Friday, August 24, 2012

Hati kena tabah :')

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum semuanya. Harap semua sihat hendaknya, Insyaallah :) 

Alhamdulillah sudah 6 hari kita menyambut hari lebaran. Ada yang masih mood cuti, dan ada yang kena kerja (ha aku la tu) ok itu memang tak best. Bila bangun je, mesti cakap 'haishh malasnye nak pegi keja' (serious aku cakap benda ni dah 2 hari dari semalam)

Nak cerita sikit sebab gambar pun ada sikit je. hehe. Nak cerita banyak, tunggu gambar dalam camera Ma ah :)

Sehari sebelum raya dah balik rumah Opah (well actually hari-hari aku balik kampung), lepas berbuka, magrib semua, bermulalah acara kanak-kanak iaitu main mercun, bunga api semua. Aku memang tak mainlah benda alah ni semua since dah besar ni. 

tua, muda semua nak main mercun/ bunga api :D
Bunga api ada yang boleh main dan ada yang dah masuk angin tapi gatal nak main jugak. So KakNana main lah yang masuk angin punya. ha korang jangan ingat mercun lebah je terbang tau. Bunga api pun boleh okay! Mula-mula semua tak percaya yang bunga api tu sendiri tapi bila dorang tengok sendiri, semua kelam kabut lari! Yang jadi mangsa adalah baju maroon aku. Pedih jugaklah tangan ni, sebab macam melecet bila kena api bunga api tu.


lepas kena bunga api, terus suruh Achik amik gambar
Paling besar -.-'
tangkap ni keesokkan harinya. kesian baju saya :(


ye tau, aku OVER kan :D
hahaha!
Siblings
Maaflah tak ada gambar untuk 1st day raya memandangkan semua gambar dalam camera baru Ma. heeee jeles! yang ada ni pun gambar dalam phone gua. Masih mood bajet instagram. hahaha!

No comments:

Post a Comment