September 14, 2016

Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman!


Yey! Kak Sally buat giveaway!! I is sukaaaa~~ Hahah. Mau kena lempang ni kalau Kak Sally baca -.-

So, since umur dah menganjak (menginjak? which one better?) 25, mestilah naluri gadis-gadis itu semakin terselah. Kalau dulu asyik borong eyeliner (zaman sekolah), tapi semenjak mata ni macam allergic, kering sangat mata, asal letak eyeliner confirm mengalir air mata sebab gatal. Hahaa. Jadi sekarang kita beralih ke bahagian muka lain yang boleh menampakkan seri dimuka yang comel ini. Hehehe.

My current obsessed lipstick and liptint. HAHAHA! Serious. Dulu nak pakai benda-benda ni setakat dalam bilik je. Sekarang, nak pergi kedai makan pun calit. Apa ada hal? Malu buang jauh-jauh. Hehehe. Dan sekarang my current Etude Liptint semakin kosong isinya. Dan wishlist aku ialah aku mencari mana-mana liptint atau apa sahaja (untuk bibir aku opkos!) yang warna nya tak terlalu merah (pinkish sikit) dan tahan lama. Barulah nampak muka iolls menyerlah dari semua orang. MUAHAHAHA! over -.-''

Eh jom lah join!

September 11, 2016

Aidiladha 16

Assalamualaikum.

Hi.

Mood: Sedang menunggu waktu untuk bersahur bersama keluarga tercintooo sesambil mendownload drama kesukaan yang baru suku siap. Hahaha

Nothing much happen through this weekend. Getting ready for raya and yeah, ready for raya. HAHAHA.

Nampak sangat aku ketandusan idea nak menulis tapi tangan sibuk nak menaip sebab dah berapa hari tak menaip akibat kerja terlalu banyak sampaikan semalam, Sabtu, pun masuk office siapkan peti ais yang kononnya nak hari Sabtu jugak tapi si Anoyying yang blah awal. Takpe, nasib aku dah biasa dengan style dia. Kemungkinan pagi Selasa, sesudah aku melangkah masuk ke office itu, dia akan terjah aku ..

Nor, itu peti ais dah siap ke? dengan muka penuh harapan. Hahaha. Yes, his style -.-'

Mungkin aku cuba untuk siapkan pada hari Ahad yang hening ini sekiranya tidak kemana-mana kerana normally aku memang akan siapkan kat rumah jika artwork itu penting atau kata lainnya, supaya aku tidak diterjah dengan muka penuh harapan takkala melangkah masuk ke dalam office.

Duhh! Ayat aku begitu serius bunyinya. Ke aku sorang yang rasa macam tu? Hmm.. Takpe abaikan benda yang tak perlu difikirkan.

Aku teringin spaghetti. Seriously teringin. Oh dengan brownies ala E's mom buat. Sedap sangat. Tapi terpaling teringin spaghetti lah. Haaa macam bebudak teringin bagai. Lama tak makan kot? 

Selamat berpuasa for those yang berpuasa harini and Selamat Hari Raya Aidiladha peeps!

p/s: semua tanya aku ok ke tak Aliff Aziz kawin? Haha relex weh. ok je, dia fav waktu sekolah je pun -.-'

September 7, 2016

Sebak sangat T_T HAHAHA

Tadi lunch hour, aku tak balik. Stayed office sebab nak siapkan artwork sikit. Heh sampai sekarang artwork tak siap lagi. By petang siap kot insyaallah. Itupun kalau mood aku tak swing sana swing sini lah. Biasalah mood pejah ni normally swing bila petang-petang. Kadang-kadang awal pagi dah swing tapi nasib baik harini mood banyak baik. Terlebih makan cheese barangkali. Kah!

Melalut adalah perkara wajib dekat sini. Jadi jangan pelik ...

Aku makan roti je tadi masa lunch sambil buat artwork, sambil tengok Infinity Challenge. Paling kelakar (for me at least) aku boleh sebak lepas tu menangis. Terjurai air mata aku. HAHAHAHA ni memang sumpah lawak. Aku tak tipu. Tak sempat nak record ke apa. Macam sedih gila. Padahal IC tu kelakar kot. Aku tak faham diri aku atau diri aku tak faham aku atau dua-dua tengah pening kenapa tiba-tiba nak menangis? 

HAHAHAHHA! Aku masih ragu-ragu ni dengan diri sendiri. SERIOUS.
Takpelah, aku redha aku menangis waktu tengok benda kelakar -______-"

Biarlah ia berlalu ...

Assalamualaikum.

Hi!

