June 11, 2015

Weh bosan aku dah tahap kritikal ni.

Currently my mood.



Since ada satu je artwork harini, maka kena buat pelan-pelan sampai pukul 6.30pm . Ni pun dah lengah-lengahkan sebab dah 90% siap tapi tak finalize lagi sebab WEH AWAL LAGI KOT AND AKU BOSAN TAKDA BENDA NAK BUAT ! maka dengan itu, disinilah aku. Hahhahaha!

Okaylah, aku nak turun bawah. Nak cari benda yang aku boleh buat. Kalau takda, aku tak tau nak react macamana lagi lah. Dah lah kat atas ni sejuk gila. Tapi semua rilek je? Hmm..


Wawa! Taknak update blog ke? I is bosan you know. Tak tau nak buat apa.

Oh kbai.

STREPSILS , THE RIGHT NOTE -TOP 5-

** ANNOUNCEMENT **

Hi korang! Nak tanya, haritu korang ada vote bespreng iolls tak? Kalau ada, thank you so double much sebab sudi vote for her. You know, dia memang suka benda-benda macam ni tapi dia taknak masuk any reality program due of her personal matters. So dengan cara macam ni jelah, aku dapat tolong dia. At least!

Meh sini aku bagi korang dengar lagu yang dia pilih untuk masuk contest ni.



And and Pina dapat top 5!! Wohoooo~~ Congratulations Pina!! Congratulations everyone sebab sudi vote Pina ! Gilaaa dah aku. Hahahah. 


Anw guys, apa yang aku tau, final round will be held at Berjaya Times Square this Sunday! So do come and support her, please! 

June 10, 2015

Puasa last minute!

Assalamualaikum.

Hi korang! 

Aku masuk office awal gilaaa harini. Orang dekat production pun belum start kerja lagi, aku dah sampai. Haa acaner tu? Aku sampai lebih kurang dalam pukul 7.55am macam tu. Mungkin sebab aku takda singgah mana-mana kot? Yelah, selalu aku singgah beli sarapan lah bagai kan. Harini yilek!

Aku puasa ni. Gilaa betul ganti puasa saat-saat kritikal macam ni. Nak buat macamana, asal aku dah niat nak puasa, mesti terbabas nak sahur lah, takda benda nak makan untuk sahur lah semua. TAPI ! Harini, walaupun takda benda nak makan, atas 'nasihat' achik yang suruh aku sahur kurma je, aku gagahlah bangun.

Rumah aku memang ada stock kurma tau. Tak kisahlah brand apa pun sebab baba suka makan. Pastu pagi ni aku nak sahur, aku dah confident ada kurma dalam peti ais. Sekali tengok, jangan kata kan kurma, kotak pun dah takda dalam peti ais! Aku terus mati kutu depan peti ais tu. 
apa aku nak makan ni? pisang? air kosong?
Itulah aku monolog takkala jam menunjukkan dah pukul 5.35am. Sahur last minute jugak, aku cari-cari, ada terjumpa kurma betul-betul ada 3 biji je. Kurma yang cikyah bagi masa dia buat umrah baru-baru ni. Alhamdulillah rezeki. Aku makan sambil berpicnic depan peti ais dengan pintu peti ais tu aku biarkan terbuka. Hahaha. Oh dengan suku pisang dan dua teguk air sejuk. Jadilah ...

Itulah dia kisah aku dengan sahur aku harini. Hahaha.

Mudah-mudahan Allah setuju aku nak puasa harini. Insyaallah.

June 8, 2015

Segmen: ALL ABOUT THE SONGS by BAJUWARNACOKLAT

Assalamualaikum.

Baca blog Kak Sally and tengok ada segmen lagu ni, marilah kita buat sementara kerja takda ni. Heh!

http://bajuwarnacoklat.blogspot.com/2015/05/segmen-all-about-songs-by.html

Syaratnya haaa...

Sila jawab soalan-soalan ini dengan sabar yeee. Hehee. Kalau rajin bolehlah ceritakan sikit pasal memori tuuu semua. Nyatakan tajuk lagu dan kenapa.

1. Lagu yang membuatkan uollss teringat masa zaman-zaman sekolah duluuu. Yang ada memori bila mana uollss dengar jee mesti ada teringat kawan-kawan masa sekolah tu dan semua benda nakal benda baik yang uollss buat masa tu. Kalau uollss tengah sekolah skrg ni, apa lagu yang paling uollss akan kenang bila dah tamat persekolahan nanti?
Hmm lagu apa eh? Mungkin lagu Ayu Oiam, Hanya DiMercu. Sebab setiap kali lepak kat tasik, suka bagi Pina dengar lagu ni. Hhahaha. Oh ada lagi satu yang bebudak batch nyanyi masa Hari Guru (kalau tak silap) tapi lupa!

2. Lagu yang bila uollss dengar mesti teringat masa patah hati duluuu. Dan betapa suweyyynyaa pada ketika itu. Kalau tak pernah patah hati, sakit hati. Hahaaa. Pernah tak? Mana tahu kecewa sbb Mak taknak belikan jajan ke. .
Lagu Janji - Akim & This I Promise You - Nsyn. Ada lagi satu lagu tapi macam biasa, aku ni pelupa tahap kritikal so tak ingat, yang pasti lagu Indon which is aku tak minat sangatlah kan..

3. Lagu yang boleh buat uollss bangkit dan move on! 
Ada banyak! Tapi sekarang aku suka dengar lagu Star, You - Jung Yonghwa
Even after a long time passes
Only you stay by my side
You’re my love
I love you

Honestly, I’m scared too
In case you leave me, in case I lose you
Without you, I’m not here either
You’re the reason I’m here right now

My heart couldn’t shine on its own
But you silently held out your hand
Your small hands touched me

4. Lagu yang buat uollss teringat kat mak/ayah kalau dengar ni. Boleh meleleh-leleh air mata lagi-lagi kalau duduk asrama tu. 
Salam Terakhir - Sudirman.

