August 30, 2012

BMW X6 untuk korang!

Ba, dulu kan akak minat Swift.
Sekarang?
Minat lagilah tapi akak dah minat yang lain jugak.
Apa?
BMW X6
BMW? BMX boleh ah beli.
Ha? okay ba !@#$%^&*

So korang dah boleh agak tak apa yang aku cuba sampaikan kat sini? Alaa kalau tak sampai, korang buat-buatlah sampai eh :) Sebab aku tak ada idea nak bagi klu macamana dekat korang semua. Yang ada, cuma gambar yang bakal aku bagi korang tatap sampai rasa macam nak menyumpah aku. Hahaha trust me people!

Mukadimah je dah panjang berjela. Sebenarnya aku cuma nak bagitau pasal minat. Yes MINAT. Masa umur aku dalam belas-belas macam tu (sekolah menengah), aku memang minat gila dengan Swift. Lagi-lagi kalau warna hitam atau merah metalic, nampak macam EXCLUSIVE okay.

Bila nampak dengan highway atau kawasan rumah, aku macam

eh SWIFT !

Jerit tak adalah sampai tuan kereta dengar. Malulah mak! Hehee :D

tapi bila dah jadi orang bekerja (ha aku tau aku poyo) minat pun dah lain. Dah upgrade sikit. Kalau dulu kecik, sekarang nak besar. Dulu Swift, sekarang BMW X6. Aah betullah apa korang baca tu, ku minat BMW X6. Taste gila orang kaya -.-' hahhaha. Ala nama pun minat, kalau TERbeli, rezeki la tu :)

RM 698,800.00


Yes, ku minat BMW X6 ni sejak awal tahun ni. Mungkin sebab hari-hari jumpa kereta mewah ni, tu pasal minat kot? Tapi warna masih sama, tetap minat warna-warna mewah dan EXCLUSIVE macam hitam, maroon, merah.

Ha korang minat kereta apa? Cuba share :)

August 29, 2012

Terima Kasih.

Assalamualaikum.

Hanya entri pendek. Khas buat semua yang baca blog Faizahazmi yang buruk ni.

Entri paling disukai ramai ialah entri Hati Kena Tabah. Rasa terharu bila ada orang yang baca walaupun takda sapa-sapa yang komen :) 

Thanks korang

Oh lupa. Tunggu entri bergambar 1st day raya okay :) Bakal menyusul mungkin malam ni, esok atau minggu depan. Selalu-selalulah jenguk blog saya. Nanti kita belanja aiskrim Malaysia ye. hehee.

August 27, 2012

Suara dia yang MERDU :)

Assalamualaikum.
 
Sabtu lepas keluarga Baba ada buat Majlis Perjumpaan Keluarga dekat kampung ni (serius terlupa nama kampung). Memang ramai rupanya saudara Baba yang secara jujurnya tak ada yang aku kenal pun masa dekat situ. Aku tau aku teruk -.-'

Masa kiteorang sampai (my family), ada kakak abang ni tengah karaoke lagu Ombak Rindu. Suara dorang sangat MERDU uolls. Rasa macam nak cabut wayar mic tu. hahaha! Kejam en? Tapi jika kakak abang tu tak nyanyi lagi sedap :) dah lah bingit, sebab sound tak best. 

Tak amik gambar makanan (tolong buat muka terkejut) sebab camera tak boleh nak on. Tak silap ada soto, mee kari, laksa, nasi impit kuah kacang, rendang etc (banyak sangat). Ada teka kuaci. Tapi tak tau la memang apa akak tu, yang confirm, akak tu tak menang rumah mahupun kereta :D 


Masa nak amik makanan, tiba-tiba ada seseorang menepuk bahu I yang tinggi ni (tinggi ke?) Laa Qila rupenya. Boleh terjumpa Aqilah pulekk :) ohh miss you my dear friend. Last jumpa Qila tak silap masa grad haritu, 3 bulan yang lepas. Qila masih sama. Harap kita akan berkawan sampai bila-bila ye. Insyaallah.

August 24, 2012

Hati kena tabah :')

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum semuanya. Harap semua sihat hendaknya, Insyaallah :) 

Alhamdulillah sudah 6 hari kita menyambut hari lebaran. Ada yang masih mood cuti, dan ada yang kena kerja (ha aku la tu) ok itu memang tak best. Bila bangun je, mesti cakap 'haishh malasnye nak pegi keja' (serious aku cakap benda ni dah 2 hari dari semalam)

Nak cerita sikit sebab gambar pun ada sikit je. hehe. Nak cerita banyak, tunggu gambar dalam camera Ma ah :)

Sehari sebelum raya dah balik rumah Opah (well actually hari-hari aku balik kampung), lepas berbuka, magrib semua, bermulalah acara kanak-kanak iaitu main mercun, bunga api semua. Aku memang tak mainlah benda alah ni semua since dah besar ni. 

tua, muda semua nak main mercun/ bunga api :D
Bunga api ada yang boleh main dan ada yang dah masuk angin tapi gatal nak main jugak. So KakNana main lah yang masuk angin punya. ha korang jangan ingat mercun lebah je terbang tau. Bunga api pun boleh okay! Mula-mula semua tak percaya yang bunga api tu sendiri tapi bila dorang tengok sendiri, semua kelam kabut lari! Yang jadi mangsa adalah baju maroon aku. Pedih jugaklah tangan ni, sebab macam melecet bila kena api bunga api tu.


lepas kena bunga api, terus suruh Achik amik gambar
Paling besar -.-'
tangkap ni keesokkan harinya. kesian baju saya :(


ye tau, aku OVER kan :D
hahaha!
Siblings
Maaflah tak ada gambar untuk 1st day raya memandangkan semua gambar dalam camera baru Ma. heeee jeles! yang ada ni pun gambar dalam phone gua. Masih mood bajet instagram. hahaha!

August 19, 2012

Jemputlah datang ♥

credit for background/ Muslimah's : Google.com
Jemputlah datang rumah :)
Nanti update dengan uolls raya tahun ini.
Have fun People.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk semua

August 10, 2012

Instagram

Nak menunjuk cermin mata baru je :)

Bajet Instagram sangat :p hahaha

Love this ones

The real of Faizahazmi ☺

Nak tunjuk cermin mata baru je :) 

Oh maaf sebab buat uolls muntah berdarah. KAHKAHKAH :D

kbai.