Pagi ni aku rasa bersemangat betul. HAHAHA. Eh belum pape dah gelak melampau? *usap dagu* Well bangun je pagi, sejuk je rasa. Haaa hujan rupanya. Tapi sikit pun aku tak dengar guruh ke apa ke, which is aku memang tidur lena lah malam tadi. Tapi (lagi sekali) aku tak rasa pun aku tidur lena lately sebab entah, ada je tak kena. Position aku tidur 360° ! Hebat sungguh hebat. Jika ada sukan tidur, mungkin aku akan turut serta. Kah! Merepek apa pagi-pagi -.-'

Breakfast dengan adik-adik, Zikri je takda sebab dia dekat asrama. Goreng cekodok and makan roti sambil minum susu dengan air sejuk. Fuhh perut kembung weh. Kenyang gilaaaaaaaaaa! Semoga Achik dengan Adik dekat rumah bergembiralah. Adik mungkin bergembira. Hahaha.

On the way pergi office singgah 7eleven, biasalah dah cukup bulan untuk topup apa-apa makanan dalam laci dekat meja office ni. So dalam kepala dah decided nak beli asam dengan air je. Sebab rasa dahaga sangat. Mungkin tadi lepas minum susu aku tak minum air sejuk, so rasa dahaga lah kan ..

Tadi fikir dua barang je kan? 2 BARANG. 2 BARANG. 2 BARANG .. !!



5 BARANG yang aku borong!!! Kau tengok kau tengok!! Memang aku tak bolehlah. Selalu macam ni, fikir lain, tapi beli lain. Semua nak dibelinya. Inilah salah satu penyebab kenapa duit aku berlalu pergi tanpa meninggalkan jejak. HAHAHAHA! 



my style of drink. Suka 

September 6, 2016

Pulangkan angin (mood) ku ~~

Assalamualaikum.

Hi korang!
 


Basically aku tengah takda mood nak buat kerja selepas berhempas pulas buat artwork dan tracing pagi tadi. Penat tak terkata. Kah! Poyo sangat pabila pejah berbicara. Kata-kata yang kononnya nak bunyi macam best tapi takdalah best mana pun. Biasalah pejah kan .. pejah weh pejah. luls!
 
Nak taip apa pun aku takda idea. Padahal selalunya kalau aku ketandusan idea atau mood, aku akan sign in sini dan wahh macam berebut-rebut perkataan nak keluar dari otak aku. Kalau tak, semua diam membisu je sambil main guli. Haaa patutlah kepala aku pusing je. Hahah aku cuba melawak tapi nampaknya tak menjadi. NEXT!
 
Tengah main-main kat google ni. Amik mood lagi.
 
Awal betul mood aku hilang. Baru pukul 3pm kot. Kalau pukul 4 ke 5pm, aku faham lah dah lemau. Apa masalahlahh~~

September 1, 2016

Perihal dua hari.

Finally sticker siap, barcodes separuh siap, artwork pun separuh siap. Dah kenapa semua separuh? Eh sticker fully siap ok. Ishh tak baca betul-betul letteeww :p  Disebabkan kerja hampir semua separuh siap tapi belum fully siap, aku nak regangkan urat mata, urat kepala tapi bukan urat tangan sebab aku nak menaip kan, bagi selesa jap. Kang kalau aku rehatkan tangan, tak update lah blog ni.

Nampaknya impian aku untuk 3x post setiap hari telah berlalu begitu sahaja. Mengapa? Haaa aku terlampau sibuk dengan barcodes. Aku lunch time pun kadang-kadang tak balik. Lunch pun setengah jam je instead of sejam. Bukan malas, tapi nak cepat siap semua benda. Semua orang kejar-kejar aku. Tapi aku mana ada lari, aku elok je duduk depan pc sambil mengemas meja beribu kali setiap hari agar meja nampak kemas dan tak sakit mata -.-'

*Sandar badan dikurusi sambil reply ym Wawa & Hangout The Pondoks

Jadi apa aku nak buat kejap lagi?

Barcode? Na'ah tidak ya. Aku akan cuba sambung esok sesudah siap segala kerja sistem. 

Artwork? Hmm mungkin ya, dan mungkin tidak juga. Eh mengada ada tidak? Sebab hmm.. aku sendiri tak pasti kenapa ada tidak dekat baris pertama. HAHAH! Sajalah nak penuhkan baris yang pertama tu bagi cantik, panjang. Nanti nampaklah macam Ya Allah banyak nyaaaaaa pejah ni menaip walhal ....

Haa semalam siapa turun Dataran Merdeka tengok perbarisan? *angkat tangan* *akuakuaku* haa aku letteww ^^ 

Semangat waja ke tak uolls?? 

yaaaaaaaaa - kata para hadirin yang dihormati sekalian. 

Muahaha. Serious ah ramai gilaaaaaa manusia pagi tu. Even 6:45am pun dah berasak kat sana, apatah lagi waktu perbarisan dah bermula! Fuhh dasyat sangat. Kalau ikutkan, tempat yang aku duduk adalah sangat luas dan agak strategik pada mulanya, tapi berubah menjadi pasar bila perbarisan hampir mula. Tempat tu aku rasa sejuk sangat sebab pagi tu kan hujan renyai-renyai air tak berapa nak gelora sangat. Tapi bila semua orang bersesak-sesak, terus jadi padat, terus jadi panas. Nasib aku mampu bertahan.

Cayalah pejah.. !