5. Lagu yang mengisahkan pasal kehidupan uollss sekarang, apa yg uollss rasa dan alami. 
This Is Me - Demi Lovato . Ye ye lagu lama lagu bebudak tapi aku rasa aku macam dia (dalam tele tu lah)
6. Lagu yang uollss nak sangat nyanyi kat someone. Macam laki sendiri ke, kawan baik ke or sesapa lah. Crush pon bisaa dong. Hahaha
Dari aku tau lagu ni, aku pernah cakap dekat KakFain 'bestnya kalau ada lelaki nyanyikan lagu ni untuk Faizah!'  Lelaki Ini - Anuar Zain 

7. Lagu yang kau nak nyanyi kat aku. Hehewww. Ada tak? Mohon ada lah mana tahu ada sesapa nak nyanyikan lagu What Makes You Beautiful by One D ke kat gue. Nombor tujuh ni kalau takde takpe. Nak jawab lagi bagusss. Hehe. Jangan nyanyi lagu Lelaki by Yuna dahlah. Gue bukan lelaki tak guna
Hahhaha! Ada banyak but please dengar lagu Shake That Brass - Amber ! 
All the worries of tonight, do it tomorrow, the day after tomorrow
Empty your head, so you can’t think of anything
Put your hands up, jump up and down
Everyone go crazy, get it started
COME AND SHAKE THAT BRASS- YEAH


June 3, 2015

Giveaway Mega Raya by Azhafizah.com

giveaway-mega-raya-by-azhafizahcom
Syarat²

1. Buat Entry Giveaway bertajuk "Giveaway Mega Raya by Azhafizah.com"
2. Letakkan banner giveaway dan link kan ke entry ini. * Drag gambar banner ni terus masuk compose entry ye kalau susah nak ambil banner ni.
3. Follow Blog
4. Follow Instagram
5. Like Fanpage
6. Share Promo Sales
Akan diupdate kemudian * Mohon check semula nanti ye.
7. Masukkan link blog www.azhafizah.com di dalam bloglist untuk mengetahui update Giveaway nanti.

8. Publish entry dan tinggalkan link entry di dalam kotak komen.

Tempoh Giveaway berlansung selama 3 Minggu 3 hari
2 June 2015 (12:00am)- 26 June 2015 (11:59pm) 

13 Pemenang di cari....Jangan lupa join tau! klik je banner! :)

May 27, 2015

Adik's first bowling tournament

Assalamualaikum.

Ahad lepas adik ada tournament. Perghh ayat tournament tu macam gah sangat ni. Hehehe. So yes, ada bowling tournament zon Kajang, jadi haruslah adik pun join sekali sebab sekarang dia sekolah dekat Kajang. Bukan di Langat lagi ... 


Sebelum tournament ni, adalah 2x kot adik praktis main bowling. Dua minggu sebelum dengan dua hari sebelum. Gambar atas ni dua hari sebelum yakni hari Jumaat. Tak sangka pun baba dengan ma nak bawak main bowling, jadi adik pakai sandal dia jelah. Dah lah takda kasut untuk bebudak, so pakailah dikau sandal itu sambil main bowling, wahai adikku ...  

Okay, seterusnya, pada hari kejadian. Berlaku pada hari Ahad di Ampang Superbowl, Metro Point, Kajang. Tak silap aku ada 7 sekolah, so ada 7 warna lah. Dan sekolah adik warna Pink. Pink dia lawa. Tak terang sangat. Tapi aku macam tak boleh blah dengan tulisan dekat baju. APASAL KECIK SANGAT ?! JIMAT SPACE KE MACAMANA NI?!! 


Sekarang, adik suka betul buat gaya macam tu. Ma cakap adik belajar dari aku. Hahhahaa! Penangan kakak sangat ni. Mana aku belajar? Hahhaha haruslah dari hmmm sape eh? Hhahah dan dan lah lupa kan. Tapi aku berjaya mempengaruhi adik! kahkahkahhh!!
 

Aku baru perasan dalam gambar atas ni, si Safina takda. Safina tu, masa kiteorang praktis dua hari sebelum, dia pun ada jugak dengan family dia. Patutlah pandang-pandang rupanya kawan adik. Hahah kpochi gila minah tu. Adik kata tu bestfriend dia. 


Okay, ni last bergambar sebelum start senamrobik gangnam style lah apa semua tu. And yes, aku dah nampak Safina dalam gambar ni. Tersorok belakang tu. Nampak sipi-sipi je pun, awak Safina hoii. Hehe. Adik masih dengan gaya yang samaaaaa. *yawn*




Dan gambar terakhir sebelum balik! Hahaha. Takda gambar main, terus aku bagi gambar balik. Okaylah kan. Tak kuasa aku nak berdiri diantara mak-mak bapak-bapak budak dekat lane. Lane penuh gila! So baiklah aku makan sambil tengok Runningman dekat kerusi tu. Hahhaa takda life betul.



Dan sekolah adik dapat tempat terakhir! Hahaha. Takpelah, at least memasing have fun kan. Ada yang first time pegang bola bowling, ada yang first time masuk tempat bowling. So okaylah. Congratulations adik on your first trophy! Adik, walaupun dia kalah, tapi ada dia kisah? Trofi tu lagi penting okay! Hehehe. Takpe dik, next time kita ajak baba ma pegi lagi okay?!