan dah
payah.
Bila masuk bilik tu, dan mulakan
perbualan, well interviewed tu takdalah teruk mana pun. Cuma dorang
tanya perkembangan kerja. Bigbos dah hired dorang so dorang kenalah
interviewed kiteorang. Tak best pun :)
Post aku yang ranting paling tinggi
sekarang ialah review pasal tele
Aku, Dia & Tong Sampah tu.
Dasyat jugak sebenarnya penangan cerita ni. Rasanya dah sebulan cerita ni ditayangkan tapi kalau tengok dekat Twitter, ada je orang update pasal tele ni.
sebelum tu, Happy Birthday to
exschoolmate, Zaid Yazid (22Oct) dan Happy Belated Birthday to exschoolmate
Sabrina Hamed (21Oct). Semoga kalian berdua dipanjangkan umur, dirahmati
olehNYA dan sentiasa bahagia dengan apa yang sedang kalian lakukan.
Insyaallah :)
Baik aku tamatkan je sesi merepek untuk
entri ni sebab aku dah rasa bosan. Huahuahua! Takda idea tapi nak
update jugak gara-gara dah seminggu lebih aku tak ngedate eh update
:D
Eh guess what, filem
Istambul Aku Datang just around the corner. Harap ada masa untuk tengok cerita ni.
So korang dah tau kenapa aku nak tengok filem ni kan?
^___^ '
Oh ya, agak-agak korang takda masa nak duduk lama depan pc tapi nak jugak baca perkembangan gadis yang bajet glamer ni tanpa sebarang gangguan, korang boleh folow blog aku dengan klik
sini . Terima kasih ya kerana sudi folow ♥